Saturday, March 13, 2021

312 batang balak haram dirampas di Sungai Batang Rejang.

 

Pembalak buat rakit hanyut balak haram

KUCHING: Sebanyak 312 batang kayu balak haram yang dijadikan rakit dan dihanyutkan di Sungai Batang Rejang dirampas Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dan Pasukan Gerakan Am (PGA).

Rampasan itu dibuat pasukan pegawai penguat kuasa JHS dengan kerjasama PGA di kawasan Sungai Batang Rejang di sekitar Ng. Samaram baru-baru ini.

Menurut kenyataan JHS pelbagai saiz dan spesis kayu balak berjaya dirampas pada operasi tersebut.

“Kayu balak haram dijadikan rakit dan dihanyutkan oleh pembalak haram melalui Sungai Batang Rejang, di mana tidak mempunyai sebarang tanda fizikal kayu balak diluluskan Jabatan Hutan Sarawak,” katanya di sini.

Kes tersebut disiasat di bawah Section 96 (1), The Forests Ordinance 2015, (Chapter 71) dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang RM25,000 dan tidak lebih RM150,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali.

Dan tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut kenyataan itu kes juga disiasat di bawah Section 97(a) ordinan yang sama dan jika sabit kesalahan, penalti akan dikenakan dua kali ganda kesalahan tersebut.

Kata beliau juga rampasan kayu balak haram tersebut berjaya dilaksanakan melalui risikan dan pemantauan yang dijalankan secara berterusan pegawai penguat kuasa JHS di sekitar kawasan Sungai Batang Rejang.

Katanya nilai royalti kepada kerajaan bagi kayu rampasan terbabit dianggar sebanyak RM25,000.

“Aktiviti penyeludupan kayu balak dijalankan pembalak-pembalak haram di sekitar kawasan Sungai Batang Rejang dengan bantuan penduduk tempatan.

“Penduduk mengiringi kayu balak yang dijadikan rakit tersebut menggunakan perahu-perahu kecil,” tambahnya.

Sehubungan itu, JHS berharap penduduk tempatan tidak bersekongkol dengan pembalak-pembalak haram untuk menjalankan aktiviti penyeludupan kayu balak.

Kata JHS sekiranya ditangkap dan didapati bersalah, hukuman berat akan dikenakan terhadap individu atau syarikat yang terlibat.

JHS turut meminta orang ramai menyalurkan maklumat mengenai segala aktiviti kegiatan pembalakan haram yang berlaku bagi membolehkan JHS mengambil tindakan. – Edisi UKAS

Lihat sebelum ini.. 

Seruan Presiden PAS: Merdekakan Perlembagaan!

"Disangka tiada lagi saki-baki buaya belaan penjajah British di dalamnya, namun tiba-tiba buaya itu mendongakkan kepalanya."

IHtv
IHtv
21 subscribers

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails