Filem indie, Belaban Hidup: Infeksi Zombie memenangi kategori Seram dan Sains Fiksyen bagi genre filem cereka di World Film Carnival (WFC) Singapore 2021, minggu lalu.
Muhyiddin ucap tahniah atas kemenangan filem Dayak di WFC SINGAPORE 2021
HALAMAN HIBURAN
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah dan berkongsi kegembiraan atas kejayaan filem indie, Belaban Hidup: Infeksi Zombie memenangi kategori Seram dan Sains Fiksyen bagi genre filem cereka di World Film Carnival (WFC) Singapore 2021, minggu lalu.
Dalam ucapan di laman Facebooknya, Muhyiddin berkata, kemenangan itu membuktikan negara tidak ketandusan bakat dalam menghasilkan karya seni berkualiti antarabangsa, selain meneruskan kesinambungan kejayaan filem dan terbitan kreatif tempatan di peringkat antarabangsa.
"Saya yakin filem yang menggabungkan elemen seram dan aksi yang mengetengahkan kisah pahlawan Dayak Sarawak ini secara tidak langsung mampu mempromosi Malaysia, khususnya kepelbagaian etnik, budaya dan bahasa di Sarawak kepada dunia.
"Tahniah kepada pengarah filem kelahiran Sarawak, Ray Lee, saudari Misha Minut dan semua pihak yang terbabit dalam penerbitan serta pelakon atas kemenangan ini yang tentunya turut mengharumkan nama Malaysia di luar negara," katanya.
Dalam pada itu, Muhyiddin turut berharap agar filem yang dijangka memasuki pawagam pada Ogos depan itu akan mendapat sambutan daripada peminat-peminat filem tempatan.
Filem Belaban Hidup: Infeksi Zombie yang mendapat dana dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, menggabungkan elemen seram dan aksi masyarakat Dayak di Sarawak mengisahkan sekumpulan anak yatim dikurung untuk menjadi bahan uji kaji oleh seorang saintis gila.
Filem berkenaan turut tercalon di International Symbolic Art Film Festival di Russia dalam dua kategori iaitu Filem Terbaik dan Filem Seram Terbaik yang akan berlangsung pada 27 Mac ini.
Filem berkenaan menampilkan barisan pelakon tempatan seperti Pekin Ibrahim, Altimet, Pablo Amirul, Anna Melissa, Cassidy Panggau dan penyanyi Indonesia, Tegar serta pelakon kelahiran Slovakia, Katrina Grey.– BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hastym: Ibnu Hasyim akan pergi menjelajah ke bumi Borneo lagi selepas musim covic 19 ini. Bahkan akan terus merentasi dua negara, Malaysia Timur, Kalimantan bahkan ke Filipina Selatan jika perlu.. Saya akan hubungi sahabat-sahabat lama saya di sana.
Sekian, insya Allah!
Sila lihat kisah perjalanan Ibnu Hasyim ke Kalimantan yang lalu..
E-Buku IH-51: Perjalanan Ke Kalimantan
- Pontianak, Aku Cinta Kamu! siri 1
- Kerajaan Pontianak Bukan Kerajaan Sekular siri 2
- Stok Perawan (Masih Dara), Di Kota Pontianak siri 3
- Sebuah Manuskrip Pontianak (1931) Dari P/M'sia siri 4
- Pontianak: Yusuf Saigon, Kaitan Dg MP PAS 1955.. siri 5
- Aku.. Bersama Suku Dayak Kalimantan siri 6
- Misi Agama Di Bumi Dayak.. siri 7
- Ni, Wanita Iban Masakini Pun Tak Pakai Baju siri 8
- Dayak Potong Kepala Manusia.. siri 9
- Sampit Berdarah: Pertempuran Dayak & Madura. siri 10
- Dayak Mahu Bunuh Ketua FPI, Indonesia Pula? siri 11
- R/Belanda Apikan, Perpecahan Antara Agama? siri 12
- Dari Putussibau Ke Badau. Kamu Orang Iban? siri 13
- Sejarah Cina Islam & Cheng Ho Masuk Kalimantan siri 14
- Orang Tionghua Kalimantan & Cina Islam siri 15
- Kisah Pak Dukun, Ubat Segala Penyakit, Di Badau. siri 16
- Smokel, Kami Orang Perbatasan -Mitchel Vinco siri 17
- Ku Lalui Jalan Tikus, Badau Ke Lubuk Antu. siri 18
- Lubuk Antu.. Bersama Sahabatku Orang Iban.. siri 19
- Lubuk Antu 2005: Sekuntum Mawar Plastik... siri 20
- I/Hasyim Mohon Maaf Terbuka Kpd Kaum Iban S'wak siri 21
- 'Pasukan Hantu' Dayak, Rahsia Ditakuti Penjajah.
- Gadis Ini Dilarikan Lelaki Dayak..
- 'Penggal kepala'Dayak: Laporan Polis Dibuat.
- Pengalaman Dakwah Di Kampung Dayak.
- Ratu Pondan: Syabas, Datuk Bandar Miri Lawrence La...
- Ratu Cantik Pondan, Persatuan Dayak Marah!
- Kunjungi Muslim Long Telenjau, Kalimantan Timur.
- Berkunjung Ke Pesantren Hidayatuallah Di Bumi Seba...
- Suku Dayak Pendalaman, Berbondong-bondong Masuk Is...
No comments:
Post a Comment