Harga minyak sawit mentah tertinggi sejak 13 tahun -Lepasi RM900=1tan, setahun lalu hanya RM300 sahaja.
KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit mentah (MSM) pada 12 Mac lalu pada paras RM4,193 permetrik tan, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr Mohd Khairudin Aman Razali.
Menurutnya, ia adalah harga tertinggi sejak 13 tahun iaitu pada Mac 2008 lalu.
Kesannya, kata beliau harga buah tandan segar (BTS) di Semenanjung melepasi paras RM900 satu tan sedangkan setahun dahulu hanya sekitar RM300 sahaja.
Susulan itu, kata beliau nanti akan ada yang nakal mengulas ‘buah mengurang YB walaupun harga tinggi’.
“Saya katakan, inilah tanda kekufuran dan keingkaran nikmat Tuhan.
“Bagaimana jika buah mengurang dan harga pula rendah? Ungkapan mereka yang bersyukur ialah: ‘alhamdulillah harga tinggi walaupun buah berkurang’,” ujarnya menerusi satu hantaran di Facebook beliau, hari ini.
Tambahnya, akan ada pula yang mengulas, ‘buat apa harga naik kerana harga minyak masak pun naik di pasaran tempatan’.
Beliau menjelaskan, purata sebanyak 19 juta tan setahun minyak dipasarkan di pasaran antarabangsa yang memberi untung kepada hampir 500,000 keluarga pekebun kecil atau lebih tiga juta rakyat Malaysia.
Menurutnya, hanya satu juta tan untuk kegunaan dalam negara.
Jelas beliau lagi, sebanyak 700,000 tan atau 700 juta pek pula dijual dengan harga subsidi oleh kerajaan menerusi pek satu kilogram dengan RM2.50 dan hanya 300 tan untuk minyak pek dua kilogram dan lima kilogram.
“Bersyukurlah, pasti nikmat ditambah oleh Allah, sememangnya ‘Sawit Anugerah Tuhan’,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus. – HARAKAHDAILY 15/3/2021
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah berkat, sawit anugerah Tuhan! Orang yang tidak fikir cara Islam tidak akan faham 'erti nikmat berkat' itu! Itu, yang ada puak-puak PH tak sampai fikir. Kalau tidak, pasti tidak timbul mengenai cadangan 'tukar tanaman sawit dengan pokok buluh. Ha ha ha!
1 comment:
Sokong DAP atau sekutu dapat TAIK BABI, tak lebih dari itu!
Post a Comment