Aksi beregu profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying di Terbuka Switzerland. - Foto ihsan BadmintonPlanet.com.
SUKAN
KUALA LUMPUR: Tiga beregu campuran profesional negara mengesahkan tempat ke pusingan kedua Terbuka Switzerland selepas menewaskan lawan masing-masing di Basel, sebentar tadi.
Kemaraan mereka diketuai pasangan nombor tujuh dunia, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang mengatasi Nipitphon Phuangphuapet-Benyapa Aimsaard dari Thailand 21-15, 15-21, 21-19 dalam aksi pusingan pertama.
Pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu akan menentang beregu Perancis, Ronan Albar-Anne Tran bagi perebutan tempat ke suku akhir, esok.
Terdahulu, Albar-Anne mara selepas mengetepikan cabaran beregu campuran muda negara, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See 21-19, 21-17.
Sementara itu, gandingan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie yang digugurkan daripada skuad kebangsaan, bulan lalu turut bermula dengan langkah kanan apabila menang ke atas pasangan Perancis, Eloi Adam-Margot Lambert 21-18, 21-14.
Mereka yang dalam misi memburu tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan bertemu pasangan Denmar, Rasmus Espersen-Christine Busch untuk aksi pusingan kedua.
Tan Kian Meng-Lai Pei Jing turut mara selepas menundukkan beregu campuran Indonesia, Adnan Maulana-Mychelle Crhstine Bandaso 21-13, 21-12 dan akan bertemu Jones Ralfy Jansen-Kilasu Ostermeyer dari Jerman, esok.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bayangkan kalau di Malaysia ada muslimat-muslimat yang bertaqwa kepada Allah ingin mengikut peraturan agama Islam sepenuhnya, mahu menceburi sukan seperti di atas, bagaimana?
No comments:
Post a Comment