Tuesday, March 30, 2021

Motocross lasak, elakkan rempit di jalan raya. -Ust. Ridzuan Hashim

 

KBMCC Fun Race dapat cungkil bakat baharu

SUKAN

KUALA TERENGGANU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading bakal menjadi tumpuan peminat sukan motocross berikutan wujudnya litar baharu di situ.

Litar yang panjangnya lebih satu kilometer itu merupakan yang kedua terpanjang di Terengganu selepas litar di Teluk Mak Nik, Kemaman, lapor portal TRDI.my.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, litar yang baharu siap itu diselenggara sepenuhnya oleh Kampung Baru Motocross Club (KBMCC).

Alhamdulillah, tambah satu lagi koleksi sukan dalam DUN Buluh Gading, sukan motosikal lasak yang sangat digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat,” ujar beliau selepas majlis penyampaian hadiah KBMCC Fun Race, Kampung Kuala Belara, kelmarin. Program itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Baru Tetambah dan KBMCC.

Beliau yang juga Adun Buluh Gading difahamkan seramai 160 penyertaan diterima kali ini dalam lima kategori yang sangat menggalakkan walaupun julung kali diadakan.

“Penganjuran program seperti ini juga dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan pemotoran lasak, di samping dapat juga mengelakkan mereka merempit di jalan raya yang membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain,” ujarnya lagi.

Beliau juga berharap agar litar itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya sebagai alternatif sukan seperti panjat bukit dan kayuh basikal. – HARAKAHDAILY 30/3/2021


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails