1. Iran Menolak Cadangan Kesatuan Eropah
Iran menyatakan bahawa waktunya tidak tepat untuk "pertemuan perjanjian nuklear tidak rasmi" yang diusulkan oleh Josep Borrell, Perwakilan Tinggi Kesatuan Eropah (EU) untuk Urusan Luar Negara dan Dasar Keselamatan.
Jurucakap Kementerian Luar Iran Said Hatibzade menilai cadangan Borrell dalam kenyataan bertulisnya di laman web Kementerian Luar Negara.
Hatibzade menyatakan bahawa waktunya tidak sesuai untuk pertemuan yang diusulkan oleh Borrell kerana sikap dan langkah Amerika Syarikat (AS) dan 3 negara Eropah,
Dengan alasan bahawa tidak ada perubahan dalam sikap dan tindakan Amerika Syarikat, Presiden Amerika Syarikat yang baru Joe Biden tidak meninggalkan kebijakan tekanan maksimum mantan Presiden Donald Trump dan tidak menyatakan komitmennya mengenai perjanjian nuklear, Hatibzde berkata:
"Iran akan bertindak balas dengan tindakan. Ia akan kembali pada komitmennya sesuai dengan pencabutan sekatan. Ia juga akan bertindak balas terhadap langkah-langkah bermusuhan dengan cara yang sama. Iran akan meneruskan perundingan rapatnya dengan Borrell dan negara-negara lain dalam perjanjian nuklear, dua hala dan pelbagai hala. "
2. Iran: ''Korea Selatan akan Bebaskan 1 Bilion Dolar Kami''
Iran mengumumkan bahawa sebagai bahagian daripada fasa pertama perjanjian mereka dengan Korea Selatan, satu bilion dolar yang ditahan di negara ini kerana sekatan sepihak Amerika Syarikat (AS) akan dibebaskan.
Jurucakap kerajaan Iran Ali Rabii membuat penilaian mengenai agenda tersebut pada sidang media yang diadakan di ibu negara Tehran.
Rabii menyatakan bahawa perjanjian telah dicapai dengan pentadbiran Seoul dan Jepun mengenai akses kepada mata wang asing berbilion dolar yang diperoleh dari eksport minyak ke Korea Selatan dan ditahan di bank-bank di negara ini, dan dia mengumumkan bahawa Gabenor Bank Sentral Iran Abdolnaser Hemmati menyerahkan laporan mengenai perjanjian-perjanjian ini kepada Lembaga Ekonomi Kerajaan.
"Beliau (Abdolnaser Hemmati) mengatakan bahawa pada fasa pertama, sekitar satu bilion dolar daripada sumber Bank Pusat Iran yang ditahan di Korea Selatan akan tersedia untuk kita," katanya.
Rabii menyampaikan bahawa rundingan juga dijalankan dengan Iraq dan Oman mengenai akses ke sumber yang disekat, dan mengatakan bahawa mata wang asing di negara-negara ini dirancang untuk digunakan untuk memenuhi keperluan seperti keperluan asas, produk pertanian, perubatan dan bekalan kesihatan.
Mahathir Salah Guna Kedudukan Tahu Zeti dan keluarganya dengan skandal 1MDB
ReplyDeleteSebuah NGO antirasuah menjadi pihak terbaru yang menuntut penjelasan berkenaan laporan yang mengaitkan bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz dan keluarganya dengan skandal 1MDB.
Center to Combat Corruption and Cronyism (C4) juga menyasarkan Dr Mahathir Mohamad, dengan membangkitkan tindakan perdana menteri itu yang melantik Zeti sebagai Majlis Penasihat Kerajaan selepas PRU14.
“Adakah Mahathir tahu tentang perkara ini..!?
“Pelantikan Zeti sebagai ahli majlis tersebut menjejaskan usaha mencari kebenaran di sebalik skandal 1MDB.
Zeti perlu menjelaskan hal ini segera adalah benar adanya berkenaan dengan konsiprasi dan fitnah terancang dengan Jho Lo dakam kes 1 MDB..!?
Keputusan Mahkaman Persekutuan bahawa kesalahan liwat di bawah seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 tidak sah kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
ReplyDeleteIni boleh memberi kesan dan signifikan besar bahawa Enakmen Hudud (Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan) juga tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Menurut Mahkamah Persekutuan, kesalahan liwat adalah di bawah bidang kuasa Persekutuan dan apabila ianya terletak di bawah persekutuan, maka negeri tidak boleh mengubal undang-undang yang sama walaupun ada dalam hukum syara’.
Inilah yang termaktub di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang mengandungi Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri.
Begitulah sebaliknya, peraturan nikah dan cerai dan harta pusaka yang terletak di bawah negeri, maka Persekutuan tidak boleh mengubalnya.
Sebab itu, Seksyen 298A Kanun Keseksaan juga diputuskan oleh Mahkamah Agong sebagai tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana perkara agama terletak di bawah negeri.
Mahkamah Persekutuan merujuk kes terdahulu (Sulaiman Takrib vs Kerajaan Negeri Terengganu) yang menggariskan antara lain bidangkuasa negeri mengubal undang-undang jenayah syariah hendaklah tidak termasuk bidangkuasa Senarai Persekutuan.
Oleh kerana, Senarai Persekutuan mengandungi undang-undang jenayah di mana Kanun Keseksaan (Penal Code) sudah ada kesalahan liwat (seksyen 377A), maka negeri tidak boleh mengubal kesalahan liwat sebagai jenayah syariah.
Ini adalah selaras dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan intipati undang-undang yang seragam bagi semua rakyat kerana tiada diskrimasi atas premis agama.
Keputusan Mahkamah Persekutuan ini adalah hujah yang sama oleh pakar perlembagaan dan pengamal undang-undang selama ini berkaitan Enakmen Hudud dan RUU355. Tetapi natijahnya, ada yang dimaki dan dikafirkan.
RUU355 ditunggang bagi mencapai serakah politik atas nama perkauman dan agama sehingga puluhan ribu penyokong dikerahkan ke Padang Merbok.
Sepatutnya, PAS lebih matang untuk menerima sesuatu hujah atas ilmu dan fakta dan bukannya emosi dan semangat semata-mata. Keputusan Mahkamah Persekutuan ini sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan walaupun bertentangan dengan perjuangan PAS.
Malangnya, PAS menyepi terus sekarang, entah bila nak keluar dari gua dan berhimpun di Padang Merbok.
Tunggu Abg Mad busking dulu
DeleteSo hudud sm ruu355 apa citer??
ReplyDeleteSapa pgg kuasa skrg?
Duit royalti dah dapat
Naik gaji dah dapat
Mercedes 14 bijik dah dapat
Kerajaan negeri dah dapat
Kerajaan pusat dah dapat
Nak apa lg? Salah dap sm anwar lagi ka? Lu pikir la sendiri!
Ajib dah buat sumpah laknat berkaitan dgn money. Abam pun patut buat sumpah laknat berkaitan dengan mani. Money dan mani.
DeletePas nak kena buat sumpah laknat juger ker.
DeleteBekas gabenor Bank Negara Zety harus bertanggungjawab menjelaskan 'conflict of interest' berkenaan wang 1MDB diterima dari Jho Lo dalam akaun bank di Singapura.
ReplyDeleteLaporan The Edge bahawa pihak berkuasa Singapura memberi makluman kepada BNM berkenaan transaksi meragukan berjumlah RM66 juta dari ahli perniagaan Low Taek Jho, atau Jho Low, kepada sebuah syarikat didakwa milik suami dan anak Zeti pada 2015, iaitu ketika dia menjadi gabenor BNM.
“Jika aliran wang dalam skandal 1MDB masih tidak cukup untuk menunjukkan tahap rompakan yang parah, pendedahan ini jika benar menunjukkan lagi korupsi dalam institusi kita.
“Hakikat yang merisaukan berkenaan pendedahan ini adalah, jika ia memang ada kebenaran, kewibawaan BNM secara keseluruhan akan dilihat terjejas, dan menunjukkan unsur-unsur subahat dan korupsi.
“Maklumat ini perlu disahkan segera oleh pihak berkuasa. Tindakan menutup mulut hanya mencetuskan lebih banyak persoalan dan spekulasi, yang akan melemahkan lagi kepercayaan rakyat terhadap institusi dan pihak berkuasa,” katanya lagi.
C4 turut menuntut penjelasan sama ada Zeti tahu atau tidak berkenaan transaksi tersebut, dan jika BNM gagal untuk bertindak.
“C4 menggesa jawapan segera dan penyiasatan lanjut berkenaan perkara ini, dan agar pihak yang terlibat tampil memberi penjelasan. Terdapat unsur 'conflict of interest' dalam transaksi kes 1 MDB.