Apabila PKR tiba-tiba jadi Pejuang Hudud 2021
WAH, hebat sungguh penulisan terbaru Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution di halaman Facebooknya. Deretan posting Facebooknya bercerita bab RUU355 dan Hudud. Melihatkan gayanya itu, orang kuat Anwar Ibrahim ini sememangnya mahukan sangat RUU355 dan Hudud dilaksanakan sekarang.
Kalau setakat hendak menjadi tukang provok tidaklah susah pun kan. Sebab sejarah tidak pernah terlupa betapa banyaknya dalih dan alasan yang diberikan oleh PH termasuk pemimpin PKR ketika menentang RUU355 dan Hudud dulu. Ketika PH berkuasa dahulu mereka tidak laksanakannya pun.
Jadi, mengapa pula apabila dah jadi pembangkang, PH berpura-pura mahu menjadi pejuangnya pula? Bukankah PH juga yang kata RUU355 dan Hudud itu bercanggah dengan Perlembagaan? Bukankah PH juga yang kata RUU355 dan Hudud ini agenda Islamisasi yang mencabul hak bukan-Islam? Ke SU Agung PKR dah terlupa atau buat-buat lupa?
Konon dia bertanya kepada Kerajaan PN, bila nak laksana RUU355 dan Hudud? Jawapan mudah patut kita jawab, adakah Saifuddin ini buta matanya, pekak telinganya untuk melihat suasana wabak COVID-19 yang sedang melanda di serata dunia sekarang ini?
Bukankah kesengsaraan rakyat yang diancam dengan penyakit berbahaya yang membawa maut dan pada masa yang sama krisis ekonomi yang sungguh mencengkam kehidupan rakyat yang dikawal pergerakannya melalui PKP?
Adakah Saifuddin memang sengaja hendak memburukkan imej PAS agar dilihat ekstrem, jumud, tidak faham prioriti dan Fiqh Waqi’ ketika rakyat sedang diuji dengan kesusahan ini? Bukankah PH juga siang-malam mendesak Kerajaan selesaikan segera masalah krisis kesihatan dan ekonomi yang sedang melanda?
Jadi mengapa tiba-tiba pula dibangkit cerita RUU355 dan Hudud sekarang? Oh, bolehlah dibuat modal untuk beritahu kepada rakyat bahawa PAS sudah lupa diri, kenyang dengan ghanimah kuasa kan?
SU Agung PKR dah dapat restu Anwar dan DAP ke untuk menjadi pejuang RUU355 dan Hudud ini? Kalau setakat nak jadi tukang batu api dan provok, banyak lagi kerja berfaedah yang patut anda buat wahai Saifuddin.
SYED AHMAD FADHLI – HARAKAHDAILY 8/2/2021
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nampaknya balaci hamba abdi Melayu penjilat juboq tak basuh DAP masih tak putus asa mainkan peranan. Walaupun kepala cicaknya penyet terapit pintu, tapi ekornya yang terpisah dari badan masih terkodek-kodek provok.
Maklum terpaksa 'cari makan' untuk sambung hidup, sedangkan bos-bosnya atau 1/2 bos sudah mendekati 'jutawan'. Kesiannya, wahai hamba abdi Melayu, bangsaku.. bertaubatlah, baliklah ke pangkal jalan, sebelum terlambat.
Harap maklum.
9 comments:
Itu pun nak kecoh ker..alahai..kesian kat kau bro..
Semoga berjaya ruu355. Persetankan dap, pkr dan pan. Mereka bawa agama sendiri agama pan dan pkr.
Ingat ya..mula2 ruu 355 mula di war2kan.. di media sosial berapa byk walaun2 mengkafirkan org..tanpa rasa bersalah nak jawab kat SANA nanti. skg bola tanggung kat siapa..baru skg walaun2 baru faham apa itu ruu 355.TITM rasanya baru skg faham ruu 355 sejak jd kerajaan.. walaun2 yg tak faham lagi.. dengar ulasan TITM baru2 ini..
Kata mendiang kapal sink langkah mayat aku dulu jika nak laksana islam.
Dap tu muslim ker? Mungkin ikut pandangan agama pan dan pkr, dap itu muslim dan layak dipilih jadi ketua.
Bukan islam dah lama laksana ke skrg? Ko ni kapir ke hapa??
So hudud sm ruu355 apa citer?
Sapa pgg kuasa skrg??
Apa diharap padi seberang
Entahkan tumbuh entahkan tidak
Entah dimakan pipit melayang
Apa di harap ruu355 pas sekarang
Entahkan hidup entahkan tidak
Entah dah arwah semua pejuang
Tuai padi antara masak
Esok jangan rindu²an
Intai ruu355 antara nampak
Esok jangan beralasan-alasan
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama sikucing belang
Dua tiga walaun ku cari
Mana nak sama ibnu seorang
Beban membawa ruu355 hudud adlh tggungjwb pas. Dulu masa lebai jiratkan orang..ade lebai fikir hal2 tu semua?kat padang merbok yg terjerit2 macam dh x de esok siapa? PH ke walaun?skrg bila dh jadi kjaan..eh..banyak pulak alasan ye..tak takut ke mati kena jirat nanti?..walaun2 dan walauntit2 x takut ke?..Jangan nk tukar tajuk plak ye..tapi baguslah..sekurang2nya..kepala hotak lebai dan walaun dh mula cair.. start berfikir..
Post a Comment