Monday, March 22, 2021

Dakwah Melalui Barangan Terpakai..

 


Pemuda kumpul barangan terpakai sambil berdakwah

KANGAR: Dewan Pemuda PAS Kangar berjaya mengumpulkan sehingga 1.8 tan barangan terpakai dan kitar semula dalam tempoh empat jam.

Antaranya termasuk kertas, pakaian, minyak terpakai, botol plastik serta beberapa peralatan elektrik.

Pengarah program berkenaan Zahasri Bidin berkata, program Trash to Cash merupakan inisiatif mengumpul dana untuk pemuda kawasan di samping aktiviti dakwah kepada masyarakat setempat

Menurutnya program terbabit berjaya mendidik masyarakat sentiasa mengamalkan pembersihan rumah di samping mengitar semula barangan terpakai dan memperoleh pendapatan sampingan.

“Aktiviti bermula dengan sarapan pagi dan diteruskan dengan kutipan barangan di kawasan sekitar menggunakan pacuan empat roda dan terdapat juga barangan dihantar penduduk.

“Usaha ini akan diadakan secara berkala memandangkan sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai,” katanya pada program berkenaan semalam.

Program Pembelian Barangan Kitar Semula (Trash To Cash) itu mendapat kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

Di samping itu turut mendapat kerjasama Enviroment Idaman Sdn Bhd dan Green Resource Recovery Sdn Bhd.

Zahasri juga hasil dana yang dikumpul pada program terbabit dapat dimanfaatkan untuk menggerakkan aktiviti Dewan Pemuda PAS Kangar. – HARAKAHDAILY 22/3/2021

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails