Saturday, March 06, 2021

Johor bakal jadi pengeluar utama tenaga solar. PH?

 

Foto daripada Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, mengumumkan Johor akan menjadi pengeluar utama tenaga mesra alam, dengan pembukaan taman tenaga solar di Pengerang.

Menurut baginda, ‘Taman Solar Sultan Ibrahim’, projek bernilai RM1.4 billion itu akan menjadi yang terbesar seumpamanya di Asia Tenggara dengan berkapasiti 450 MW (megawatt).

Baginda menerusi laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini memaklumkan ia adalah projek pelaburan swasta berskala besar pertama diperolehi oleh Negeri Johor bagi tahun 2021 atas usaha Baginda Tuanku Sultan yang sentiasa mengalakkan pelaburan dan pembangunan ekonomi untuk rakyat dan negeri Johor.

Titah baginda, projek berkenaan juga seiring dengan Pelan Pembangunan Mapan Johor 2030 yang mengutamakan kelestarian alam sekitar dalam pembangunan ekonomi dan kemakmuran hidup rakyat.

Sultan Ibrahim bertitah, projek berkenaan akan turut memberi impak kepada pembangunan ekonomi negeri, dengan penawaran kerja kepada pelbagai peringkat, kerana ia juga akan menjadi sistem penyimpanan tenaga solar terbesar di rantau ini apabila beroperasi sepenuhnya menjelang 2023.

“Projek ini bukan sahaja berupa meningkatkan pertumbuhan ekonomi, malah berupaya menjadikan Johor antara pengeluar penting tenaga boleh diperbaharui secara mesra alam di peringkat antarabangsa,” titah Tuanku Sultan kepada Royal Press Office (RPO).

Sultan Johor berkenan untuk menyempurnakan majlis pecah tanah Taman Solar Sultan Ibrahim pada 23 Mac ini, di tapak projek di Pengerang.

Baginda bertitah, keupayaan pengoperasian projek berkenaan, secara tidak langsung akan menjadikan Johor sebagai pengeluar utama tenaga solar berskala besar di samping menitikberatkan kelestarian serta persekitaraan hijau yang lebih bersih.

“Kita bersyukur kerana Johor antara negeri diberkati dengan waktu pancaran matahari yang tinggi. Sudah sampai masanya, kita meneroka sumber ini untuk meningkatkan kapasiti penjanaan kuasa serta menyumbang kepada penghasilan tenaga boleh diperbaharui,” titah baginda lagi. – HARAKAHDAILY 28/2/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pemimpin PH mana ada idea macam tu? Idea penuh tembolok sendiri banyak.. Serpih, baru dapat balacinya.. Balaci pecacainya patut sedar, dia bekerja untuk siapa, untuk musuh Islam. Padankah dengan upah serpih tahi gigi itu?

No comments:

Post a Comment