Friday, February 26, 2021

Judi: PAS terus dakwah termasuk kepada kumpulan pengarang The Star..

 

Surat terbuka kepada Dato’ Seri Wong Chun Wai
-Dari Pemuda PAS.

KETUA Pengarang Kumpulan The Star, Dato’ Seri Wong Chun Wai telah menulis mengenai sektor perjudian negara yang bagi beliau terhalang oleh PAS. Menurutnya, PAS yang kini berada dalam Kerajaan Persekutuan sedang mengambil langkah populis apabila giat berkempen supaya dihapuskan perolehan cukai dosa itu. 

Pada pandangan Dato’ Seri Wong, di dunia Utopia PAS tiada maksiat dibenarkan dan tindakan menghukum akan dikenakan ke atas pelbagai profesion yang berkaitan. Saya merakamkan penghargaan terima kasih atas lontaran secara jujur, terbuka dan berani beliau itu. Suara anda mewakili satu kebimbangan, tapi kami sedia melegakan kerengsaan itu.

Anda telah kemukakan satu wacana yang kami Pemuda PAS amat berharap ianya sudi dijadikan satu perbincangan yang harmoni dan matang. Tindakan PAS seperti yang anda nyatakan, tidak perlu saya sangkal. Ya! Bagi kami syarikat kasino dan perjudian tiada keperluan untuk negara ini dan ia sama sekali tidak menguntungkan.

Bagi anda, PAS telah mempolitikkannya, kerana pilihan raya bakal menjelang tidak lama lagi; mungkin anda maksudkan bahawa kami mencari kepentingan politik atau tujuan yang sempit atau kerana mahu meraih undi. Tidak! Kami mempolitikkannya demi tujuan kebaikan iaitulah kemakmuran negara dan kesejahteraan seluruh warga rakyat bumi Malaysia yang sangat kita cintai ini dengan segala kepelbagaian unik ada padanya.

Dalam penilaian anda, sektor perjudian dan juga minuman keras menjana kewangan yang sangat lumayan. Malah, sepertinya bagi anda, aktiviti seks Sugar Daddy bukan masalah kerana ia berlaku dengan bayaran. Anda melihat kepada angka nombor dan kewajaran berdasarkan timbangan kewangan, sekali gus anda prihatin kepada mereka yang terlibat dalam pekerjaan di sektor itu.

Dato’ Seri, anda sendiri mengaku bahawa anda seorang yang realistik dan sewajarnya perbincangan tulisan anda harus adil melihat semua aspek dan menyeluruh. Bagi kami sebagai Muslim, perjudian, minuman keras dan seks tanpa nikah (zina) yang anda pertahankan atau mahu dilayan positif itu adalah perkara dosa besar di sisi Islam.

Allah S.W.T tuhan kami dan Muhammad S.A.W Nabi kami, bahkan para Nabi dan Rasul lain yang turut menjadi kepercayaan kepada agama Kristian, Yahudi dan lain-lain juga mengharamkan judi, arak dan zina. Tetapi Islam agama sejagat yang tidak melarang orang bukan-Muslim untuk meminum arak. Tetapi, setahu saya semua agama menolak judi dan zina.

Ini soal keimanan yang menjadi pelambangan diri seseorang untuk dia itu termasuk sebagai taat dan patuh kepada agamanya ataupun tidak. Jika melanggarnya tanpa taubat, andai tidak dihukum di dunia, dia akan dihukum di akhirat selepas dihidupkan semula dari mati. 

Dato’ Seri, untuk pengetahuan anda, Allah S.W.T sendiri dalam al-Quran iaitu kitab orang Islam menyatakan bahawa arak dan judi itu ada kebaikan, tetapi keburukannya jauh lebih sangat banyak. Benar, ia mendatangkan banyak wang dan keseronokan. Tetapi mari kita mengakui dan mengukurnya secara hakikat yang realiti.

Mana lebih banyak dan ramai mendapat ‘manfaat’ perkara itu, berbanding impak negatif atau mudarat buruk diakibatkan? Malah, anda sendiri menyedari bahawa di sebalik aktiviti dosa yang ‘dihalalkan’ atas akta, tetapi tetap berlangsung secara haram iaitu tidak mengikut peruntukan perundangan ditetapkan.

Itulah hakikat perkara mungkar, ia cenderung menjadi licik, bermuslihat, berselindung, memanipulasi dan mengeksploitasi serta memonopoli secara jahat, bijak dan bersistematik. Ia tidak perlu diasuh, tetapi akan menjadi besar dan kuat dengan keinginan dan motivasi durjana dalam diri manusia setelah akhlak dan moralnya tiada.

Bermakna untuk anda meminum arak yang tidak menjadi larangan dalam agama dan budaya kaum anda, maka itu terserah kepada anda. Pergilah atau lihatlah ke Negeri Kelantan yang kerajaannya telah diperintah oleh PAS sejak lebih 30 tahun lalu. Orang bukan-Islam tidak pernah disekat dari meminum arak.

Tetapi yang dihalang adalah penjualannya secara terbuka di mana memungkinkan pembelian oleh orang Islam yang kurang imannya. Jumlahnya juga dihadkan kerana memadai ia hanya sekadar untuk keperluan mereka yang mahu meminumnya. Tugas kerajaan adalah mencegah secara kawalan yang bertujuan untuk kebaikan semua.

Pasti anda tahu kebenaran bahawa di negara ini, pelbagai jenis minuman keras ini melebihi keperluan peminuman. Ia sudah berada di tahap industri hingga produk minuman keras dari Malaysia turut dieksport dan mendatangkan angka nombor yang besar seperti dikagumi anda.

Pun begitu marilah mengamati, betapa dalam semua perbincangan yang membumi mengenai pengambilan minuman keras juga lebih banyak membutirkan soal masalah, tiada tajuk keseronokan. Peminuman alkohol bukan sahaja antara penyebab isu-isu kesihatan kerana ketagihan, tetapi juga masalah sosial dan keselamatan.

Kes pergaduhan rumah tangga, perceraian suami isteri, pembunuhan dan bunuh diri, antara testimoni yang jauh lebih popular dan pasti tidak dapat Dato’ Seri nafikan. Begitu juga pemabuk yang mencatatkan rekod sebagai pembunuh baharu menerusi kemalangan jalan raya kerana melanggar pengguna jalan raya lain.

Ya, pemilik bar dan kelab malam untung besar mendapat wang banyak yang kemudian dibayar cukai kepada kerajaan. Tetapi berapa kos perubatan untuk menanggung masalah kesihatan kerana arak? Banyak mana kos dihabiskan akibat kemalangan? Apakah ada kos untuk ditaksirkan kepada nyawa yang melayang terkorban?

Bahkan, ia membawa kesan sampingan lain, misalnya keluarga yang kehilangan individu penting kerana maut angkara pemabuk. Seorang suami yang terbunuh, bukankah menyebabkan isteri dan anak-anaknya ditimpa susah untuk meneruskan kehidupan? Berapa kos setimpal untuk ganti rugi kepada mereka? Dapatkah kasih sayang yang hilang dibiayai kosnya dengan wang? Kesengsaraan perasaan, berapakah harganya?

Dato’ Seri, bayangkan jika nasib seperti itu tertimpa ke atas keluarga anda. Tentu wang yang banyak dirasakan tidak bernilai lagi. 

Begitulah juga dengan impak buruk diakibatkan daripada perjudian adalah serupa menyamai seperti keadaan di atas. Bahkan lebih teruk kerana mencambahkan kegiatan seperti gangsterisme, perlakuan curang, berleluasanya penipuan, kes ugutan Ah Long, penculikan, pembunuhan dan muflis. Ini semua Dato’ Seri, mesti dihitung kosnya. Apatah lagi, perjudian itu tidak diterima dalam semua agama.

Soal seks tanpa nikah dan kegiatan seumpama yang berbayar, bukankah itu merupakan pelacuran di mana ia pemerdagangan atas tubuh badan dan maruah manusia? Ia bukan sahaja jijik di sisi moral, tetapi juga salah pada undang-undang dan agama.

Mungkin kepada anda ia ruang lingkup keseronokan untuk pihak pemuas lampias nafsu dan penerima bayaran mewah. Tetapi bagaimana akibat kesihatan apabila terkena jangkitan seperti HIV dan lain-lainnya? Dato’ Seri, anda mesti semak angka nombor kos kewangan yang dihabiskan untuk perawatan ini, tetapi akhir sekali berhujung kepada kematian juga.

Malah, persundalan seperti ini tidak pernah dicatat sebagai kegembiraan buat keluarga, sebaliknya membesarkan kes rumah tangga berantakan dan kecurangan. Tahukah pula anda kos dari pengguguran janin dan pembuangan bayi? Juga kos anak yang membesar terabai tanpa kasih sayang dan tanggungjawab ibu bapa?

Serius Dato’ Seri, anda pandanglah wajah ibu, kakak, adik-adik perempuan, isteri, anak-anak perempuan dan saudara dan anak saudara perempuan anda. Adakah anda rela perkara sama dilakukan atau berlaku ke atas mereka? Gambaran itu tentu lebih sengsara dari nilai besar wang yang mungkin diraih.

Berbilion Ringgit mahupun kedudukan sebagai kegiatan atau industri tertua di dunia dari perjudian, minuman keras dan persundalan itu hakikatnya bukan satu reputasi atau untuk dibanggakan. Ia petunjuk ketamadunan manusia yang bernilai rendah dan perlu diperbetulkan. Pada ‘manfaat’ atau keseronokan yang diperolehi hanya oleh segelintir orang, tetapi ia mengakibatkan kesan teramat buruk, merugikan dan memangsakan jauh lebih ramai orang.

Bagaimana pula nasib para pekerja yang terlibat dalam semua sektor tersebut? Saya mengajak Dato’ Seri untuk bergandingan bersama kami kita ‘selamatkan’ mereka. Saya penuh yakin, Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang PAS turut berada bersamanya amat berminat menangani perkara seperti ini. 

Saya percaya, insentif khas dapat diada dan diberikan bagi mereka yang mahu keluar dari sektor itu kepada pekerjaan lain. Saya sendiri menjanjikan komitmen akan memperjuangkannya. Gantian ini adalah untuk masa depan negara melalui kemakmuran dan kesejahteraan yang kita mahukan.

Cukuplah surat ini menjadi awalan bicara perbincangan kita. Saya akan cuba mengaturkan pertemuan bersama Dato’ Seri yang diharapnya sudi menerima kunjungan saya. Mari kita luangkan masa untuk berbicara lebih dalam perkara ini seterusnya melakar kehidupan lebih baik untuk masyarakat dan negara kita.

Salam perkenalan,

USTAZ AFNAN HAMIMI DATO’ TAIB AZAMUDDEN
Naib Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 24/2/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah! PAS sudah berjaya menyampaikan risalah Islam sebagai suatu tugas dakwah dari sebuah parti Islam kapada kepada sekutu-sekutu dalam usaha membangun dan memakmurkan negara.

Ya, dalam berdakwah tidak ada habis-habisnya. Teruskan!

13 comments:

Anonymous said...

Kah355x!

Aku igt nk terpekik terlolong berhimpun depan pejabat The Star. Rupanya sekadar hantar surat terbuka. Kang aku kata pas parti lebai jadian, meroyan plk lembu2 ternakan pas.

Anonymous said...

Kau Pergi busking depan the star

Anonymous said...

Fuhhh..nasib baik the star tu bawah Mca. Kawan sekawah pas. So bg surat terbuka je la.

Bayangkan kalo the star bawah dap, berkokok abis la lebai2 jadian sama ulamak2 mutant pas. Tu belum termasuk haiwan2 ternakan pas yg meroyan mcm org kena sampuk setan.

Akan ada dalil dikeluarkan seperti ;
Kapir harbi
Halal darah
Perangi dap dpt tiket sorga
Malaikat bertakbir di langit menyokong penyatuan ummah
Suruh dap balik tongsan
Haramkan dap
Report polis
Demo dpn pejabat dap
Bla bla bla blahh laa..

Anonymous said...

Dah jangka kupasan dari khadam. Kalau dap yg buat statement, pan dan pkr tak respond langsung. Maklumlah, takkan nak sanggah big boss. Sanggah kalau, gugurlah tittle khadam dan pendeklah rezeki.

Anonymous said...

Sepakat mca dan dap pasai judi. Yg tak sepakat ialah org melayu. Bila pas bantah, pan dan pkr bantai pas.

Unknown said...

He. He. Betul tu, pas nak buat apa pun kena sindir, kena maki, kena pelekeh

Unknown said...

Puak kau pulak buat apa? He. He. Malu malu kucing sokong judi, sokong rumah urut, sokong arak jual merata rata... Almaklumlah tokey judi, arak, rumah urut sahabat baik hangpa

Unknown said...

Puak kau terpekik terlolong sokong oktober fest... Yenade amma

Unknown said...

Ayat hang penuh dengan fitnah, dah berapa orang pemimpin pas kena siasat sebab kata darah dap halal? Pemimpin pas mana yg kata perangi dap dapat tiket syorga?

Allah akan tanya satu persatu apa yg hang tuliskan ni

Kau betul aku salah said...

Kalau pas istikomah terpekik lagi pasal arak ..judi..adib..dong zong..mesti pas tak kena maki. Tapi sbb pas dah jadi lunak dan kecut telo lepas kawan dgn abg beso MCA..kononnya lebih rasional..kami mula menyampah dengan sikap pas mempergunakan isu agama sbg umpan..sbb tu pas ..parti lobai dan walaun kena maki memanjang

Kau betul aku salah said...

Kalau pas istikomah terpekik lagi pasal arak ..judi..adib..dong zong..mesti pas tak kena maki. Tapi sbb pas dah jadi lunak dan kecut telo lepas kawan dgn abg beso MCA..kononnya lebih rasional..kami mula menyampah dengan sikap pas mempergunakan isu agama sbg umpan..sbb tu pas ..parti lobai dan walaun kena maki memanjang

Anonymous said...

Ikut skrip dap. Pas mesti ditohmah kata eng guan. Maka khadam pun laksanakan misi.

Kau betul aku salah said...

Tohmah tu amende ko tau tak?
Definisi : , = tohmahan anggapan bu­­­ruk terhadap sesuatu sebelum me­ngetahui hal yg sebenarnya; pra­sangka. mentohmah menuduh tanpa mengetahui hal yg sebenarnya; menuduh dgn melulu: Dia tetap bersabar walaupun ditohmah dgn pelbagai tuduhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Kalau walaun dan parti lobai kata nak laksana ruu355 lepas berkuasa tapi sampai skrg rakyat tengok habuk pon tak de itu bukan tohmah.

Kalau dulu walaun terpekik² suh cari penyebab kematian adib tapi lepas tu semua walaun dah arwah.. itu bukan tohmah.

Kalau dulu parti lobai kata nak hapus judi tapi sekarang bila cabutan judi dah jadi 22 kali tapi walaun cuma tegur dlm hati..itu pn bukan tohmah

Nak aku bagi contoh lain lagi?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails