Monday, March 29, 2021

Perkauman &Kegagalan Di UK, Jadi Kecoh Lebih Besar.

 

Tunjuk perasaan berkaitan isu karikatur Nabi Muhammad di sebuah sekolah di UK dikhuatiri menjadi kekecohan lebih besar. - Foto AGENSI

Isu karikatur Nabi Muhammad, semua pihak diminta bertenang

LONDON: Ahli politik dan pemimpin agama United Kingdom (UK) menggesa semua pihak bertenang ketika perbalahan membabitkan seorang guru menunjuk karikatur Nabi Muhammad semakin memuncak.

Mereka bimbang polemik berterusan mungkin menyebabkan ia berkembang menjadi perang budaya, isu perkauman dan persengketaan agama.

Akhbar The Guardian melaporkan, guru berkenaan menunjukkan gambar kartun Nabi Muhammad memakai serban berbentuk bom kepada pelajar Batley Grammar School di West Yorkshire .

Penunjuk perasaan berkumpul di luar sekolah berkenaan sejak kelmarin, ekoran pengumuman ia akan ditutup berikutan kejadian itu.

Bekas menteri Kabinet Konservatif, Baroness Warsi, memberitahu BBC bahawa apa yang berlaku amat malang sekali kerana kumpulan pelampau di kedua-dua pihak mengambil kesempatan atas isu itu.

"Sepatutnya, musibah ini dimanfaatkan untuk memberi penjelasan dan meningkatkan kefahaman antara agama supaya perkara seumpamanya tidak berulang.

"Apa yang kita lupa adalah perkara paling penting, iaitu kanak-kanak dan pembelajaran mereka'. Sangat jelas ramai murid terkesan dengan kejadian terbabit.

"Namun, tindakan bersifat membalas dendan tidak akan menguntungkan sesiapa," katanya.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Islam (IHRC) di London meminta Setiausaha Pendidikan, Gavin Williamson, menarik balik kenyataannya mengutuk tunjuk perasaan di hadapan sekolah terbabit.

Mereka mendakwa beliau secara terang-terangan menuduh ibu bapa prihatin yang menyertai protes itu sebagai melakukan kekerasan terhadap sekolah dan membuat ancaman.

Pihak sekolah dan guru sudah pun meminta maaf kepada ibu bapa dan guru tahun sembilan yang melakukan perbuatan itu digantung tugas sejak kontroversi tercetus Khamis lalu.

Tunjuk perasaan berlangsung secara aman, tanpa sebarang tindakan dilakukan pegawai polis West Yorkshire. - AGENSI

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Berlaku kecoh yang lebih besar di UK adalah lambang kegagalan pihak barat menangani masalah api perkauman bangsa-bangsa dan agama. 

No comments:

Post a Comment