Sunday, March 21, 2021

Kerjasama UMNO - PH tidak berjaya -Presiden MIC

 

UMNO memaklumkan tidak akan bekerjasama dengan BERSATU dalam PRU-15.

SUNGAI SIPUT: Kerjasama di antara UMNO dan parti komponen Pakatan Harapan (PH) tidak akan menjadi kenyataan

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran, berkata pemimpin mungkin mengadakan perbincangan rahsia atau kerjasama dengan PH, namun mereka mesti tahu akar umbi tidak akan mengikut kehendak pemimpin.

"Ia tidak akan menjadi kenyataan. Sangat sukar bagi ahli DAP bekerja untuk UMNO. UMNO bekerja untuk DAP. Dan, begitu juga sebaliknya dengan PKR," katanya.

Vigneswaran berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan komputer riba dan bantuan kepada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) Siput di sini, hari ini.

Beliau berkata, UMNO akan membuat keputusan yang baik mengenai parti yang akan dipilih untuk bekerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Mengenai spekulasi wujud rancangan untuk menggantikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hassan bagi mengetuai kempen PRU-15, yang dikatakan disokong ahli MCA dan MIC, Vigneswaran menafikan perkara itu.

"Seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Jika kami membuat keputusan seseorang itu bersalah, sebelum hukuman dijatuhkan, ia tidak akan pernah berlaku.

"Kami tidak campur tangan dengan parti komponen kami, namun jika beliau (Ahmad Zahid) dibuktikan bersalah, parti itu perlu membuat keputusan yang baik supaya Barisan Nasional (BN) akan menang pada PRU akan datang.

"Sebarang keputusan akan diketahui nanti. Bukan sekarang. Jika UMNO memutuskan untuk memilih siapa yang akan mengetuai parti, ia keputusan mereka. Bukan parti komponen," katanya.

Ada cadangan Ahmad Zahid direhatkan daripada mengetuai kempen BN dalam PRU-15 kerana menghadapi kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram. - Foto NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

Sebelum ini, portal melaporkan Mohamad mungkin akan memimpin kempen BN pada PRU-15 selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah, manakala Ahmad Zahid berdepan banyak tuduhan.

Portal itu, yang memetik sumber menyatakan, spekulasi semakin rancak mengenai anggota gabungan itu menyusun Pelan B, yang membabitkan penggantian Ahmad Zahid dengan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat.

Sumber juga berkata, ahli daripada MIC dan MCA mencadangkan Tok Mat menjadi pilihan seterusnya sebagai sebahagian Pelan B, berikutan kebimbangan mengenai tuduhan mahkamah.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyatakan ada perbincangan tidak rasmi dengan pemimpin UMNO untuk bekerjasama dalam PRU-15. - Foto NSTP/KHAIRUL AZHAR AHMAD

Sumber yang dipetik portal itu berkata, terdapat kebimbangan Ahmad Zahid akan terjejas dengan kes mahkamah yang sedang berjalan walaupun ketika darurat. (BH)

Lihat sebelum ini..

Berikutan MT UMNO mahu tamatkan kerjasama Bersatu ...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails