Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, pandemik Covid-19 yang ‘menyerang’ negara, turut menghentikan aktiviti kebudayaan itu yang sering disaksikan di majlis keramaian, hotel, pusat membeli-belah mahupun di sesetengah pejabat dan juga perumahan.
Setiausaha Agung Persekutuan Tarian Naga dan Singa Malaysia, Yong Kheng Chien ketika menyuarakan kebimbangan dan permasalahan dihadapi oleh pemain sektor itu berkata, biarpun perniagaan mereka terjejas hampir 100 peratus, namun mereka akur dengan keputusan kerajaan itu.
“…. memang kita takut akan ada banyak persatuan terpaksa gulung tikar kerana tidak boleh menampung kos persatuan, namun apa yang lebih membimbangkan ialah minat dan daya tarikan penari mungkin terjejas, kerana tiada latihan atau permintaan persembahan ketika ini.
“Kalau ada pun terpaksa ditolak kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan persembahan dan kebudayaan yang lazim bagi perayaan Tahun Baharu Cina seperti tarian singa, tarian naga, perarakan tanglung, persembahan opera Cina dan pertunjukan pentas, tidak dibenarkan.
Yong yang juga pengasas Persatuan Tarian Singa dan Naga Gao Feng Malaysia berpusat di Melaka dan Johor berkata, tarian tersebut merupakan akvititi kerjasama antara penari, sekali gus perlu mengekalkan standard tarian kerana banyak persatuan pernah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Beliau yang mempunyai 40 anak buah turut berharap, kerajaan boleh memberi dana atau insentif bagi membantu lebih 1,000 pasukan tarian singa dan naga, di seluruh negara.
“Hampir setahun tiada pendapatan iaitu sejak PKP Mac tahun lepas, memang agak sukar untuk melalui situasi ini dan Covid-19 merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan. Kami akur dengan saranan Kementerian Kesihatan (KKM) demi kesihatan rakyat, namun diharap kerajaan juga akan mendengar suara kami dan memberi insentif sepatutnya,” kata Yong.
Senada dengan Yong, pengasas dan ketua jurulatih Persatuan Kwong Ngai Lion Dance Clement Tan Kee Boon berkata, beliau juga terpaksa menolak dan menangguhkan beberapa tempahan persembahan yang diterima.
“Awal tahun ini memang ada terima tempahan, setelah PKP dilaksana 22 Januari hingga 4 Februari, saya terpaksa tangguh sekejap semua tempahan dan kemudian disambung hingga 18 Februari. Nampak gayanya perlu tunggu keputusan muktamad kerajaan, mengenai tarian singa selepas ini.
“Ini kerana tarian singa biasanya terkenal bagi tempoh sebulan sebelum dan selepas Tahun Baharu Cina. Jarang kita dengar persembahan diadakan selepas itu, kecuali latihan atau pertandingan. Ada juga pihak hotel minta sebut harga bagi persembahan, tapi semuanya terpaksa tangguhkan,” katanya yang berpangkalan di Kepong.
“Kami juga berharap kerajaan melihat perkara ini secara serius, biarpun tidak dapat membuat persembahan, mungkin boleh dipertimbangkan diadakan latihan dan sebagainya sekiranya diizinkan supaya pelajar kami tidak jauh ketinggalan dari konteks tarian,” kata Tan yang aktif dalam bidang ini lebih 20 tahun.
Di KOTA BHARU, sebanyak 10 ‘singa’ milik Pertubuhan Seni dan Budaya Xian Long (Xian Long), dekat sini, terpaksa disimpan rapi meskipun mendapat jemputan daripada pelbagai pihak untuk membuat persembahan.
Peneraju utama pertubuhan itu Lee Rong Jiang berkata, seramai 60 ahli persatuan yang ditubuhkan sejak 2011 itu turut direhatkan, dan jemputan terpaksa ditolak selain mereka mengisi masa terluang dengan senaman pergerakan bersendirian dalam kumpulan kecil, supaya tidak hilang rentak dan skil persembahan.
“Kesemua peralatan persembahan bernilai antara RM1,600 hingga RM2,400, sudah lama tidak digunakan dan perlu disimpan di dalam bekas kaca, bagi mengelak bulu di kepala patung singa menjadi kotor,” katanya.
Masyarakat Tiong Hua akan menyambut Tahun Baharu Cina pada 12 dan 13 Februari ini, dengan prosedur operasi standard (SOP) sama seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Deepavali, seperti larangan rentas daerah dan negeri dan aktiviti keagamaan yang terhad. – BERNAMA
9 comments:
Mca dan dap bantah sop raya cina. Kerajaan jangan double standard. Sop selaras utk semua agama dan bangsa. Jangan mca dan dap rasa mereka lebih tinggi dari bumiputera.
Kerala Vs Kerala Kau Gaduh lah Sesama Sendiri Sampai Kau Mampos. Datang Mu Tidak Di Undang - Tok Ayah Rani Kulup
Sebab itu pentingnya kita ni bercampo gaul dengan budak2 teori konspirasi tuan2. Kalau mengikot tanda2 sebelum ni apa yang berlaku di Putrajaya? Dulu Babi masuk Alamanda Putrajaya . Yang ini apa pulak tandanya..!? Minggu ni tiap tiap hari cerita pasa Kerala VS Kerala, Rakyat Suffer in the middle.
Nampak tak? Babi tu dah bagi hint dah,kau je lembap banyak makan semut api. Dengan kejadian babi masuk ke Alamanda Putrajaya.
Ayah mencadangkan agar dibuat segera solat hajat,agar kerajaan PN pada hari ini dijauhi dari musibah batu api semoga PN seperti sedia kala.
Tu baru babi masuk Alamanda dah kecoh. Korang tak tengok lagi,ada babi masuk highway duduk lorong kanan lawan arus bawak kereta dengan kelajuan 20km.
Tu belum cerita pasal babi masuk simpang tak reti bagi signal lagi. Banyak lagi jenis babi ni kalau nak terangkan
Ada sekor babi ini dulu suka berteori konspirasi ada ke dia kata Atok akan kibar panji hitam di Putra Jaya pemuda bani Tamin tanda akhir zaman.
Bukan saja panji entah ke mana komen Jon Doe pun lesap terus di alam maya. Umur dan 95 tahun muda apanya bawak tolo labuh dah gayut pun huyung hayang ni kan pulak nak kibar panji.. kesian kau Jon Doe..
Udah udah la tu jangan jadi batu api lagi. Ayah sekadar mencadang... koh koh koh..!!
Tahun lps pun melayu islam tak dpt beraya,bulan puasa tak dpt bertarawih,berbuka puasa disemua tempat tak kecoh pun walau islam agama rasmi negara..ini xdpt mkan besar pun dah kecoh..bising,bnyak songel,kuat merungut puak2 tak sedar diri..
Walaun ada yg kje dgn tokey cina dap x? Ke dah kena buang kje dgn tokey melayu isley??
kerja yg halal x apa
Takpa ..nanti dap antar limau dan angpau kat surau semua nanti beres.
Kah355x!
Berlambak walaun pas biol keje dgn tokey cina dap pemakan babi..
Zack, ko kje dgn tokey dap ke? Kalo bkn, tarik la geng walaun kje dgn ko. Kata bmf..
Halal
Post a Comment