Kelantan bakal miliki empangan hidro kapasiti tinggi
KOTA BHARU: Kelantan bakal memiliki empangan hidroelektrik berkapasiti tinggi yang dijangka dapat menyelesaikan masalah banjir di negeri ini setiap kali musim tengkujuh.
Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Dato’ Seri Mahdzir Khalid berkata, TNB terus komited untuk menambah baik perkhidmatan tenaga yang boleh diperbaharui.
“Jadi untuk jangka masa panjang perlu dipertingkatkan dan TNB sedang berusaha untuk meningkatkan tenaga yang boleh diperbaharui termasuk hidro dan solar.
“Ini menunjukkan mempelbagaikan usaha demi memastikan kelangsungan sumber tenaga hijau untuk kesejahteraan rakyat dan negara.
“Ia juga boleh mengurangkan banjir bagi menakung air hujan daripada terus memasuki sungai pada kadar yang tinggi hingga menyebabkan banjir, jadi bila air sampai ke Kota Bharu pun maknanya air sudah tidak sebanyak seperti sekarang,” katanya.
Beliau berkata demikian, ketika ditemui pemberita selepas mengadakan majlis penyerahan program ceria ke sekolah sesi persekolahan 2021 kepada pemimpin masyarakat seluruh Negeri Kelantan di Wisma TNB hari ini.
Kelantan hanya mempunyai sebuah empangan iaitu Empangan Pergau yang merentasi Sungai Pergau, Jeli, kira-kira 70 km ke barat daya Kota Bharu.
Empangan baharu yang dicadangkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sesuai dibina di Sungai Lebir dan Sungai Nenggiri, Gua Musang bagi menakung air hujan lebat yang berlaku di kawasan pedalaman terutama di Gunung Gagau. – HARAKAHDAILY 28/2/2021
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Insya Alah, akan terkabul bersana doa rakyat marhaen yang sentiasa tertindas.
'Marhaen' menjadi legenda dalam sejarah politik Indonesia. Soekarno (gambar 2 dari kiri) pun mencipta suatu ideologi bernama 'Marhaenisme'. Marhaenisme merupakan paham yang menentang penindasan kepada rakyat kecil.
2 comments:
Zaman atok dulu, dia sekat pembangunan kelantan. Royalti tukar jadi ihsan. Breach of contract. Tu pasai atok super2 kaya. Jahat atok sanggup khianat org melayu yg tinggal di kelantan.
Mahathir khalid atau mahdzir khalid?
Post a Comment