Monday, February 15, 2021

Sugar Baby: Mana suara PH? PH Peralatkan Agama (cara hidup) DAP..

 

Gejala Sugar Baby: Mana perginya suara pemimpin PH? -Dr Kamarul Zaman

TAHNIAH kepada mereka yang telah beramai-ramai membuat laporan polis ke atas penaja utama aktiviti Sugar Baby di negara ini, iaitu Darren Chan, dan syarikatnya, Sugarbook, khususnya wakil-wakil Dewan Muslimat PAS Malaysia di seluruh negara yang kesungguhan mereka ditunjukkan melalui tindakan Ketuanya, Senator Hajah Nuridah Mohd Salleh, Timbalan Ketuanya, Dr Rosni Adam, dan Ketua Penerangannya, Dr Najihatussalehah Ahmad, yang membuat laporan polis di Balai Sentul, Balai Salak Selatan dan Balai Bota, Perak.

Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin politik, khususnya pemimpin-pemimpin PAS yang diketuai oleh Naib Presidennya, Senator Ustaz Idris Ahmad, Ketua Pemudanya, Senator Ir Ts Khairil Nizam Khirudin, serta ramai lagi pemimpinnya dari pelbagai dewan dan peringkat, termasuklah juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Ahmad Marzuk Shaary, dan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Amzad Hashim, yang bersuara lantang mahukan Sugarbook  diharamkan dari negara kita.

Alhamdulillah, PDRM melalui Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, juga kelihatan memandang serius perkara ini di mana beliau dilapor oleh media sebagai mengarahkan Bahagian (D3) Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) dan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman membuat siasatan mengikut Seksyen 372 dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, selain mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia ke atas Sugarbook.

Begitu juga dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Dato’ Dr Husaini Omar, yang menyatakan KPT memandang serius pendedahan mengenai peningkatan mendadak bilangan pelajar universiti yang terlibat dalam perkhidmatan Sugar Baby dan berjanji akan menangani isu ini dengan lebih berkesan di mana pihak universiti yang terlibat, khususnya IPTA seperti UM dan UiTM, akan menjalankan semakan dalaman secara terperinci bagi memastikan apa yang dilaporkan dapat ditangani sebaik-baiknya.

Begitu juga dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang melalui Jabatan Komunikasi Korporatnya menyatakan MCMC mengambil berat dakwaan semakin ramai wanita Malaysia, terutamanya penuntut universiti, menawarkan diri sebagai Sugar Baby di laman aplikasi Sugarbook dan berjanji akan terus memantau dan menyiasat bersama PDRM aplikasi  Sugarbook  serta akan mengambil tindakan terhadap pengguna dan pemilik platform itu sekiranya didapati melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang negara ini.

Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh semua pihak selaras dengan kewajipan kita semua untuk mencegah kemungkaran sebagaimana yang dianjurkan dalam sebuah Hadis yang berbunyi:

«مَن رَأى مِنكُم مُنكَرَاً فَليُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَستَطعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَستَطعْ فَبِقَلبِه وَذَلِكَ أَضْعَفُ الإيمَانِ»

“Sesiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya (kuasanya), jika dia tidak berkemampuan maka hendaklah dia mencegah dengan lisannya, jika dia tidak juga berkemampuan maka hendaklah dia mencegah dengan hatinya, dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.” 
[Riwayat Muslim]

Namun begitu, amat dikesalkan bila tiada suara pemimpin-pemimpin dari PAN, DAP dan PKR, khususnya yang beragama Islam, yang bangkit menyuarakan kebimbangan ke atas peningkatan mendadak bilangan pelajar universiti yang terlibat dalam perkhidmatan Sugar Baby ini seolah-olah ia adalah satu perkara normal kepada mereka sedangkan mereka pada masa yang sama mengaku berjuang mahu memartabatkan golongan wanita dan golongan pelajar. 

Mengapa mereka yang pernah memegang jawatan di Kementerian Agama, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Wanita khususnya, begitu juga dengan pelbagai NGO wanita, langsung tidak bersuara dalam soal ini?

Masa sama, kita mengharapkan agar Mufti-mufti dan Majlis-majlis Fatwa akan bingkas menyelamatkan umat dengan segera membuat keputusan hukum ke atas penggunaan aplikasi yang menyediakan khidmat Sugar Baby dan Sugar Daddy ini tatkala jelas kepada kita penzinaan dan pelacuran adalah diharamkan oleh agama, aplikasi seperti  Sugarbook  membuka ruang kepada penzinaan dan pelacuran serta kaedah fiqh jelas mengharamkan perkara yang menjadi wasilah kepada perkara haram.

Ini kerana sangat jelas kepada sesiapa yang melawati laman web Sugarbook bahawa ia adalah laman web yang bertemakan kepada seks di mana, selain mentakrifkan Sugar Baby sebagai wanita muda yang menukarkan penemanan, persahabatan dan seks untuk wang, hadiah dan pemanjaan daripada lelaki tua kaya, laman web Sugarbook ini juga ada menyediakan panduan terperinci kepada Sugar Baby-nya untuk melakukan hubungan seks dengan pelbagai posisi pelik.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 15/2/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sugar baby adalah sistem pelacuran zaman jahiliah yang disolek berwajah baru. Hampir semua agama melarang pelacuran, kecuali fahaman komunis yang mem'boleh amal'kan semua larangan agama mana-mana pun. Itukah arah qiblat parti DAP di Malaysia?

Itu sebabnya mengapa DAP membisu mengenai pelacuran.. Jelas DAP memperalatkan agama atau cara hidup pengikut-pengikutnya supaya meninggalkan agama asal nenek moyang mereka. Itu sebab mulut-mulut bacul mereka menuduh PAS memperalatkan agama. 

Dan memang betul Islam membawa penganut-penganutnya ke arah kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Dan itulah yang kita tuntut. Wallau 'aklam.

Amin!!

20 comments:

Anonymous said...

Kah kah kah

Yaa..suma salah PH. PH perintah malaysia skrg..
So kabinet yg ada skrg blh pakat terjun gaung.

Anonymous said...

PH mmg SALAH ....berak merata

Anonymous said...

PAS dah mabuk arak ke apa...masa skrg sapa yg perintah??hapuskan je lah pelacuran,perjudian,arak dan mcm2 tu...nak suara dr PH buat apanya..kerja kau sekarang gunakan kuasa kau.
kalau kau mati..dlm keadaan negara masih penuh dengan judi arak dan zina..bila ditanya malaikat kau ingat boleh lagi ke kau pusing depan malaikat suruh malaikat tanya PH?
macam tu lah bila islam hanya jadi barang dagangan politik...bila sampai masa,banyak berdalih...perangai sama mcm yahudi dahulu kala

Anonymous said...

Anon 8:00PM
👍👍👍👍yg sebenar

yg ada skrg kabinet lembu

Anonymous said...

Wala' membabi buta, asal pakai jubah itu ulama...kah kah
ajaran sesat syiah pun pakai jubah, serban dan pegang tasbih!

Anonymous said...

Mst Sabu yg Syiah

Anonymous said...

PH kabinet Babi

Anonymous said...

Tahniah pn. Gejala buruk seperti ini mesti distopkan. Ph dulu sangat menentang ruu355, rupanya nak galakkan sugarbook. Darren chan sebantal dengan pan dan pkr.

Anonymous said...

Mesti foolow yg ada ilmu agama. Jangan follow mike sabu dan bang non yg juga berjubah, tapi ilmu agama kosong.

Anonymous said...

Pesta arak dianjurkan oleh big boss pan dan pkr

Anonymous said...

PH ramai penyudal

Anonymous said...

Dap nak atok jadi pm, pan dan pkr pun tiada bantahan. Dap bukan peduli atok waras ke tidak, atok nyanyuk ke tidak. Yg parti bengong bengap pkr dan pan pun boleh terpukau dengan politik dap. Atok dah kata ikut islam tak boleh maju, dap suka pendirian ini. Yg pan dan pkr langsung takda jiwa Islam, angguk seangguk angguknya. Bengap betul jiwa pan dan pkr.

Anonymous said...

Pilih yg berjubah dan berakhlaq. Jangan pilih yg berjubah macam presiden parti liberal dan presiden pan, tidak berakhlaq langsung terhadap Islam.

avanza5990 said...

PH mmg SALAH ....berak merata.....berak atas PARTAI PAS
PH mmg SALAH ....berak merata.....berak atas PARTAI JUAL AGAMA
PH mmg SALAH ....berak merata.....berak atas PARTAI PASIF EKONOMI

avanza5990 said...

Sesi perbahasan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah satu pengalaman menarik bagi yang pernah terlibat... Namun semenjak wabak Covid-19 nih... persidangan di PBB terpaksa dibuat secara online... atas talian...

Tak apa... kita ader teknologi yang bagoosh untuk mengendalikan sidang PBB secara maya... Dan ini pun yang telah dibuat... Cuma satu jer yang gua cukup sedih... sedih sebab sejak sekian lama kita masih bersikap sebegini...

Hampir banyak negara yang bila berucap di PBB akan menggunakan Bahasa Ibunda mereka sendiri... Jepun dengan Bahasa Jepunnya... China dengan Mandarinnya... India dengan Tamilnya.... Peranchis dengan Bahasa Peranchisnya..... Tapi kenapa Malaysia tak mahu menggunakan Bahasa Melayu..

Apa salahnya menggunakan Bahasa Melayu... takder isu sebenarnya... sebab di PBB ader beratus orang penterjemah yang akan membuat terjemahan secara masa nyata ... (realtime) ... apa masalahnya... Dan kalu pun dalam persidangan maya sekalipun... masih juga ader penterjemah (interpreter) yang akan menterjemahkan secara realtime..

So.... what the issue??

Apa masalahnya.... adoilah... berbanggalah dengan Bahasa Ibunda anda sendiri.... berbanggalah... kita tunjukkanlah betapa hebatnya Bahasa Melayu yang satu masa dulu menjadi Lingua Franca di Asia Tenggara ini.... Jadi ... tolonglah Rina Harun ooi... guna je Bahasa Melayu...


Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2021/02/berbanggalah.html#ixzz6mY5F6MdU

Anonymous said...

So hudud sm ruu355 apa citer?

Sapa pgg kuasa skrg???

Anonymous said...

PH mmg SALAH ....berak merata.....berak atas PARTAI PAS
PH mmg SALAH ....berak merata.....berak atas PARTAI JUAL AGAMA
PH mmg SALAH ....berak merata.....berak atas PARTAI PASIF EKONOMI

Parti yg kena berak dengan ph kena basuh najis ph. Rakyat pun kena basuh najis ph. Ph berak merata rata. Kecik besor tua muda, semua kena najis ph. Siap samak.

Sani said...

Mana suara mokhtar senik dgn Hassan tantawi..sudahlah bro..kau nampak buruk orang.perangai buruk orang Pas kau tak nampak.ni lah manusia hipokrit..

Anonymous said...

Vellfire gelap. Sapa kat dalam muka tak nampak. Hebat skrip ph. Yg pasti abam jelas nampak muka dan kesemburitannya diampunkan oleh YDPA. Satu malaysia nampak termasuk seluruh dunia.

Anonymous said...

Ko ni mesti blaja fitnah dari lebai dusuki sm razman..diorg xpe.la dah kaya..ko plk miskin hina kaya dgn dosa fitnah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails