Thursday, March 04, 2021

Bagai Langit Dengan Bumi, PH kutip wang, PN agih bantuan..

 

Era PH kutip wang, era PN agih bantuan 

KANGAR: Ketika era kerajaan Pakatan Harapan (PH) mereka sibuk menjaja Tabung Harapan bagi mengutip sumbangan daripada pelbagai pihak.

Sebaliknya di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) dana kerajaan pula disumbang bagi membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Adun Guar Sanji, Ustaz Mohd Ridzuan Hashim berkata, biarpun baru setahun usia kerajaan PN, namun hampir berjaya memulihkan semula ekonomi negara selepas dilanda suasana getir akibat pandemik Covid-19.

“Kerajaan PN memberi pelbagai inisiatif kepada rakyat walaupun semasa pemerintahan PH rakyat dimomokkan dengan kerajaan tiada duit.

“Sehinggakan PH menubuhkan Tabung Harapan dengan meminta sumbangan dari rakyat kononnya untuk membayar hutang negara yang mencecah RM1 trilion,” katanya di sini.

Menurutnya juga kerajaan PN mengambil langkah berani dengan mengutamakan kebajikan rakyat melalui peruntukan begitu besar bagi membantu rakyat.

“PN mengatur langkah dengan mengumumkan pelbagai inisiatif bermula dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Perlindungan Ekonomi & Rakyat Malaysia (PERMAI).

“Tidak cukup dengan itu, PN juga memberi bantuan kepada golongan petani, nelayan dan pekebun getah,” ujarnya.

Oleh itu, katanya peralihan kuasa dari PH kepada PN bukan langkah yang dianggap songsang, sebaliknya memberi kelegaan kepada setiap lapisan masyarakat.

Adun Sanglang, Mohd Shukri Ramli pula berkata kesungguhan kerajaan PN membantu meringankan beban rakyat dihargai semua lapisan masyarakat.

Katanya, banyak usaha yang dilaksanakan kerajaan PN antaranya Pakej PRIHATIN dan Perusahan Kecil dan Sederhana bernilai RM260 bilion.

“Selain itu, rakyat juga diberi subsidi upah, moratorium dan membenarkan pengeluaran wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui kedua-dua akaun,” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis.

Menurutnya juga pertukaran kerajaan setahun lalu banyak memberi kelegaan kepada rakyat Malaysia terutamanya umat Islam.

“Malaysia kini dilihat semakin stabil dari segi politik dan juga ekonomi,” jelasnya.

Bagaimanapun kerajaan PN memerlukan penambaikan ke arah Malaysia yang lebih stabil pada masa akan datang. – HARAKAHDAILY 3/3/2021

No comments:

Post a Comment