Thursday, March 25, 2021

Kini, RM920=1 tan, berbanding setahun lalu RM300 Masa PH.. Al-hamdulillah.

 

Peneroka lega hasil sawit melonjak tinggi

GUA MUSANG: Sebelum ini bertahun-tahun peneroka terpaksa mengharungi pengalaman perit apabila harga sawit jatuh merudum sehingga menjejaskan pendapatan mereka.

Malah ramai yang meninggalkan kebun sawit dan getah bagi mencari rezeki di tempat lain untuk menampung keperluan keluarga.

Namun pengalaman itu sudah berlalu apabila harga Buah Tandan Segar (BTS) meningkat sehingga paras RM920 satu tan sekarang, berbanding setahun lalu RM300 setan.

Rata-rata peneroka yang ditemui menarik nafas lega apabila berjaya keluar daripada kemelut panjang sebelum ini.

Azman Ahmad

Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Azman Ahmad berkata, kenaikan harga sawit memberi kesan besar kepada kehidupan peneroka dan pekebun kecil.

Katanya, walaupun hasil pengeluaran buah sawit tidak menggalakkan sekarang, namun harga tinggi mampu memberi pulangan sehingga RM5,000 dengan keluasan kebun 10 ekar.

“Pertemuan saya dengan peneroka Felda dan Kesedar mereka meluahkan perasaan gembira dengan kenaikan sekarang.

“Malah mereka berharap supaya kerajaan dapat mengekalkan harga sekarang bagi memastikan kehidupan dan peneroka dapat keluar daripada belenggu kemiskinan,” katanya di sini.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan harga Minyak Sawit Mentah (MSM) melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah industri sawit negara iaitu RM4,247.50 setiap tan.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ia merupakan angka yang tertinggi dicatat sejak 13 tahun lalu.

Kesannya beliau berkata, harga Buah Tandan Segar (BTS) di Semenanjung turut melepasi paras RM900 setiap tan berbanding sekitar RM300 setahun lalu.

Mohd Saupi Abd Razak

Timbalan Yang Dipertua PAS Gua Musang, Mohd Saupi Abd Razak berkata, kejayaan itu membuktikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) benar-benar menjaga kebajikan rakyat.

Katanya peneroka di Gua Musang berharap supaya harga sawit dapat dikekalkan bagi memastikan kehidupan rakyat terjamin.

“Kenaikan ini memang memberi kesan kepada pengusaha komoditi seperti kelapa sawit dan getah di Kelantan sekarang.

“Mereka juga mahu kerajaan sekarang PN dapat dikekalkan kerana terbukti berjaya membantu rakyat,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 24/3/2021

4 comments:

Anonymous said...

Alhamdullillah. Semoga prestasi mp pas terus cemerlang. Tapi jangan lupa zaman pahit bersama ph.

Unknown said...

Alhamdulillah .. Puji lah Allah dan beristighfar lah.. Juga jangan angkuh

Anonymous said...

Alhamdullillah. Satu2.

Anonymous said...

Sekurang2nya ikhtiarnya berjaya. Dgn ph dulu sesak nafas rakyat terutamanya peribumi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails