Ia berikutan gambar anak perempuan mereka yang disenaraikan Sugarbook sebagai antara Sugar Baby di mana perkara tersebut adalah salahguna iaitu manipulasi dan eksploitasi hingga menyebabkan ancaman.
Bapa kepada anak perempuan tersebut menunjukkan laporan polis telah dibuat anaknya itu di balai berdekatan ketika ditemui Harakahdaily di kediaman mereka di sebuah perkampungan 15 kilometer dari bandaraya ini, semalam.
Beliau yang mahu nama mereka sekeluarga dirahsiakan itu mengakui merasa tertekan berikutan perkara tersebut telah menyebabkan rasa malu serta mengundang kecaman daripada pelbagai pihak.
Anaknya, seorang penuntut di sebuah institut latihan perubatan memberitahu, perkara tersebut dimaklumkan oleh bekas rakan sekolah yang menghubungi beliau untuk mengesahkan gambarnya, kelmarin.
Menurutnya, ternyata setelah dilihat, gambar tersebut adalah kepunyaan beliau yang digunakan sebagai profil akaun media sosial peribadi miliknya tetapi disalahgunakan Sugarbook untuk kegiatan mereka.
Merasa terancam akan keselamatan dan maruah dirinya serta keluarga atas cubaan Sugarbook memperdagangkan beliau, mahasiswi ini diiringi bapanya serta-merta membuat laporan polis, hari sama.
Bapanya memaklumkan, anaknya itu kini sedang menduduki peperiksaan dan terpaksa menjalaninya dalam keadaan tertekan dan air mata di mana menyebabkan fokus gadis berusia 19 tahun itu terganggu.
Dari muat naik di media sosial yang ditunjukkan kepada Harakahdaily mendapati begitu ramai anak gadis Melayu-Islam berusia antara 19 tahun dan awal 20-an disenaraikan dalam Sugarbook.
Bapa pelajar ini percaya perkara tersebut berlaku tanpa pengetahuan mereka yang berkenaan, tetapi cuba dijadikan mangsa seperti anak gadisnya, sekali gus menggesa agar segera dibuat laporan ke pihak berkuasa.
“Mungkin kerana rasa malu menyebabkan ada yang tak mahu buat report (polis). Ya, kita merasakan maruah anak dan keluarga tercemar. Sebab kita yang berdepan tekanan kecaman dan pihak yang salah sangka dan fikir negatif.
“Tapi saya seru supaya buatlah report. Sebab jika tak buat, gambar anak kita akan terus dieksploitasi dan digunakan dibawa ke merata-rata lagi,” nasihat beliau yang turut disaran polis untuk laporan sama ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Beliau juga berharap ada pihak sudi membantu dari sudut guaman untuk mengheret Darren Chan ke mahkamah agar dikenakan tindakan undang-undang dan saman atas kegiatan dijalankan menerusi Sugarbook.
Tegas beliau, lelaki yang kononnya dinyatakan sebagai usahawan itu tidak harus dimaafkan kerana perniagaan dijalankan itu adalah tidak bermoral dan menjebakkan orang lain kepada jenayah, bahkan juga menghina agama.
Walaupun bertalu-lalu menerima pertanyaan daripada sanak-saudara dan pihak yang mengenali mereka, keluarga ini bagaimanapun menerima sokongan jiran tetangga apabila mengadakan majlis bacaan Yaasin malam tadi. – HARAKAHDAILY 19/2/2021
5 comments:
Mesti Ada yg suka..tak gitu Al ustaz
Dah serius sangat ni, harap polis bertindak, menyiasat cepat!
Apa punya manusia kau sani?
Sani tak sehat kan.
Sani..sani..sani ouchhh sani..
Post a Comment