SHAH ALAM: Pengasas aplikasi Sugarbook yang ditolak permohonan reman ke atasnya pagi tadi, ditahan semula oleh polis bagi membantu siasatan berkaitan kes rogol dan persundalan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, berkata penahanan lelaki berusia 34 tahun itu dibuat berikutan satu laporan polis daripada seorang pelajar institut pengajian tinggi pada 2019.
Beliau berkata, kejadian berkenaan dilaporkan kepada berlaku di Subang Jaya, pada 19 Februari 2019.
"Lelaki itu telah ditahan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 376 dan 372 Kanun Keseksaan berikutan laporan polis yang dibuat oleh pelajar wanita berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Pagi tadi, lelaki itu dibebaskan polis selepas permohonan reman terhadapnya ditolak Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, Noorasyikin Sahat, selepas membuat aku janji bekerjasama dengan pihak polis dalam siasatan berkaitan aplikasi itu
Fadzil berkata, Pengarah Pendakwaan Selangor sudah membuat permohonan semakan ke atas keputusan penolakan permohonan reman itu.
"Permohonan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah di Shah Alam pada jam 9 pagi, esok," katanya.
Terdahulu media melaporkan usahawan tempatan dari Minden, Gelugor, Pulau Pinang itu ditahan pada 4.30 petang di sebuah kondominium di Kuala Lumpur semalam.
Dia disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kita bersetuju dengan Muslimat PAS Negeri Pahang yang mahu tindakan undang-undang dikenakan terhadap Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sugarbook, Darren Chan kerana menawar kegiatan yang menjurus kepada persundalan elit.
Sehubungan itu, laporan polis telah digerakkan Dewan Muslimat PAS Kawasan-kawasan negeri ini menggesa kegiatan tidak bermoral dan menggadai maruah wanita terutama anak muda remaja tersebut dapat dihentikan segera.
Timbalan Ketua Muslimat PAS Kawasan Bentong, Faezah Mohammad berkata, aplikasi tersebut boleh menyebabkan kegiatan pelacuran mungkin terjadi semudah akses di hujung jari antara Sugar Daddy dan Sugar Baby.
“Pemilik dan seluruh aplikasi ini mesti disiasat dan diharamkan kerana menyedia ruang kepada rakyat Malaysia terlibat dalam perbuatan salah di sisi agama dan undang-undang,” ujarnya kelmarin.
Beliau yang menyuarakan kebimbangan terhadap keterlibatan anak-anak mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) itu diiringi Ketua Penerangan Muslimat PAS Bentong, Yusma Yusof membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong.
Ketua Muslimat PAS Kawasan Jerantut, Ustazah Norasmah Idris mahu aplikasi tersebut dihapuskan sama sekali dari terus menyebabkan golongan kesempitan wang terjebak ke dalam kegiatan ditawarkan Sugarbook.
Tegasnya, kecanggihan teknologi yang berkembang pesat era millenia ini mesti dipantau dari perkara merosakkan akhlak dan menjerumus ke kancah maksiat serta menyelamatkan negara dari kemurkaan Allah.
Norasmah bersama Ahli Jawatankuasa Harian Muslimat PAS Jerantut menyuarakan perkara tersebut ketika hadir membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Jerantut, kelmarin.
Tahniah Dewan Muslimat PAS Pahang!
Ikutilah siri-siri kes rogol berikut..
Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi. Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan. Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di India. Rogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me... Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita...
6 comments:
Bolehker bang non nak perjuangkan isu rogol. Macam kena batang hidung sendiri jer.
Jangan bawa atok dalam kerajaan. Biarlah atok berjuang dengan parti pejuang. Dah nampak pejuang akan terkubur sebelum berjuang, atok cari cara untuk survive. Check harta atok sebelum jadi pm dan semasa jadi pm dan selepas jadi pm. Rosak orng melayu dikerjakan atok.
Kerajaan PH punca biar ‘Sugarbook’ berterusan, seolah tak berminat jaga agama. Patutlah Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim bisu – Bersatu
Seorang pemimpin PPBM membidas kerajaan lalu berhubung isu Sugarbook, mengatakan ia “membiarkan saja” penyedia khidmat janji temu untuk “sugardaddy” dan “sugarbaby” itu berterusan.
Walaupun isu itu pernah dibangkitkan semasa pentadbiran lepas, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Mohd Taufik Yaacob berkata “Pakatan Harapan semasa berkuasa seolah-olah tidak berminat menjaga agama dan kemuliaan adat resam kita.”
Beliau memuji Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, dan polis atas ketegasan mereka “menjaga akhlak dan maruah rakyat”.
Blogger bodek party sendiri
Kalau nak lebelkan parti munafiq, maka pan adalah parti itu. Mereka meninggalkan golongan yg berilmu agama untuk bersama dengan kuffar dap. Jika pan mengatakan parti lain sebagai munafiq, maka tuduhan itu kembali kpd pan.
Disesetengah rumah pelacuran, sering terdapat tokong atau kuil2 kecil, ianya seolah2 sesuatu yang direstui atau dibenarkan didalam kepercayaan bagi sesetengah kaum?
Orang2 KAFIR dan para pengikut/penyokong mereka sedang giat mempromosikan perniagaan PELACURAN dinegara ini secara besar2an!
Diharap kerajaan lebih tegas dalam membasmi aktiviti mempromosi PELACURAN secara terbuka seperti ini!
Post a Comment