Thursday, March 18, 2021

Kedah tuntut RM50 juta setahun, 'guna ayaq' tanpa izin, merompak?

 

Saya akan ‘fight’ hingga ke mahkamah – Sanusi

YAN: Kerajaan Kedah akan terus mempertahankan hak royalti air jika Pulau Pinang masih enggan memberi kerjasama walaupun terpaksa membawa perkara itu ke mahkamah.

Demikian ditegaskan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Pejabat Daerah Yan, hari ini.

“Saya akan fight hingga ke mahkamah sekiranya Pulau Pinang masih enggan memberi kerjasama dalam hal itu,” ujar beliau.

Walau bagaimanapun Sanusi berkata hal tersebut akan dibawa ke meja perundingan bersama Kerajaan Pusat untuk membincangkan timbang tara mengatasi masalah itu.

Namun sekiranya, Pulau Pinang masih berdegil, beliau tidak teragak-agak untuk membawa perkara itu ke meja perundangan.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengumumkan enggan memanjangkan isu penggunaan sumber air Sungai Muda kerana memilih untuk mempertahankan hak riparian negeri itu di mahkamah.

“Kita ada beberapa projek yang belum diumum lagi dan akan memberi masalah kepada mereka (Pulau Pinang).

“Mereka boleh terus guna dan sedut air hingga keluar air selut. Gunalah ayaq selut tu,” kata Sanusi.

Kedah sebelum ini menuntut Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menjelaskan bayaran sumber air mentah sebanyak RM50 juta setahun yang digunakan sejak 2010 lagi.

Namun tiada sebarang bayaran dibuat negeri itu sehingga kini. – HARAKAHDAILY 17/3/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pulau Pinang guna air Kedah tanpa izin, tidakkah itu merompak namanya?


1 comment:

  1. Turki sudah lama membelokkan sumber2 air yang mengalir kenegara2 jiran untuk tujuan pertanian dan juga penjanaan tenaga elektrik, tenaga hijau.

    Diharap Kedah dapat mencontohi mereka, jom majukan tenaga HIJAU!

    ReplyDelete