PAS Kedah yakin semua pihak dalam masyarakat Islam memandang berat dengan insiden ini dan umumnya merasa sedih sekiranya murtad itu terjadi. Sehubungan itu, PAS Kedah menyeru semua pihak agar segera mengambil langkah proaktif untuk menangani isu ini agar kesucian agama Islam tidak menjadi bahan perbincangan di platform media sosial.
Hal ini akan menatijahkan agama Islam itu dipandang tidak adil dan menindas ke atas golongan tertentu. Sebagai membuktikan agama Islam itu adalah agama damai dan sejahtera, PAS Kedah menekankan bahawa pendekatan dakwah adalah lebih sesuai dalam menangani isu ini demi menyelamatkan akidah seseorang individu seiring penegasan melalui penguatkuasaan undang-undang.
Firman Allah S.W.T:
ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui mengenai siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”
(an-Nahl: 125)
Kepada masyarakat umum, biarlah keputusan untuk penghukuman dilakukan oleh pihak yang berwajib dan janganlah kita pula sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman tertentu sebelum terbukti pendakwaannya di mahkamah.
“اسلام ممڤركوكوه ڤرڤادوان”
HAJI MOHAMAD RODI ABDUL RAHMAN
Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah
3 Mac 2021 | 19 Rejab 1442H – HARAKAHDAILY 3/3/2021
Fuu..kalo la menteri agama skrg ialah mujahid yusuf rawa, dah lama lunyai kena maki hamun dgn walaun..
ReplyDeleteTgk je la kes tabung haji. Apa benda yg diorg x maki hamun kat mujahid?
Tp lps Pas/PN berkuasa ni, apa jd pada tuduhan tu suma? Xde pulak mujahid kena dakwa mahkamah.
Mujahit tu liberal. Lulusan bahasa arab. Lebih complete jika belajar juga fiqah, tauhid dan tasawuf. Pasai tu mujahit jelas liberalnya sebab basicnya sangat longgar.
ReplyDeleteMungkin ada kebenaran. Bila sudah liberal, Tuhan jadikan mereka tidak selesa bersama dengan ahli agama. Kesemua 18 mereka yg menubuhkan pan bukan ahli agama.
ReplyDelete