Thursday, March 25, 2021

PH bina negara dengan gendang/trompet, bising bungkus..

 

Serangan terhadap seruan perpaduan. -Nik Mohamad Abduh.

MENAKJUBKAN, apabila saya menulis mengenai perpaduan umat terutama pemerkasaan Muafakat Nasional (MN), para penyokong PH akan segera dan berhabisan menyerang saya seolah-olah kubu mereka yang diserang.

Menakjubkan. Perpaduan menjadi mimpi ngeri dan ketakutan buat mereka. Tiada lagi peluru lain selain pecahkan perpaduan parti yang memerintah. Pelajarannya, penyatuan umat adalah senjata paling kuat. Ia bagai kubu dan pertahanan yang dilengkapi senjata. Kegerunan musuh tercetus tanpa perlu menyerang mereka.

Betullah. PH dulu membina negara dengan gendang dan trompet. Bisingnya dari kejauhan. Bila mendekati, wayang pacak dah pun bungkus awal. Penonton paling punggung tak puas hati. Kerajaan PH kebaikannya amat sedikit berbanding keburukan. Malang, penyokong mereka masih melihat keburukan sebagai kebaikan. 

Jika begitu, jangan pelik jika mereka terus menyerang dengan senapang mainan. Yang penting, bunyinya kuat. Kerajaan PN akan terus menyumbang untuk kejayaan negara menempuh gelora pandemik global. Perpaduan adalah senjata dan pertahanan utuh. Adanya, adalah kejayaan dicapai. PAS tekad menjayakan misi Islam sebagai sistem dan cara hidup terbaik untuk Malaysia dan sejagat.

Firman Allah S.W.T:

وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ 

“Dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Dan janganlah kamu bertelingkahan sesama kamu, nanti kamu gagal dan hilanglah kekuatanmu. Dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.”

(al-Anfal: 46)

YB USTAZ NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 25/8/2020

No comments:

Post a Comment