Pasukan keselamatan Indonesia mengusung beg mayat suspek pengebom berani mati dalam kejadian letupan di hadapan gereja di Makassar, hari ini. - Foto AFP
Letupan pengebom berani mati depan gereja
JAKARTA: Seorang suspek pengebom berani mati meletupkan diri di luar sebuah gereja Katolik di Makassar, Indonesia hari ini, yang mencederakan beberapa orang pada hari pertama Minggu Easter, kata polis dan seorang saksi.
Terdapat ramai penganut Kristian berada dalam gereja ketika kejadian, kata jurucakap polis Sulawesi Selatan, E Zulpan.
Dia bagaimanapun berkata, tidak pasti sama ada cebisan badan di tempat kejadian adalah milik suspek, lapor agensi berita CNA.
Pasukan keselamatan Indonesia membuat pemeriksaan di luar gereja selepas kejadian letupan oleh seorang pengebom berani mati di gereja di Makassar. - Foto AFPPaderi Wilhemus Tulak memberitahu Metro TV, sekurang-sekurangnya 10 orang cedera dengan ada di antara mangsa yang cedera parah.
Media tempatan, TVONE pula melaporkan individu yang terbunuh adalah suspek.
Rakaman video dari tempat kejadian menunjukkan polis memasang garisan polis di sekitar gereja dan terdapat beberapa kereta rosak akibat letupan berkenaan.
Polis tidak menyatakan siapa yang mungkin bertanggungjawab atas serangan itu dan tidak ada yang mengaku bertanggungjawab.
Anggota forensik polis Indonesia melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian letupan bom oleh pengebom berani mati di hadapan gereja di Makassar, hari ini. - Foto AFPPolis menyalahkan kumpulan militan Islam, Jamaah Ansharut Daulah yang sebelum ini bertanggungjawab melakukan serangan bom berani mati di gereja dan balai polis di Surabaya yang membunuh 30 orang pada 2018.
Serangan militan Islam Indonesia yang terbesar berlaku di pulau pelancongan Bali pada 2002, yang mengorbankan 202 orang, kebanyakannya adalah pelancong asing.
Pada tahun berikutnya, pasukan keselamatan di Indonesia mencatat beberapa kejayaan besar dalam menangani keganasan. - AGENSI
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bom berani mati, Jamaah Ansharut Daulah disalahkan tanpa bukti yang jelas...
Konon, "Polis menyalahkan kumpulan militan Islam, Jamaah Ansharut Daulah yang sebelum ini.." (Agensi).
Belum terbukti apa-apa sudah dituduh!
No comments:
Post a Comment