Tumbangnya pokok ikonik di Bandar Melaka
MELAKA: Selepas 127 tahun, pokok ikonik yang menjadi lokasi tumpuan pelancong dari seluruh dunia untuk mengabadikan kenangan saat berada di Bangunan Stadthuys atau ‘bangunan merah’ di sini, akhirnya tumbang menyembah bumi pagi tadi.
Pokok jenis Batai Laut atau nama saintifiknya Peltophorum Pterocarpum berketinggian 18 meter dan berdiameter hampir 1.5 meter yang ditanam sejak zaman pemerintahan British itu tumbang sekitar 6.30 pagi tadi dipercayai akibat akarnya sudah mereput.
Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Mohd Nasruddin Rahman berkata pokok itu merupakan pokok warisan yang memang diwartakan di bawah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) supaya tidak ditebang dan hanya dipelihara dari segi landskap.
“Apa yang berlaku hari ini, perlu kita ambil pengajaran yang mana-mana kawasan bersejarah atau warisan ini, ia sangat sensitif. Dulu penduduk hanya menggunakan kereta kuda tetapi sekarang, pelbagai jenis kenderaan melalui kawasan tersebut.
“Jadi gegaran dan bebanan yang terhasil secara tidak langsung mempengaruhi struktur dan kekuatan pokok malah bangunan berusia ratusan tahun di kawasan tersebut. Jadi sangat perlu kita kawal aliran trafik di kawasan bersejarah ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Mohd Nasruddin turut menjelaskan pada era penjajahan British sekitar 1824 terdapat banyak pokok jenis tersebut ditanam dan bagi pokok ikonik tersebut, bukti yang ada berdasarkan sekeping gambar pada tahun 1910.
“Pokok itu telah berada di situ dengan ketinggian 3.6 meter dan kami percaya ia telah mula ditanam sekitar lewat tahun 1890,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Landskap MBMB, Moahzam Shaari dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan faktor persekitaran seperti laluan trafik yang sibuk serta pembangunan sekeliling menyumbang kepada tumbangnya pokok yang penuh bersejarah tersebut.
“Pokok ini ditanam sejak tahun 1894, sekitar era pemerintahan British dan peredaran masa menyebabkan akarnya reput,” katanya.
Beliau juga menjelaskan pihaknya akan melakukan penanaman semula pokok baharu di kawasan terbabit bagi menjaga imej lokasi Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
“Kami akan menanam semula pokok baharu dalam masa terdekat, namun untuk mendapatkan pokok yang mampu bertahan lama seperti ini memang sangat susah.
“Apapun, kami akan cuba memikirkan spesies pokok lain yang sesuai ditanam di kawasan ini bagi menggantikan pokok yang sudah berusia lebih 120 tahun ini,” katanya. – BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Islam adalah agama fitrah, dipersembahkan ke muka dunia, bagi membebaskan manusia dari cara hidup yang kacau-balau, berserabut kapada cara hidup indah, tenang lagi damai.
Asalnya 'fitrah', tetapi faktor-faktor sekeliling menyebabkan pemikiran manusia terjajah, lari dari ke'fitrah'an Islam. Maka menjadi tugas kita untuk membebaskan pemikiran kawan-kawan kita supaya kembali kepada Islam.
Ringkasnya, dipaparkan sedikit kisah penaklukan pemikiran ke atas rakyat negara ini oleh anasir-anasir penjajah dan sekitarnya.
Melaka: Kg Serani, Mengapa Tidak Masjid Cina? Sunday, March 13, 2011 CATATAN SANTAI MERLIMAU 5
"O.. ikut sini!" Jawab gadis itu. Katanya, lebih kurang 5 Km, ke kawasan Ujong Pasir, Melaka. Pengunjung yang datang daripada Pusat Bandar Melaka, Banda Hilir, atau Muara Sungai Melaka melalui Jalan Parameswara, Jalan Bukit China, sampailah di Jalan Ujong Pasir itu...
"Terima kasih, gadis peramah!" Jawab saya.
"Pakcik nak tengok nyanyian dan tarian Portugis ke?"
"Ada ke?"
"Ada. Malam ini, malam minggu. Best!" Katanya, sambil menggayakan tarian Portugis. Membuat kami yang ada di situ tertawa.
Kereta kami masuk ke kampung itu. Ramai yang berjual di kiri-kanan jalan. Di bawah payung, sekitar pentas, di gerai-gerai dan restoran-restoran hingga ke tepi laut. Keluar dari kereta, kami masuk ke gerai-gerai dan masuk ke muzium.
"Orang Portugis putih-putih, mengapa orang Portugis sini gelap?" tanya kawan kami yang mulut laser sikit kepada peniaga Portugis di gerai itu. Memang betul, hampir semuanya orang Portugis di sini gelap, rupanya tiada seperti Portugis asal. Cuma ada seorang antara penjual-penjual ditemui berkulit cerah, tapi bukan seperti bangsa Portugis.
"Suasana di sini yang membuat kami berwajah gelap tidak seperti wajah asal." Jawap seorang peniaga barangan kraf tangan.
Wallahu 'aklam. bersambung lagi....
Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
13 Mac, 2011. KL
Lihat lagi kisah-kisah berkaitan..Friday, March 25,2011
E-Buku IH-35: Cina Malaya &Malaysia..
CATATAN SANTAI MERLIMAU
- Kisah Kari Biawak Di Merlimau. BN Menang, Tapi... siri 1
- Kami Terharu & Malu Kepada Lim Guan Eng..... siri 2
- Kekalkan Surau B/Lepas, Sejarah Cina Islam P.Pg .. siri 3
- DAP Melayu/Islam Tubuh Cawangan Di P.Pg? .. siri 4
- Melaka: Kg Serani, Mengapa Tidak Masjid Cina?.. siri 5
- Lu, Goa! Mengenal Baba & Nyonya .. siri 6
- Santai Di Bukit Cina, Teringat Puteri Hang Li Po .. siri 7
BAB 2
- Masjid Cina: Orang Cina Tolong Melayu
- Masjid Cina: Hang Too Ah & Misteri Masjid Tak Siap...
- Masjid Cina: Pembongkaran Kecinaan Seorang Hang Tu...
- Mengapa Bangunan PAS Di Belakang Mati?
- PAS Kuasai Ibukota? Buktikan dengan...
- Negara Kebajikan: Bukan Islam Sokong.. Dapat Apa?
- PAS Kuasai Ibukota II, Tak Dapat Undi Cina?
- PAS Kuasai Ibukota: Patung Getah Orang Cina..
- Matinya Raja Dadah, Arak dan Judi…
- Strategi Politik 'Kueh Bulan' Dalam Pilihan Raya
Bab 3
- Bulan.. Pandangan Tradisional Masyarakat Cina
- Strategi Osama Laden Di Zaman Nabi..
- Ustas Hadi Perlu Belajar Bahasa Cina.
- 4 Sebab Pembangkang Tawan Pulau Pinang?
- DAP Cadang Inggeris Bahasa Ke2, Patutnya B/Cina
- Sokong PAS Pahang 5 Deklarasi B/M'sia... Bahasa Cina?
- Armada Cheng Ho Bentuk Baba-Nyonya Melaka
- Siapa Orang Cina Terlibat Tubuh PAS Pada 1951?
- Surat Terbuka Kepada Bangsa Cina M'sia.
- Pen’China’an Malaysia – Adakah Mitos atau Satu Rea...
Akan terus bersambung..
No comments:
Post a Comment