Friday, February 05, 2021

Edar barangan berkaitan Daesh, penjual cendol dipenjara 16 tahun

 

KUALA LUMPUR, 5 Feb -- Seorang penjual cendol dijatuhi hukuman penjara 16 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas didapati bersalah atas sembilan pertuduhan, antaranya memiliki dan mengedar barangan berkaitan pengganas Daesh serta memberi sokongan kepada kumpulan itu, empat tahun lepas.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menjatuhkan hukuman itu terhadap Nahzatulazran A. Rahman, 42, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Mahkamah memerintahkan Nahzatulazran menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 10 Sept 2017.
Bagi tiga pertuduhan memberi sokongan kepada Daesh, Muhammad Jamil menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan ia berjalan serentak.
Bagi dua pertuduhan memiliki item, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan ia berjalan serentak.
Sementara itu, bagi empat pertuduhan mengedar item berkaitan pengganas, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan ia berjalan serentak.
Mahkamah kemudian memerintahkan kesemua hukuman itu berjalan berasingan menjadikan keseluruhan hukuman penjara selama 16 tahun.
Bagi tiga pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan Daesh, lelaki itu didakwa mempromosi kumpulan pengganas terbabit, antaranya melalui pengedaran bendera, kain berwarna putih dan hijau muda dengan tulisan Jawi kepada tiga individu.
Ketiga-tiga kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau maksimum 30 tahun atau denda, dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan tersebut.
Sementara, bagi dua pertuduhan memiliki item-item berkaitan Daesh, dia didakwa memiliki satu helai bendera berwarna putih, dua papan berukir kalimah dalam Bahasa Arab, dua bingkai gambar, gambar-gambar dan video berkaitan kumpulan pengganas itu.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda dan hendaklah juga dilucutkan hak ke atas barang-barang tersebut.
Sementara bagi empat pertuduhan mengedar item berkaitan Daesh, Nahzatulazran didakwa mengedar sehelai bendera hijau bertulisan hitam, empai helai bendera hitam dan dua helai kain berwarna putih serta hijau mengandungi tulisan Jawi kepada beberapa individu, mengikut Seksyen 130JB(1)(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di beberapa lokasi antaranya sekitar kampung di Melaka Tengah, dan di sebuah rumah di Kepong di sini, pada Januari hingga September 2017.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Abd Rahman dan Mohd Farhan Aliff Ahmad, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat berbentuk pengajaran terhadap tertuduh dan pencegahan kepada orang awam, agar tidak terikut dengan fahaman pengganas.
“Pihak pendakwaan juga memohon hukuman penjara lebih panjang, bagi membolehkan tertuduh menjalani rehabilitasi di penjara kerana fikirannya sangat cenderung kepada ideologi kumpulan pengganas itu, sehingga seorang saksi menyatakan tertuduh pernah mengajaknya berjihad ke Marawi, Filipina.
“Saya juga mohon mahkamah mengambil kira faktor keselamatan negara yang terjejas, ekoran perbuatan tertuduh ini,” katanya.
Bagaimanapun, peguam Usha Kulasegaran dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan yang mewakili tertuduh, memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya mempunyai seorang isteri dan anak selain telah insaf atas perbuatannya.
Seramai 16 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan termasuk tertuduh, dipanggil sepanjang perbicaraan yang bermula pada Februari 2020.

-- BERNAMA

11 comments:

Anonymous said...

Saya gelakkan aje. Bila orang cerdik pandai kata BMF kempen politik yang Nabi SAW tak ajar, kempen BMF hanya sebab hendak dapat kuasa, kome maki hamun, sampai golongan ruwaibidhah buat fitnah sana sini.

Group BMF penuh dengan post xenophobic suruh boikot product bukan Melayu/Muslim walaupun product mereka lebih berkualiti dan ada halal Jakim. Sekarang ni rasainn looo. Dah dapat kerajaan Melayu Isle kan? No Anwar No DAP kan? How does the taste of your own medicine?



Dulu di jaja islam terancam, tapi masih boleh solat Jumaat, boleh solat terawikh berjemaah, sekarang BMF ke laut, menteri duk berbahagi kontrak berbilion lulus luar parlimen asbab darurat.

Rasa tertipu ke?

Jangan risau, Quran ada ajar doa untuk pemimpin yang menyesatkan pengikut mereka waktu di dunia.

"Dan mereka berkata, “Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menaati para pemimpin dan para pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar). Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali lipat dan laknatlah mereka dengan laknat yang besar.” Quran. Ahzab 67-68.

Ps, jangan lupa mutfi utara dalam doa tu nanti sebab dia pun dulu spokesperson kempen BMF. Wallahuaklam

Anonymous said...

Bmf snyp
Kes arwah adib snyp
Tutup kilang arak snyp
Ruu355 snyp
Hudud la la snyap. Hilang dari radar terus mcm mh370.

Untung la pas dpt pengikut2 bingai. Disuruh terjun gaung pun sggup. Nyanyi lagu maki ph dap je dh cukup..

thamdi said...

Kes LTTE macamana?
Memali macamana?
Takpe... Kita bertuhankan Allah yang sama
Akibatnya sama2 boleh faham...

Anonymous said...

Pengikut Pas ikut terjun bersama pemimpin pas. Pengikut syeikh al juburi pun ikut terjun bersama syeikh al juburi. Bila pak syeikh kata lgbt, semua ikut lgbt. Bila pak syeikh kata boikot bmf, pengikut pak syeikh pun ikut terjun boikot pak syeikh. Bila pak syeikh ngajar hadith, ini contoh manusia peralat agama. Sedangkan tidak berguru hadith, tapi ngajar hadith.

Anonymous said...

Ini semua fahaman liberal. Sentiasa memburukkan org Islam. Ayat itu ditujukan kpd org seperti bekas menteri agama ph yg lulusan bahasa arab tapi tidak mahir ilmu fiqh. Menteri agama yg liberal kerana itu boleh jadi pengikut falsafah dap dan falsafah presiden parti liberal.

Anonymous said...

Beransur ansur ke arah lebih baik. Jangan lupa pengalaman pahit pesta arak, pembunuh adib dilepaskan, raya sakan pembunuhnya. Jangan lupa pengalaman pahit atok dan bang non berebut kuasa. Kedua dua sudah tidak releven dalam politik malaysia. Penghancur negara.

Anonymous said...

Terbongkar banyak kisah oleh tommy tentang keburukkan atok. Atok pun dah libang libu. Pas tetap bebas rasuah dan salah guna kuasa.

Anonymous said...

Bila dah ada yg derhaka, akan ada pengikut yg derhaka.

Anonymous said...

Rasuah di Penang n Selangor ada tp x di Kalate

Anonymous said...

Bab derhaka ni ko gi tnya lebai razman ms dia ingkar titah sultan perak baru ni.

Idup tu cuba jd cerdik skit la.

Anonymous said...

Beransur2 pulok doh?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails