Pegawai BKKM menunjukkan bekas tapak ternakan babi dan bangkai kucing berhampiran dengan kilang pemprosesan fucuk yang diserbu. - Gambar/ Bernama
NIBONG TEBAL: Serbuan pihak berkuasa ke atas sebuah kilang memproses fucuk yang disyaki beroperasi dalam persekitaran yang kotor membongkar kewujudan tiga lagi kilang memproses bahan sama dalam situasi serupa di perkarangan bersebelahan bekas kandang khinzir di Sungai Bakap, Sungai Jawi, di sini hari ini.
Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Mohd Wazir Khalid berkata pemeriksaan ke atas keempat-empat kilang fucuk tersebut mendapati berlaku pelanggaran Akta Makanan 1983 membabitkan aspek kebersihan dan juga pakaian pekerja.
Antara kesalahan yang dilakukan ialah pekerja tidak memakai sarung tangan ketika memproses makanan, berseluar pendek, makanan dihurung lalat, anjing berkeliaran di kawasan memproses makanan selain turut ditemukan najis tikus serta bangkai kucing di dalam kawasan kilang.
"Kesemua kilang ini beroperasi tanpa lesen pihak berkuasa tempatan. Ada yang telah beroperasi selama 40 tahun manakala yang paling baharu telah beroperasi selama lapan tahun. Tempat ini pernah beroperasi untuk ternakan khinzir dan keadaan ini amat mendukacitakan kerana persekitaran amat kotor dan kita tidak tahu sama ada tempat itu telah dibersihkan atau disanitasi dengan baik," katanya kepada pemberita selepas operasi itu.
Mengulas lanjut, beliau berkata serbuan itu dilakukan hasil risikan selama tiga minggu dengan sangkaan hanya sebuah kilang beroperasi di situ.
Mohd Wazir berkata susulan pemeriksaan itu pihaknya mengeluarkan empat notis kompaun terhadap kesemua kilang terbabit dengan nilai kompaun keseluruhan berjumlah RM8,500 berserta amaran keras agar mereka menambah baik aspek kebersihan.
Difahamkan tiada arahan henti operasi dikeluarkan memandangkan pelanggaran aspek kebersihan oleh premis terbabit masih di bawah tahap yang membolehkan pihak berwajib berbuat demikian.
Bagaimanapun, Mohd Wazir meminta pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan sewajarnya memandangkan kesemua premis berkenaan beroperasi tanpa lesen.
Difahamkan kilang terbabit membekalkan fucuk ke kedai runcit di sekitar negeri ini dan juga Kedah.
-BERNAMA
6 comments:
Itulah jadinya bila banyak sangat makan makanan sebergini, makanan2 seperti fishball, fishcake atau kueh bulan yang STATUS KEHALALANnya DIRAGUI, hati akan menjadi GELAP GELITA! Dicampur pula dengan amalan MEMAKAN RIBA!
Malah dikatakan sudah ramai orang2 Melayu yang menjadi PEMUJA aka PEMINAT tegar godfather sebuah parti chauvinist? Benarkah?
Jom beraleh kepada produk2 Muslim yang bersih lagi suci yang sudah ada banyak dipasaran!
Tesco dah jadi milik orang siam.
BMF??? gua tengok kerapak ubi pun tak de di 7000 kedai yang akan di buka.
Kerajaan kena kawal kedai peruncitan. Jangan hanya dimonopoli oleh mereka yg berduit besar. Peruncitan kecil banyak gulung tikar oleh peruncitan besar antara mart 99 yg kadang2 di satu tempat sampai 5 @ 6 premis. Susah yg kecil terutama peruncit bumiputera nak survive. Kekayaan perlu dikongsi, yg berduit banyak dan yg kurang berduit.
Betul ke makan mi kari kedai orang2 Melayu tak sedap berbanding mi kari kedai orang2 kapir?
Mungkin geng2 liberal, anti hudud law boleh beri komen skit?
Obat dah habis kut. Melalut tak tentu hala.
Bodoh betul..cakap lawa konon pasal hudud tapi abuk pun takde? Kalau walaun tak anti hudud law..sila bentang hudud sekarang..Tak takut ke mati kena tanam kat jirat?
Post a Comment