KUALA LUMPUR: Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama Institut Strategi dan Intergriti Terengganu (TSIS) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menganjur Majlis Persidangan Antarabangsa Kesatuan Ulama Islam Sedunia dalam Sosio-Politik (CIMS 2021) secara maya di laman Facebook Fakulti Pengajian Islam UKM, hari ini.
Persidangan dihadiri Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mewakili Malaysia, Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS), Profesor Dr Ahmed al-Raisouni; Ketua Parti Saadat, Turki, Temel Karamoullaoglu; Ketua Majlis Syura, Parti Keadilan Sejahtera Indonesia, Dr H Salim Segaf Al-Jufri; Ahli Muslim Council of Britain merangkap Mantan Jurucakap Ikhwanul Muslimin di Barat, Profesor Dr Kamal Helbawy.
Turut disertai Pengerusi Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam dari UKM, Profesor Madya Dr Jaffary Awang; Yang di-Pertua YADIM, Nasrudin Hassan Tantawi dan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dato’ Dr Zulkifli Ahmad Al-Bakri berkata program ini merupakan kerjasama persidangan yang sangat bermanfaat sebagai platform yang mengetengahkan tokoh-tokoh sosio-politik gerakan Islam sedunia.
Katanya, gerakan Islam yang bermula seawal zaman Anbiya’ diikuti pemimpin-pemimpin Islam seterusnya sehingga kini secara global, usaha dan perjuangan mereka dalam gerakan Islam sangat penting untuk diteladani dan dirujuk dalam menangani cabaran isu konflik serta perselisihan umat Islam di lokal mahupun di peringkat antarabangsa.
“Melalui amalan dan pandangan para tokoh gerakan Islam terlalu banyak ilmu-ilmu yang boleh dipelajari dalam usaha meneruskan kelangsungan sosio-politik Islam semasa.
“Gerakan merupakan suatu usaha yang tersusun bagi membangunkan Islam sebagai suatu cara hidup yang sempurna dari seluruh aspek kehidupan bagi mencapai istilah bergerak atas dasar dakwah yang merupakan tugas utama para rasul dan gerakan Islam yang menyambung tugas mereka,” katanya dalam ucapan perasmian menerusi Persidangan CIMS 2021, hari ini.
Sementara itu, Zulkifli berkata al-Qardawi mendefinisikan gerakan Islam sebagai aktiviti ummah secara berorganisasi dan bersistematik bagi mengembalikan Islam dalam kepimpinan masyarakat serta memandu seluruh kehidupan.
“Aktiviti ini tidak terhad dalam aspek politik bahkan merangkumi bidang tarbiah sosial, ekonomi, jihad, dakwah, media komunikasi, pemikiran ilmu intelek dan juga budaya,” katanya.
Dewasa ini, kata beliau fiqh siasah sentiasa mengalami perubahan selari dengan peredaran zaman selama mana tidak melanggar tujuannya iaitu pencapaian maslahah bagi umat dan Islam itu sendiri.
“Fiqh siasah selari dengan petunjuk nas dari al-Quran dan sunnah sebagai dalil hukum yang memerlukan kecermatan dalam menilai petunjuknya kerana tidak semua ayat dan sunnah nabi itu datang dengan sifat yang sama, untuk memahaminya para ulama telah menempuh method tersendiri.
“Persidangan ini mengetengahkan ulamak haraki dan bersifat kontemporari, menerusi method pendekatan fiqh siasah yang khusus dengan menghubungkaitkan antara syariah dan realiti sehingga seseorang diajak berkemampuan untuk membezakan antara nas yang bersifat tetap dan mengikut sepanjang zaman dengan nas yang bersifat konvensional yang aturannya dapat berubah-ubah dan disesuaikan dengan keadaan serta waktu setempat,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap persidangan itu berupaya merungkai fiqh siasah yang diaplikasikan oleh tokoh gerakan Islam di peringkat nasional dan di peringkat antarabangsa.
Katanya, pengalaman dan pandangan tokoh seperti Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam menangani dan mendepani cabaran politik sepanjang penglibatannya dari dahulu sehingga kini adalah wajar dimanfaatkan dan disampaikan kepada generasi kini dan seterusnya.
Pada masa sama, Zulkifli turut mengucapkan syabas kepada pihak penganjur kerana berjaya menampilkan tokoh-tokoh hebat dalam membentangkan ucaptama-ucaptama seperti yang Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sendiri dengan ucaptama yang bertajuk hubungan Malaysia dan Timur Tengah dalam Geo politik semasa.
“Di samping itu juga berpeluang mendengar ucaptama-ucaptama daripada tokoh gerakan Islam hebat yang lain.
“Justeru diharapkan segala lontaran idea dan perbincangan dalam persidangan ini berjaya menyuntik semangat perjuangan Islam dalam kalangan muslim khususnya generasi muda.
“Diharap persidangan tidak akan berakhir disini tetapi ia akan dilanjutkan di masa depan dengan perbincangan bermanfaat bagi mengembang, memajukan dan memperkasakan lagi kajian-kajian ilmu kesarjanaan dan juga kepakaran,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 24/2/2021
7 comments:
Mantap..!
Ni mesti nak bincang pasal hudud sm ruu355!
Tak. Nak satukan muslim bawah satu bumbung. Harapkan khadam langsung tak payah. Abam paling tak suka sebab susah nak semburit.
Dah makan obat.
Pas patut mengalah.
Bagi parti lain bertanding.
Baru tuhan redho.
Pan patut mengalah. Bagi pas bertanding. Baru tuhan redho.
Pas wajib bagi laluan. Mcm PRN sabah. Undi umno atau bersatu, tetap dikira undi pas.
Setuju..mantap!
Pas jd tukang sorak sudah la..ni suma demi melayu dan islam..
Post a Comment