Tuesday, March 16, 2021

KPPK rancang buka pejabat serantau di Jeddah. PH 22 Bulan=0

 

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali -NSTP/Khairul Azhar Ahmad

KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) sedang berusaha untuk membuka Pejabat Serantau Agrikomoditi Malaysia di Jeddah, Arab Saudi.

Ia akan merangkumi Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Majlis Getah Malaysia (MRC) dan Majlis Kayu Kayan Malaysia (MTC).

Menterinya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata pejabat serantau itu akan dijadikan Hab Komoditi Malaysia untuk memperluaskan pasaran agrikomoditi negara ke benua Afrika dan Asia Barat yang masing-masing memiliki populasi penduduk seramai 1.34 bilion orang dan 457 juta orang.

Katanya, pembukaan pejabat itu adalah usaha KPPK dalam merealisasikan hasrat menjadikan produk komoditi Malaysia untuk menguasai pasaran di rantau berkenaan termasuk produk oleokimia dan biobahan api pada masa hadapan.

"Hubungan antarabangsa melalui strategi pembukaan pejabat serantau seperti ini adalah penting bagi meningkatkan lagi penerimaan produk sawit Malaysia di pasaran global.

"Ia juga selaras dengan kempen 'Sawit Anugerah Tuhan' yang dilancarkan pada 10 Februari 2021 yang lalu bertujuan untuk mempromosikan kelebihan dan kebaikan minyak sawit Malaysia kepada dunia dengan menggunakan elemen pendidikan dan pada masa sama menangkis kempen antiminyak sawit," katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Khairuddin berkata, KPPK menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas kejayaan rundingan di antara Malaysia dan Arab Saudi dalam pelbagai perkara termasuk mempromosi industri sawit negara, terutama untuk meningkatkan pasaran minyak sawit Malaysia ke negara berkenaan.

"Pertemuan Perdana Menteri bersama Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan negara itu di Istana Al-Yamamah telah memberi peluang kepada syarikat negara ini untuk mengeksport minyak sawit dengan kuantiti yang lebih besar.

"Arab Saudi menunjukkan komitmen untuk meningkatkan import minyak sawit Malaysia daripada 318,000 tan bernilai RM900 juta pada tahun lalu kepada 500,000 tan bernilai kira-kira RM1.5 bilion bagi tahun 2021," katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Harap PH, 22 bulan pun masih 0 kerja.

1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum... Semoga terlaksana.. Tahniah YB

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails