Korban dua bulan gaji, elaun sebanyak RM50k untuk PdPR
KUALA TERENGGANU: Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang menjadi norma baharu era pandemik COVID-19 kini turut hadir bersama cabaran tersendiri terutama berkaitan peralatan.
Untuk itu peranti seperti telefon pintar bersama data internet dan liputan rangkaian telekomunikasi telah menjadi keperluan mendesak bagi membolehkan kalangan pelajar mengikuti subjek daripada guru.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Dato’ Ahmad Amzad Hashim bagaimanapun menyedari masih ramai dalam kalangan anak-anak pelajar tidak mampu untuk memiliki peranti minimum sekalipun.
Demi masa depan generasi dan enggan melihat keciciran pelajaran serta jurang pencapaian, beliau menggerakkan inisiatif mengumpul dana sumbangan daripada para dermawan untuk tujuan tersebut.
Sokongan diterima beliau sangat menggalakkan apabila dapat membeli dan menyerahkan 150 unit tablet terutama kepada kalangan pelajar daripada keluarga miskin dan kurang berkemampuan.
Mengakui masih jauh dari mencukupi, gaji dan elaunnya selaku Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) selama dua bulan turut dikorbankan untuk dapat memenuhi tujuan yang sama.
Daripada RM50,000 dikumpulnya, sebanyak 100 unit tablet lagi dapat disediakan dan kepada para pelajar dari keluarga seumpama agar mereka dapat mengikuti PdPR dengan sempurna dan bersemangat.
“Saya merasa sungguh tersentuh. Minggu lepas sewaktu saya menyerahkan bantuan sumbangan makanan ke rumah rumah rakyat sekitar Parlimen Kuala Terengganu, saya berbual dengan ramai ibu bapa tentang persekolahan anak anak.
“Anak anak ramai yang tak dapat ikuti pembelajaran. Tak ada duit nak beli alatan seperti tablet. Ada ibu bapa yang gunakan telefon tangan mereka untuk anak anak. Capaian internet pun kena guna duit juga.
“Kalau boleh saya nak sediakan 100 unit setiap empat DUN di bawah Parlimen Kuala Terengganu berjumlah 400 unit semuanya. Cuma dengan sumber kewangan yang terhad, saya perlu utamakan bantuan asas seperti makanan, pertolongan kecemasan kepada masalah rakyat seperti sakit, kematian, kebakaran.
“Untuk 3,300 orang calon SPM di Parlimen Kuala Terengganu, saya telah menaja kelas guru pakar online selama 2 bulan termasuk seminar teknik menjawab soalan SPM dengan peruntukan RM60,000,” ujarnya.
PdPR menjadi kaedah pembelajaran pada masa ini setelah sesi persekolahan 2021 yang sepatutnya dibuka pada 20 Januari lalu terpaksa ditunda lagi berikutan peningkatan mendadak kes COVID-19. – HARAKAHDAILY 14/2/2021
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Terenggnu juga prihatin rakyat untuk PdPR pula.. Al-hamdulillah. Maaf balaci DAP, kita tanya lagi, apa khabar DAP PP?
6 comments:
SEMALAM KONONNYA TUTUP WEB SUGARB%%K.. HARI INI UMUM BUKA KEDAI JUDI..
Hari ini 16hb Febuari.. Belum habis Tempoh PKP yang dijangka tamat 18 Febuari.. Semua Kedai Judi, Toto..Magnum gembira mengumumkan Pembukaan.. Itulah hebatnya Kerajaan Melayu Islam..
Baru seronok semalam berlakon jadi pejuang Islam menjerit kononnya Laman web SugarB%%& kononnya disekat..walhal yang disekat itu bukan Perniagaan..Tetapi capaian melalui ISP.. Apps mereka berfungsi seperti biasa.. Mana org layan Web pun..
Baru semalam umum tutup web Sugarb$$k..walhal takda sapa peduli dgn Sugarb$$k pun..hari ni bukan kedai Judi.. Jadi apa lagi pejuang pejuang Islam semua.. Setelah berjaya tingkatkan jumlah cabutan..Mungkin boleh berjuang Tutup Toto dan Magnum..
Jadi apa lagi..Bersiap sedialah Berdemo kat Padang Merbok.. 😉
Judi budaya tak sihat. Eloklah tidak ditambah lesen baru. Seperti sugarbook, judi pun patut diharamkan. Eksport babi pun patut diharamkan oleh sebuah negara islam. Banyak masalah banyak pencemaran. Yg susah seluruh rakyat terutama yg beragama Islam. Sekolah vernakular juga distopkan. Pendidikan standard ikut sukatan sama untuk semua. Tapi cina tak mahu disekolah kebangsaan. Masih dengan kecinaannya. Jawi adalah budaya sini, kena ikut jugak. Tak boleh double standard. Ini semua masalah yg ditimbulkan dong ziong yg berkiblatkan negara cina.
lu admin takde baca khabar angin lcw nak di suruh lucut "latuk" nya oleh agung
sebab manyak derma sama ahli DUN dap PP. sampai naik dengki busuk hati, entah mana.
Buat macam ebit liew yg tak racial. Bantu semua. Bukan bagi dana kat dap. Racial lcw. Dap sebuah parti racial yg cuba terap faham komunis. Komunis sama mcm zionist.
Ko dah biol ke apa??
Kan puak parti tonggang agama jgk byk kecam ustaz ebit??
Sejak PAS dlm KERAJAAN ni timbul mcm2 maksiat tp dah jadi KERAJAAN pun masih nak salahkan org lain DIA SAJA YG BETUL HAHHAAHHAHAAAA HAMPASSSS
BALA DAH MESIA NI
Post a Comment