Monday, February 01, 2021

Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di India

 

Anggota Pusat Perpaduan Sosialis India (SUCI) membawa sepanduk di Ahmedabadsebagai memprotes kematian wanita 19 tahun yang didakwa dirogol beramai-ramai di kampung Bool Garhi, Uttar Pradesh. - Foto AFP

NEW DELHI: Polis hari ini mengesahkan, seorang wanita kasta Dalit meninggal dunia selepas dirogol secara berkumpulan, beberapa hari selepas kes seorang remaja wanita dari kasta sama mati akibat diperkosa lelaki berkasta tinggi.

Wanita 22 tahun itu diperkosa dua lelaki pada Selasa dan disahkan meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital.

Perkara itu disahkan oleh pihak polis di Uttar Pradesh, utara India.

Serangan terbaru itu berlaku beberapa bulan selepas empat lelaki dihukum gantung kerana kesalahan memperkosa dan membunuh seorang pelajar pada 2012 dalam sebuah bas di New Delhi.

Polis berkata, kedua-dua lelaki itu telah ditangkap dan dituduh atas kesalahan rogol dan bunuh.

Bagaimanapun, polis tidak mendedahkan identiti semua tertuduh dan memaklumkan siasatan terperinci sedang dijalankan.

Rangkaian berita NDTV memetik ibu kepada mangsa memaklumkan anaknya itu dicampak keluar dari sebuah kereta di depan rumah mereka.

"Seorang pemandu membawanya pulang ke rumah.

"Anak saya tidak dapat berdiri dan bercakap," katanya.

Kejadian itu berlaku di daerah Balrampur Uttar, kira-kira 500 kilometer dari tempat gadis Dalit lain dirogol pada pertengahan September lalu oleh empat lelaki dari kasta tinggi.

Mangsa berusia 19 tahun itu ditinggalkan dalam keadaan cedera dan tubuhnya lumpuh. Wanita itu bagaimanapun meninggal dunia di hospital pada Selasa lalu.

Kira-kira 200 juta penduduk kasta Dalit berdepan penindasan serta penderaan sejak sekian lama, yang menurut aktivis, lebih ramai wanita menjadi mangsa sejak pandemik COVID-19 menular.

Mengikut data terbaru yang dikeluarkan pada Selasa lalu oleh Biro Rekod Jenayah Kebangsaan, dianggarkan 87 kes rogol dilaporkan setiap hari pada tahun lalu.

Bagaimanapun, dipercayai terdapat sejumlah besar kes yang tidak dilaporkan kepada pihak polis. Biro itu turut melaporkan, lebih daripada tujuh peratus peningkatan membabitkan jenayah terhadap wanita pada 2019 berbanding tahun sebelumnya. - AFP (New Delhi, Oct 1, 2020) 

Komen Weblog Ibnu Hasyim:

Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi.  Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan.  Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di India

Menurut berita di atas.. "Kira-kira 200 juta penduduk kasta Dalit berdepan penindasan serta penderaan sejak sekian lama, yang menurut aktivis, lebih ramai wanita menjadi mangsa sejak pandemik COVID-19 menular. Mengikut data terbaru yang dikeluarkan pada Selasa lalu oleh Biro Rekod Jenayah Kebangsaan, dianggarkan 87 kes rogol dilaporkan setiap hari pada tahun lalu."

Ertinya, sistem kasta di India antara yang menjadi penyumbang besar kearah 'rogol' di India. Bahkan India termasuk salah satu dari 5 negara yang kes rogolnya tertinggi di dunia.  

Istimewanya, Islam tiada kasta.

Dalam  Al-Quran Surat Al-Hujurat ayat 13 yang ertinya, "..sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kalian (manusia) di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa (kepada-Nya)”.

Sikit mengenai kasta di India.

Kasta dalam bahasa Portugis bererti 'pembagian masyarakat'. Sedangkan, kata “KASTA” dalam ajaran agama Hindu bererti Warna (Sanskerta: वर्ण; varṇa). Akar kata Warna berasal dari bahasa Sanskerta vrn yang berarti “memilih (sebuah kelompok)”.

Dalam ajaran agama Hindu, status seseorang dilihat dari jenis profesinya. Walaupun seseorang lahir dalam keluarga Sudra (budak/hamba) ataupun Waisya (pedagang), jika seseorang tersebut tekun dalam bidang kerohanian sehingga menjadi pendeta, maka ia berhak menyandang status Brahmana (rohaniwan).

Oleh kerana itu, status seseorang tidak disematkan ketika lahir tetapi stastus seseorang diperoleh setelah berkecimpung dalam bidang tertentu. Tetapi ajaran agama Hindu zaman dahulu menyebutkan bahawa kasta seseorang diperoleh sejak dia lahir. 

Jadi, pembagian manusia dalam masyarakat agama Hindu menjadi:

a. Brahmana iaitu golongan yang berasal dari rohaniawan atau pendeta.

b. Ksatria iaitu golongan masyarakat lembaga pemerintahan.

c. Waisya iaitu golongan masyarakat pekerja di bidang ekonomi

d. Sudra iaitu golongan masyarakat yang melayani/membantu ketiga warna di atas. Sudra merupakan kasta paling bawah.

Selain itu terdapat istilah: (i). Kaum Paria yaitu golongan orang terbuang yang dianggap hina kerana telah melakukan suatu kesalahan besar. (ii). Kaum Candala iaitu golongan orang yang berasal dari perkawinan antara warna.

Sedangkan persaudaraan dalam Islam mencakup semua manusia tanpa memandang darjat sesuai dengan profesinya. Oleh itu, dalam islam tidak ada 'kasta'. Dalam Islam semua manusia itu sama. Tidak ada perbedaaan atas dasar apa pun, kecuali taqwanya kepada Allah SWT. Islam secara tegas menolak adanya dominasi manusia terhadap manusia lain.

Kerana hal tersebut merupakan akar penyebab dari semua kejahatan dan keburukan di dunia, baik secara langsung mahupun tidak. Dalam hadist Abu Hurayrah disebutkan: 

“Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada bentuk atau rupa kamu, juga tidak kepada harta benda kamu. Akan tetapi, Allah swt memandang kepada hati dan amal perbuatanmu semata.” (Hadist Ibn Majah).

Hadits yang terdapat dalam Ibn Majah, Sunan Ibn Majah menyebutkan bahawa semua manusia sama di hadapan Allah. Manusia, tidak layak membanggakan bentuk dan rupa lahiriah mereka, serta harta benda yang mereka miliki kerana semua itu tidak ada ertinya bagi Allah SWT, Allah hanya mempedulikan niat dan amal perbuatan manusia. 

Itu saja.

E-Buku IH-64: Rogol Di India

E-Buku IH-64: Rogol Di India

Kenapa Tidak Ada Sistem Kasta dalam Islam? | Dr. Zakir Naik. 68,942 views68K views. • Jul 29, 2015 ...
Jul 30, 2015 · Uploaded by Lampu Islam
You visited this page on 1/31/21.

3 comments:

Anonymous said...

Kejayaan pendakwah Ustaz Ebit Lew semalam mengIslamkan seramai 157 orang Bajau Laut di Pulau Tatagan, Semporna bukti tanpa Pas pun usaha dakwah tetap berjalan.

Itu antara reaksi rata-rata warganet apabila Facebook Dewan Pemuda Pas Malaysia hari ini berkongsikan kejayaan dakwah Ustaz Ebitt.

“Ebit Lew masuk baru berapa hari Sabah tapi dah dapat Islamkan satu kampung orang di sana.

“Pas perlu belajar dengan Ebit Lew cara dakwah yang betul. Pas wujud dari tahun 1951 lagi,” tulis Zulfadly Ruslan di ruangan komentar Facebook sayap anak muda parti sinonim warna hijau itu.

Tanpa menyebut secara langsung nama Pas, ada yang secara sinis menyifatkan pihak yang asyik ‘meratib’ Islam pun tidak mampu berbuat begitu terbaik seperti Ustaz Ebit.

Tindakan FB Pemuda Pas berkongsikan kejayaan Ustaz Ebit itu terus menerima kecaman.

“Tak perlukan Pas pun kan? Berduyun-duyun orang masuk Islam. Alhamdulillah,” tempelak Ariff Kadir Al-Katami.

Semalam, Ustaz Ebit memberitahu komuniti yang juga dikenali Gipsi Laut itu tampil sukarela mengucap syahadah.

Pemilik rangkaian pasar raya Elewsmart itu berkata, ramai daripada mereka terbabit tiba-tiba bertanyakan tentang Tuhan membuatkan beliau berasa sebak.

Anonymous said...

Berdakwah ini seni. Bukan semua mampu. Pas pun ada islamkan non muslim, tak sehebat ust Ebit. Dr Zakir Naik pun. Tahniah ust Ebit. Kalau harapkan bang non, ramai yg tukar dari nur ke maksiat. Pan pun sama macam pkr. Ramai ahli pkr dan pan yg berfikir mirip falsafah dap.

Anonymous said...

Apa yg ko merepek ni syaitann???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails