Saturday, March 13, 2021

Terus kekal bersatu atas dasar akidah Islam – Mufti

 

Dato' Dr Luqman Abdullah

KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini diseru agar kekal teguh memelihara kedaulatan agama Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ia berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini yang meluluskan penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam.

Dukacita dengan keputusan itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Dr Luqman Abdullah berkata pihaknya masih percaya isu itu dapat diselesaikan dengan cara yang lebih harmoni dalam masa terdekat oleh pihak-pihak berautoriti dalam negara.

“Perlu diingat bahawa sebarang hal yang menyentuh perihal agama secara tidak langsung berkait dengan nilai sensitiviti yang mesti dijaga dengan baik.

“Sekiranya tidak mampu diselesaikan dengan cara yang lebih harmoni, dibimbangi ia bakal mencetuskan ketegangan di antara agama serta kaum,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, pihaknya berharap agar umat Islam di negara ini terus kekal bersatu atas dasar akidah Islam yang sahih berteraskan kerangka Ahlul Sunnah wal Jamaah.

“Ingatlah, bersatunya umat Islam adalah asas pembinaan khayra ummah (umat yang terbaik) sekali gus menjadi tauladan kepada sekalian umat manusia,” ujarnya.

Dr Luqman turut menasihati umat Islam supaya mengukuhkan tahap keimanan kepada Allah SWT dan berusaha memelihara ibadah wajib serta mendekatkan diri kepada Pencipta.

“Dalam tempoh pandemik yang sedang melanda, umat Islam dinasihatkan untuk mengukuhkan lagi tahap keimanan kepada Allah SWT.

“Marilah kita berusaha memelihara ibadah-ibadah seperti kewajipan solat fardu lima waktu, mendekatkan diri kepada Allah menerusi zikir munajat, meminta pertolongan kepada Allah dengan sentiasa berdoa kepada-Nya, menjaga adab serta tatasusila berasaskan akhlak Rasulullah s.a.w.

“Kesemua inilah yang akan menjadi dasar kekuatan umat Islam dalam mendepani apa jua cabaran yang mendatang,” katanya lagi.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan lain iaitu solat, kaabah dan baitullah dalam penerbitan agama itu, untuk pendidikan dalam komuniti mereka. – HARAKAHDAILY 13/3/2021

2 comments:

Anonymous said...

kekal teguh memelihara kedaulatan agama Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

daulat agama Islam seperti termaktub dalam al Quran n hadis rosul salahkah?
jnagan lupa umat Islam dibenarkan amal ajaran Islam dinegara ini
ajaran Islam bukan amal ibadat saja termasuk jugak hukum jinayah

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah setan.
Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu.

waktu Quran diturunkan l rid n kita semau belum ada lagi di tanah melayu ini
[enjajah jajah tanah melayu orang melayu otak melayu n
ugama islam
adakah ugama islam di tanah melayu dah merdeka dari penjajah

dikala Nabi Muhammad diugut bunuh olih kerajaan mekah ynag diketuai olih
Abu lahab Abu Jahal dll umat islam minoriti
tapi Nabi tetap ngan berani menantang n terus tegakkan ugama Islam

dinegara ini umat Islam majoriti hnaya untuk nak tegakan hujum jinayah Islam
tak dapat dibuat

Ya Allah bangkitkan untuk kami pemimpinpemimpin ynag ikhlas berjuang kerna Mu
dan berani tegakkan hukum hukum Mu

Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?




Anonymous said...

Betul tu, jom kembali kepada ajaran Islam sebenar, anak2 muda kita tidak punyai IKON2 yang boleh dijadikan panduan untuk dicontohi, mereka sangat terpengaruh dengan artis2 yang rendah moralnya?

Jom jaga sholat, buang semua amalan RIBA! Jom kuasai kedua2 discipline ilmu2 dunia dan ilmu agama, insyaAllah kita akan berjaya!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails