Wednesday, February 03, 2021

Turki bakal lakukan reformasi politik, perundangan. ..&Rumah Mangsa Perang Syria.

 

Presiden Turki, Tayyip Erdogan mencuba perkhidmatan bas elektrik tanpa pemandu di Ankara. - Foto AFP

1. Turki bakal lakukan reformasi politik, perundangan.

ANKARA: Turki bakal memasuki era baharu apabila melakukan reformasi politik dan perundangan.

Speaker Parlimen Turki, Mustafa Sentop berkata, akan berlaku perubahan dramatik, menurut lapor agensi berita, Anadolu.

"Kita berada di awal era ketika pelbagai perkara yang dasarnya akan berubah mengikut paradigma politik, undang-undang, hubungan antarabangsa, perdagangan dan kewangan.

"Masalah yang kita hadapi di seluruh dunia ketika ini bukanlah masalah sistem, tetapi masalah yang timbul berkaitan mencari sistem tambahan atau konflik mengenai peranan, kedudukan, mengubah kuasa sambil mewujudkan arahan baharu," kata Sentop.

Beliau juga berkata, Turki dengan kedudukan yang kukuh memasuki proses itu untuk memiliki kuasa dan membuat keputusan.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan hari ini berkata, Parlimen Turki dijangka menerima cadangan pembaharuan itu dalam masa terdekat.

"Rakyat akan melihat bahawa pakej reformasi ini mengandungi peraturan dasar sangat penting untuk membawa negara menuju 2023 dan seterusnya," katanya sempena ulang tahun seabad Republik Turki.

Tahun lalu, di tengah perubahan pentadbiran ekonomi, kepemimpinan Turki berikrar untuk melakukan pembaharuan ekonomi dan undang-undang serta reformasi hak dan kebebasan untuk mengemudi kemajuan negara. – AGENSI

2. Rumah yang Dibangun Turki untuk Warga Syria Mangsa Perang


(IH)

Rumah yang Dibangun Turki untuk Warga Syria Mangsa Perang


No comments:

Post a Comment