Thursday, March 04, 2021

Karnival: 10,000 peluang kerja. Tapi, Ini Bukan Janji PH!

 

Karnival: Peluang kerja untuk rakyat Terengganu

KUALA LUMPUR: Hampir 10,000 peluang pekerjaan bakal dibuka kepada rakyat Terengganu ini sempena Karnival Penjana Pekerjaan Negeri Terengganu 2021 yang dijadual berlangsung April ini.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, karnival tersebut akan diusahakan pada pertengahan April yang dicadang diadakan di Pusat Sains dan Kreativiti (PSKT), Chendering.

Menurutnya, peluang itu sangat menarik kerana ia mendapat sambutan baik daripada pelbagai majikan melalui peruntukan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk menggunakan saluran berkenaan.

“Insya-Allah, kerajaan negeri bersama Pusat Pembangunan Sumber Manusia Terengganu (THRDC) akan menjadi perantara antara majikan dan rakyat yang terkesan dengan kemelesetan ekonomi akibat Covid-19 serta yang ingin mencari peluang pekerjaan,” katanya memetik laporan portal TRDI News, semalam.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya mendapat majikan-majikan berdaftar sama ada secara fizikal atau online dengan menyediakan 9,900 lebih peluang pekerjaan yang menanti.

Mohd Nurkhuzaini meramalkan sambutan akan mencecah hingga 50,000 pengunjung yang akan memeriahkan karnival peringkat negeri itu.

“Dengan norma baharu disebabkan pandemik, cadangan lokasi iaitu PSKT adalah strategik dan selesa buat para pengunjung,” jelasnya yang juga Adun Kota Putera.

Beliau menyifatkan karnival itu adalah yang terbesar pernah dianjurkan dalam tempoh pandemic Covid-19 dengan penglibatan lebih daripada 80 majikan pelbagai bidang. – HARAKAHDAILY 4/3/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Maaf cik PH, kita terpaksa cakap benar. Kalau dengar janji kepada rakyat, bila dikaitkan dengan PH, orang ramai sudah muak, nak muntah mendengarnya. Tak percaya lagi.

Siapa yang kenal tak kenal janji PH? Sebelum menang janji tol percuma. Macam-macam lagi janji dalam manifestonya. Lepas menang kutip duit, konon duit tak cukup nak bayar hutang negara yang mencecah RM1 trilion.. Bila dah perintah 22 bulan, merudum jatuh tergolek, lingkup, maka naik kerajaan PN. Rupanya Era PH kutip wang dari rakyat, tapi era PN agih bantuan kepada rakyat. Ada pulak duit?

Kenapa PH 'tak cerdik' cari duit untuk rakyat tertindas? PN mengatur langkah dengan mengumumkan pelbagai inisiatif bermula dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Perlindungan Ekonomi & Rakyat Malaysia (PERMAI).

Tidak cukup dengan itu, PN juga memberi bantuan kepada golongan petani, nelayan dan pekebun getah, dan banyak lagi. Kelantan pun tidak didera lagi.

Cukup dulu, kita sambung waktu lain lagi. Insya Allah. Wassalam.

8 comments:

Anonymous said...

Tuan jangan jadi bebal.. karnival kerja bukannya terus dapat kerja.. Tak payahlah nak berbangga Dan perlekeh PH sebab puak PN sah pengkhianat kepada lebih 50% pengundi yang memilih PH Untuk tempoh 5 tahun.. Apakah Tuan sanggup mencari setiap seorang pengundi yang undi PH Untuk mintak maaf? Buat kerja kami akan Nilai bila tiba PRU 15.. x payah nak bangga sila buat kerja walaupun khianat kami bagi peluang kamu buat kerja.. oh ya Kat Terengganu sekarang ni masalah kutip sampah Dan tong sampah pun macam Tak terurus elok tambah lebih ramai petugas kutipan sampah dari sebok dok berkarnival musim2 covid ni..

Anonymous said...

Pemuda PAS menegaskan bahawa individu tersebut tidak pernah ditekan, sebaliknya beliaulah yang memilih untuk hidup dalam tekanan dengan berkelakuan menyalahi fitrah jantina, mempromosikan kelakuannya dan mencari publisiti di media sosial, serta mencabar pihak berkuasa agama. Beliau juga yang memilih untuk melarikan diri dari dibicarakan di Mahkamah Syariah untuk kesalahan beliau. Maka sewajarnya beliau tidak menyalahkan orang lain atas perlakuan beliau sendiri.

Anonymous said...

Ph dah berkuasa kemudian berebut2 nak jadi pm. Rakyat meluat dgn pemimpin ph. Peribadi yg lebih banding masalah ummah. Kemudian cari kambing utk dihitamkan. Berganda2 jahatnya dan tamaknya. Cari pemimpin yg bersih. Jangan cari yg ada masalah nafsu.

Anonymous said...

Kahkahkah!

Ya..percaya jgn..

Hudud sm ruu355 apa citer?

Sapa pgg kuasa skrg?

Anonymous said...

Dah makan obat.

Anonymous said...

Serumpun abam.

Anonymous said...

Dulu abam desak atok letak jawatan. Kemudian abam desak ydpa batal darurat. Derhakalah tu. Sekarang abam desak speaker utk parlimen bersidang. Banyak sangat dalih abam utk jadi pm. Yg penting rakyat perlukan rehat dari kerenah politik abam.

Unknown said...

Sapa yg bebal mu yg bebal atau pak Hashim yg bebal? Sapa kata lebih 50: rakyat nak PH? PH menang sebab bertanding 3 penjuru je... 😅

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails