Wednesday, March 03, 2021

3 beregu negara lepasi pusingan pertama Terbuka Switzerland.

 

Aksi beregu profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying di Terbuka Switzerland. - Foto ihsan BadmintonPlanet.com.

SUKAN

KUALA LUMPUR: Tiga beregu campuran profesional negara mengesahkan tempat ke pusingan kedua Terbuka Switzerland selepas menewaskan lawan masing-masing di Basel, sebentar tadi.

Kemaraan mereka diketuai pasangan nombor tujuh dunia, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang mengatasi Nipitphon Phuangphuapet-Benyapa Aimsaard dari Thailand 21-15, 15-21, 21-19 dalam aksi pusingan pertama.

Pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu akan menentang beregu Perancis, Ronan Albar-Anne Tran bagi perebutan tempat ke suku akhir, esok.

Terdahulu, Albar-Anne mara selepas mengetepikan cabaran beregu campuran muda negara, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See 21-19, 21-17.

Sementara itu, gandingan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie yang digugurkan daripada skuad kebangsaan, bulan lalu turut bermula dengan langkah kanan apabila menang ke atas pasangan Perancis, Eloi Adam-Margot Lambert 21-18, 21-14.

Mereka yang dalam misi memburu tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan bertemu pasangan Denmar, Rasmus Espersen-Christine Busch untuk aksi pusingan kedua.

Tan Kian Meng-Lai Pei Jing turut mara selepas menundukkan beregu campuran Indonesia, Adnan Maulana-Mychelle Crhstine Bandaso 21-13, 21-12 dan akan bertemu Jones Ralfy Jansen-Kilasu Ostermeyer dari Jerman, esok.

BEREGU campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying. - Foto Luqman Hakim Zubir
BEREGU campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie. - Arkib NSTP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bayangkan kalau di Malaysia ada muslimat-muslimat yang bertaqwa kepada Allah ingin mengikut peraturan agama Islam sepenuhnya, mahu menceburi sukan seperti di atas, bagaimana?

Ingat, itu juga tugas pemimpin umat Islam yang ditugaskan untuk mensejahtera rakyatnya. Begitu hebatnya keindahan Islam, kalau kamu tahu..


IHtv
21 subscribers

No comments:

Post a Comment