Friday, March 05, 2021

PN mampu hapus kira RM699 juta hutang projek air luar bandar. Bukan Macam PH...

 

Pusat hapus kira hutang projek air luar bandar

ALOR SETAR: Pinjaman projek bekalan air luar bandar di Kedah yang berjumlah hampir RM699 juta dipersetujui dihapus kira Kerajaan Persekutuan.

Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan itu akan mengurangkan pinjaman bekalan air daripada RM1.82 bilion kepada RM1.12 bilion.

Katanya baki pinjaman tersebut akan diambilalih Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan pembayaran balik disusun semula melalui bayaran sewa pajakan kepada Syarikat Air Darul Aman (SADA) bagi tempoh jangka panjang.

“Inisiatif tersebut dapat meringankan beban negeri di samping membolehkan SADA membina asas kewangan yang baik ke arah kemapanan jangka masa panjang,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman semalam.

Sebelum itu beliau menyaksikan majlis menandatangani tiga perjanjian penstrukturan semula industri perkhidmatan air antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Kedah.

Tuan Ibrahim berkata, pelaksanaan skim tersebut bersifat jangka masa panjang di mana kemapanan kewangan operator air akan dicapai melalui pemulihan kos operasi sehingga mencapai pemulihan kos penuh.

“Kejayaan ini akan melonjakkan industri perkhidmatan air sebagai pemacu ekonomi negara dan pertumbuhan ekonomi bagi kesejahteraan rakyat,” ujarnya.

Menurutnya juga Kerajaan Persekutuan meluluskan dua projek bekalan air pinggiran sungai yang membolehkan takungan air dibuat pada musim hujan.

Kata beliau kerajaan pusat meluluskan dua projek bekalan air pinggiran sungai (taps) supaya pada musim hujan air dapat ditakung.

“Takungan ini dibuat di hilir, bukan empangan kalau empangan ia dibina hulu. Takungan dibuat berdekatan dengan loji supaya air dapat dirawat terus,” katanya.

Beliau juga berkata, projek bernilai RM1 bilion turut dilulus melibatkan pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) di Sidam Kiri, Kuala Muda dan di Kodiang, Kubang Pasu.

Kos pembinaan LRA di Kuala Muda berjumlah RM450 juta dan dijangka siap pada 2027, manakala di Kodiang melibatkan kos RM550 juta.

“Nilai keseluruhan manfaat yang diperoleh kerajaan negeri menerusi penstrukturan ini melibatkan projek bernilai RM2.62 bilion,” ujarnya.

Perjanjian penstrukturan itu ditandatangani Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Dato’ Seri Ir Dr Zaini Ujang dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Dato’ Ammar Shaikh Mahmood Naim.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif PAAB Abdul Hadi Ali dan Pengarah Urusan SADA, Datuk Azmi Din.

Ia turut disaksikan Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor dan anggota Exco kerajaan negeri Dato’ Suraya Yaakob. – HARAKAHDAILY 5/3/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Baru setahun memerintah PN mampu hapus kira RM699 juta hutang projek air luar bandar. Bukan Macam PH...

Kata Prof Emeritus Tan Sri Ibrahim Shah, 

“Saya masih ingat hingga kerajaan PH minta bantuan, minta sedekah bahkan budak-budak kecik pun bagi duit, dia nak minta pinjaman daripada luar hinggakan kita diminta supaya mengikat perutlah, maksudnya memang tidak ada duit,” 

Namun katanya, dengan kebijaksanaan Muhyiddin telah dapat menyelesaikan banyak masalah. 

Tahniah PM kita..

Lihat sebelum ini.. Seruan Presiden PAS: Merdekakan Perlembagaan!

"Disangka tiada lagi saki-baki buaya belaan penjajah British di dalamnya, namun tiba-tiba buaya itu mendongakkan kepalanya."

7 comments:

Anonymous said...

Hari tu projek balak, nadir bumi, roboh kuil hindu pastu nak sekat air kuala muda dari masuk penang. Last2 negeri sendiri tgh kemarau.

Aku cadangkan, walaun2 gi la sekat air dr masuk ke otak mb bahlol ni. Dah mcm org sewel aku tgk.

Anonymous said...

Penyakit khadam ni. Macam ph jugak.

Anonymous said...

Tak paham apa sebenarnya perjuangan ph.

Anonymous said...

Yg penting formula lantik PM jangan lantik dari UTARA Malaysia...

22 tahun 22 bulan akidah dilacurkan dng COMANGO,Pluralisma, Liberal Syiah Lesen Judi yg besar bertambah, Pulau bagi kaum pendatang tanah rizab dilacurkan bailout bagi suma pada pendatang..

Bab judi, arak, pub disco maak aaii kemain jadi batuapi dan adu domba...

Bila bab hukum mahkamah luar tabiee suma lari masuk lubang gua senyap sunyi sepi...

Ada sapa yg brani sankal fakta di atas ... silakan berhujah dng fakta...

sembang persepsi smpi babi pun boleh terbang boleh tolak tepi la...

Anonymous said...

Mujur 22bulan. Tapi sempat juga rasuah. Nak benteras rasuah, rupanya ph paling ramai calon rasuah dan fitnah.

Anonymous said...

Akaun kerajaan kelantan banyak kali dapat pujian dari jabatan audit. Adatnya ramai yg iri hati. Jelasnya dari khadam ph yg bergerak sebagai musuh dlm selimut. Maka perlu berhati bila ambil khadam sebagai teman.

debrut said...

undang2 persekutuan dan negeri,klau sama secara auta undang2 persekutuan akan mendahului[[supersede]] undang2 negeri dan digunapakai, undang2 negeri walaupun ianya berkait hukum syariah dah perlembagaan persekutuan menyatakan sedemikian. fakta? gi cabar atau gubal perlembagaan baru.Sistem dan hukum Malaysia acuan dari lanunPenjajah walaupun hukum agama dan adat diberi tempat secular[[politik dan agama dipisahkan]] diutamakan.antara syarat2 untuk merdeka dan juga bagi mengekang pengaruh Islam serta menghalang KeKhalifahan dilahirkan kembali..jika saya tersilap mohon maaf dan pencerahan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails