Thursday, March 25, 2021

Erdogen dipilih lagi, mengapa? "Kami tekad tunaikan janji.." Bukan macam PH M'sia!

 

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan. - Foto AFP

Presiden Turki sekali lagi dilantik terajui parti pemerintah

ANKARA: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan sekali lagi dipilih untuk menerajui Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) dalam perhimpunan agung parti itu semalam, lapor Xinhua.

"Kami tekad untuk tunaikan janji-janji kami kepada negara, terutama perlembagaan baharu," kata Erdogan ketika berucap kepada perwakilan parti selepas pemilihan.

Menurut pegawai parti, Erdogan memperoleh 1,428 undi daripada keseluruhan jumlah undi 1,431, tiga undi rosak.

Pada perhimpunan agung itu Erdogan turut melakukan perubahan besar dengan melantik bekas Perdana Menteri, Binali Yildirim menjadi ahli lembaga pembuat keputusan dan pentadbiran parti.

Rombakan kabinet juga dijangka dibuat dalam waktu terdekat.

- BERNAMA

Komen Weblog Ibnu HasyimErdogen dipilih lagi, sebagai presiden Turki, mengapa? "Kami tekad untuk tunaikan janji-janji kami kepada negara, terutama perlembagaan baharu," kata Erdogan ketika berucap kepada perwakilan parti selepas pemilihan.

Bukan macam PH M'sia! 

1 comment:

Anonymous said...

PRU15:Tun kata Pejuang Tak Mungkin Jadi Kerajaan, Tetapi...kuang kuang kuangggg..!!

Ada kemungkinan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak sempat didaftarkan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), akui Pengerusi Interimnya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun begitu, Ahli Parlimen Langkawi itu berpandangan, Pejuang masih boleh menentukan gabungan mana yang bakal menerajui Putrajaya, selepas keputusan pilihan raya ditentukan.

Tun berkata, sokongan Pejuang hanya akan diberikan jika syarat-syarat yang parti itu tetapkan, dapat dipenuhi mana-mana gabungan yang berhasrat untuk menjadi kerajaan Persekutuan.

Alahai katakan saja wahai Tun syarat yang perlu dipatuhi ialah 'Lantik Tun PM kali ke - 3' . Kan senang rakyat nak faham...!!


Alahaiiiii...!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails