Thursday, March 04, 2021

Tamatkan operasi judi di Genting Highland. Sial!

 

KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) perlu menyusun kerangka ke arah menamatkan sepenuhnya aktiviti berteraskan perjudian dari terus beroperasi di dalam negara ini. Ianya dapat dilaksanakan dengan tidak lagi diberi sambungan untuk melanjutkan perlesenan setelah tamat tempohnya yang akan datang.

Untuk merealisasikannya kerajaan mesti memiliki iltizam politik untuk tidak menjadikan cukai dari sektor tersebut sebagai perolehan hasil kewangan negara. Biarpun memberi nilai sangat besar berbilion ringgit, hakikatnya ia tidak harus menjadi sumber pendapatan apatah lagi sebagai kebergantungan.

Jangan kerana ‘pulangan lumayan’, kerajaan bersikap ‘menutup mulut’ atau ragu-ragu dari kebenaran bahawa perjudian sama ada berlesen atau tidak, ianya tetap haram di sisi Islam. Malah yakinlah, ketegasan ini akan mendapat sokongan moral rakyat, sekali gus membersihkan kantung negara.

Setiap tahun cukai sektor perjudian semakin bertambah, tidak termasuk dari perjudian tanpa lesen yang bererti terlalu besar sebenarnya jika ia dapat dicukaikan. Namun, kerajaan tidak seharusnya untuk merasa ‘kehilangan dan kekesalan’ kerana tidak memperolehinya. 

Sebaliknya, pertambahan hasil dan bercambahnya kegiatan tanpa lesen tersebut perlu menjadi satu kebimbangan. Ia penanda aras kepada bertambah ramainya penagih judi dan juga jumlah wang yang telah disia-siakan. Angka itu juga mewakili sebahagian mungkar dan jenayah di sebaliknya.

Wang perjudian tidak lain memberikan kos melepas kepada tanggungjawab yang diabaikan atau pembayaran tidak dilunaskan. Bahkan tidak mustahil menjadi pemicu munculnya jenayah oleh mereka yang terdesak. Hitungkan semua kitaran ini, berapa ramai yang menjadi mangsa?

Kerajaan jangan dilihat sebaris tauke atau syarikat perjudian ‘berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’ atau atau ‘cubit paha kanan, paha kiri terasa’. Kerajaan wajib melindungi dan menyelamatkan rakyat, bukan membina kekayaan seperti tauke atau syarikat perjudian atas merananya rakyat.

Genting Highland yang setanding Las Vegas dalam kalangan penjudi akan jauh lebih masyhur ke seluruh dunia jika aktiviti perjudian dapat ditamatkan. Peranginan alam semulajadi dan istirehat keluarga akan lebih melonjakkan potensinya sebagai destinasi pelancongan.

Lebih dari itu, apabila kasino di Genting Highland dapat ditamatkan, pasti tindakan untuk menutup sama nombor ramalan, loteri, lumba kuda, tikam ekor dan perjudian lain akan lebih mudah. Demikian itu juga perjudian terselindung pasti akan dapat ditangani bila ia menjadi kejanggalan dalam masyarakat.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

YB USTAZ MOHD TARMIZI YAHAYA Ketua Penerangan PAS Negeri Pahang – HARAKAHDAILY 4/3/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kami rakyat Malaysia yang majoritinya umat Islam, tidak mahu negara kami yang berlebelkan 'Islam Agama bagi Persekutuan (Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan)' mengambil hasil cukai judi dan niaga barang haram di sisi agama Islam. 

Kami tidak mahu daging darah kami tumbuh dari hasil haram yang akan menjadi bakaran api neraka kelak, walaupun kami tidak main judi di negara kami. Kami ialah negara yang percaya kepada akhirat, bukan negara athies atau komunis yang membawa sial.

Sekian.

9 comments:

Anonymous said...

Ini jadikan jihad hapus judi, perlahan lahan ke TOTO, Magnum Big Sweep yang banyak diluluskan lesen judi 22 tahun yang lalu...

22 tahun 22 bulan islam dirosakkan secara halus...

Anonymous said...

Khadam ternakan dap takkan beri kerjasama sampai bila2. Mereka akan jadi ajen pemecahbelah penyatuan umat.

Anonymous said...

Ratib wajib....22 tahun 22 bulan.
Islam bukan hanya peranan pemerintah saja....peranan rakyat juga.

Sebab! Pemerintah ujud dari sokongan rakyat.

Yg wujud tanpa undi hanya raja...

Anonymous said...

tanya sikit genting berapa sidikit share kat negeri ada. dulu atok jibby ada separuh tapi semua dah jual setelah lim go tung ada lesen kasino.

Anonymous said...

Ini la akibat nya bila lebai masuk kerajaan.
Sepatut nya masuk gua.

Anonymous said...

Memang dah masuk gua. Ikut sunnah. Kemudian selepas itu berpolitik ikut sunnah jugak. Banding yg tak masuk gua, terus menerus jadi khadam yg berfungsi memecahbelahkan umat.

Anonymous said...

So hudud sm ruu355 apa citer??

Sapa pgg kuasa skrg?

Anonymous said...

Ini gang Sajat

Anonymous said...

lesen judi banyak lulus masa 22 tahun 22 bulan.. ini fakta..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails