Monday, March 15, 2021

Israel lancar sistem senjata baharu. Apa patut kita buat?

 

Helikopter tentera membawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu melintasi penunjuk perasaan di perkampungan Susya, Tebing Barat yang mengibarkan bendera Palestin bagi membantah lawatan ke penempatan Israel di Susya. - Foto AFP

BAITULMAQDIS: Israel melancarkan senjata terbaharu, sistem mortar berpandu laser yang didakwa mampu mengurangkan kematian orang awam, biarpun negara Yahudi itu berdepan siasatan Mahkamah Antarabangsa berhubung jenayah perang.

Menteri Pertahanan, Benny Gantz, berkata sistem 'Iron Sting' yang dibangunkan tentera Israel dengan firma tempatan Elbit Systems, menggunakan teknologi laser serta Sistem Pengesanan Global (GPS).

"Sistem senjata ini mampu menguruskan musuh yang bersembunyi dalam kalangan orang awam di bandar selain menepati standard undang-undang serta moral yang digariskan oleh Israel," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengurus Bahagian Tanah Elbit, Udi Vered, berkata Iron Sting berjaya diuji di selatan Israel sebelum ia dihasilkan secara besar-besaran untuk dibekalkan kepada tentera Israel.

"Kami percaya dapat mencari penyelesaian lebih berkesan dan menghasilkan senjata yang tepat selain dapat mengurangkan kerosakan," katanya.

Pengumuman mengenai sistem senjata baharu itu dibuat kurang dua minggu selepas Mahkamah Antarabangsa membuka siasatan rasmi berhubung dakwaan jenayah perang di wilayah Palestin.

Siasatan itu menjurus kepada konflik antara Israel dan Hamas yang bertempur di Tebing Gaza pada 2014.

Kira-kira 2,250 rakyat Palestin kebanyakannya orang awam terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Israel. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jom kita lihat apa yang disebutkan 'Keadaan global semakin berbahaya, Britain sedang menyiapkan pasukan tentera. (Jumaat, 20 November 2020 Sumber: Express.co.uk, Reuters)

LONDON. Britain akan meningkatkan belanjawan pertahanannya hingga mencapai 2.2% daripada KDNK negara, yang paling banyak dari negara lain di Kesatuan Eropah. Perdana Menteri Britain, Boris Johnson memberi amaran bahawa keadaan global sekarang lebih berbahaya sejak Perang Dingin.

"Keamanan nasional kita dalam 20 tahun ke depan akan bergantung pada keputusan yang kita ambil hari ini. Situasi antarabangsa sekarang lebih berbahaya, kompetitif dan semakin intensif daripada pada bila-bila masa sejak Perang Dingin," jelas Johnson seperti dikutip oleh Express.co.uk.

Johnson mengatakan perbelanjaan tambahan itu mencerminkan keperluan untuk meningkatkan kemampuan ketenteraan walaupun pandemi Covid-19 melanda ekonomi dan membebani kewangan awam. Dia menggariskan rancangan untuk komando ruang angkasa baru, sebuah agensi perisikan buatan dan mengatakan tentera laut akan dikembalikan sebagai tentera terkuat di Eropah.

Menggariskan kesimpulan pertama kajian semula dasar luar dan pertahanan, dia mengumumkan tambahan £ 16.5 bilion (AS $ 22 bilion) untuk tentera selama empat tahun akan datang. Anggaran pertahanan semasa hanya di bawah 42 bilion pound setahun.

Johnson mengatakan perbelanjaan tambahan itu mencerminkan keperluan untuk meningkatkan kemampuan ketenteraan walaupun pandemi Covid-19 melanda ekonomi dan membebani kewangan awam. Dia menggariskan rancangan untuk komando ruang angkasa baru, sebuah agensi perisikan buatan dan mengatakan tentera laut akan dikembalikan sebagai tentera terkuat di Eropah.

Menggariskan kesimpulan pertama kajian semula dasar luar dan pertahanan, dia mengumumkan tambahan £ 16.5 bilion (AS $ 22 bilion) untuk tentera selama empat tahun akan datang. Anggaran pertahanan semasa hanya di bawah 42 bilion pound setahun.

Malcolm Chalmers, timbalan ketua pengarah di badan pemikir Royal United Services Institute for Defense and Security Studies, mengatakan pendanaan itu bermaksud Britain akan mengekalkan kedudukannya sebagai kekuatan ketenteraan peringkat pertengahan di samping negara-negara seperti Perancis, Jerman dan Jepun, walaupun masih jauh di belakang Amerika.Negara dan China.

"Kerajaan Britain berusaha menunjukkan, walaupun ada Brexit, itu tidak bermaksud kita bukan pemain perikatan yang kuat dan melampaui berat badan kita seperti yang telah kita lakukan selama beberapa dekad," katanya kepada Reuters

Pengumuman kenaikan anggaran ketenteraan Britain dilakukan seminggu selepas Johnson berjanji kepada Presiden AS, Joe Biden bahawa Britain bertekad untuk kekal sebagai sekutu tentera yang berharga.

Christopher Miller, pemangku menteri pertahanan AS dalam pentadbiran Trump, menyambut baik kenaikan anggaran. Dia mengatakan tindakan itu menjadikan tentera Britain sebagai pasukan pertempuran terbaik di dunia.

Reuters melaporkan, kerajaan Britain mengatakan kenaikan itu akan mengukuhkan kedudukan negara itu sebagai negara dengan belanjawan pertahanan terbesar di Eropah dan kedua terbesar di NATO.

Bukan hanya itu, kekuatan siber nasional akan diciptakan bersama komando ruang angkasa baru, yang akan dapat melancarkan roket pertamanya pada tahun 2022. Ini dan projek baru yang lain akan mewujudkan 10,000 pekerjaan.

Begitu khabar dari London.

Sistem Ketenteraan yang kuat.

Begitu juga dalam Islam, sangat dipentingkan sistem ketenteraan yang kuat. Contohnya, memanah sebagai sukan dan simbol kekuatan tentera Islam.

Islam menggalakkan umatnya bersukan secara kerap bagi mengekalkan tahap kecergasan diri yang seterusnya membantu untuk menunaikan ibadah dengan sempurna dan khusyuk. Umumnya, apa saja aktiviti bersukan atau riadah yang menyihatkan dan memberi manfaat kepada tubuh badan manusia boleh dianggap sebagai sunnah.

Bagaimanapun sukan seperti memanah, berkuda dan berenang antara yang ditekankan apatah lagi terdapat dalil dan sirah Rasulullah SAW terhadap sukan ini. Antaranya hadis daripada Ibn Umar RA bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya “Ajarlah anak kamu berenang dan memanah,”.

Pendakwah, Yusri Musa, berkata ulama berpendapat hadis ini adalah daif, ia sebenarnya adalah kata-kata daripada Umar al-Khattab RA dan bukannya hadis Nabi SAW.

Namun terdapat hadis yang lebih jelas menunjukkan kepentingan sukan memanah, berkuda dan berenang misalnya daripada Uqbah bin Amir, aku mendengar Nabi SAW bersabda ketika di atas mimbar: Maksudnya: “Dan sedialah untuk menentang mereka (musuh yang mensceroboh) dengan segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah melempar (memanah), ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah melempar (memanah), ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah melempar (memanah),” (Riwayat Muslim).

Tegas Yusri menerusi hadis ini, Rasulullah SAW menyuruh umatnya mencari kekuatan yang mana ia terdapat dalam sukan memanah.

“Sukan memanah ini boleh dikaitkan secara langsung dengan kekuatan hati, akal dan jasad. Seseorang yang memanah menggunakan mata hatinya menjadikannya lebih yakin dan tenang manakala akal yang fokus melahir-kan pemikiran yang tajam.

“Malah dari segi jasad pula, sekiranya busur panah itu ditarik dengan kaedah yang betul, ia mampu memberi kelegaan kepada badan.

“Ia menunjukkan setiap sunnah itu ada hikmah dan setiap hikmah itu ada karamah atau keistimewaannya yang kita tidak tahu,” katanya.

Yusri berkata sukan memanah juga boleh dikaitkan dengan ibadah solat yang mana pergerakan solat itu sendiri mempamerkan ilmu seni mempertahankan diri.

Digalak laung takbir

“Pergerakan dalam solat itu sendiri, jika diamati adalah ilmu seni mempertahankan diri. Apabila mengangkat takbir, ia tanda mengagungkan kekuasaan manakala sujud pula sebagai tanda menghambakan diri kepada Allah SWT.

“Jadi apabila ingin melakukan panahan, digalakkan untuk melaungkan takbir seperti mana yang diamalkan oleh Sahabat RA ketika memanah dalam perang.

“Begitu juga apabila memanah, ia mengajar kita menjadi lebih fokus. Apabila dipraktikkan dalam solat, ia membantu untuk khusyuk,” katanya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jugalah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah juga yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir), dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripada-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Al-Anfaal :17)

Yusri menjelaskan, ulama berpendapat ayat ini diturunkan dalam peristiwa Perang Khaibar apabila Rasulullah SAW meminta anak panah lalu menghalakan kepada tentera Khaibar langsung menewaskan Ibnu Abi Huqair.

Kuasai kemahiran memanah

“Ayat ini menjelaskan bahawa bukan Rasulullah SAW yang melepaskan anak panah tapi berlaku atas izin dan kehendak Allah SWT.

“Malah dalam perang yang disertai oleh Rasulullah SAW dan Sahabat RA, atas ketakwaan dan kebergantungan yang tinggi kepada Allah SWT, mereka percaya bahawa panahan yang dilakukan hingga menewaskan tentera musuh itu bukan atas daya mereka sebaliknya dengan pertolongan Allah SWT,” katanya.

Tambah Yusri, Rasulullah SAW menyuruh umatnya menguasai kemahiran memanah bukan untuk bersukan saja tapi juga sebagai persediaan untuk masa depan. Dalam peperangan di zaman Rasulullah SAW, memanah adalah simbol yang menjadi kekuatan dan tunjang utama kepada tentera Islam.

Mengambil kisah daripada Perang Uhud, Yusri berkata Rasulullah SAW mengarahkan briged memanah yang diketuai oleh Abdullah bin Jubair supaya terus bertahan di Bukit Uhud.

Namun disebabkan mengingkari arahan Rasulullah SAW, tentera Islam mengalami kekalahan walaupun ketika itu sudah di ambang kemenangan.

“Apabila melihat ghanimah (harta rampasan perang) yang banyak, tentera Islam turun daripada Bukit Uhud dan mengingkari arahan Rasulullah SAW. Tentera musuh yang diketuai oleh Khalid al-Walid menyedari pertahanan tentera Islam sudah longgar dan menyerang kembali.

“Ia menyebabkan tentera Islam mengalami kekalahan dan 70 pejuang Islam syahid,” katanya.

Kesimpulan

Marilah kita kembali kepada sistem cara hidup Islam, apa lagi dengan mengamalkan sistem ketenteraan dan ketahanan diri yang kuat, seperti di atas. Semuanya mempunyai limpahan hikmah dari Allah SWT. Sekian.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails