Wednesday, March 10, 2021

Tuhan laknat perasuah – Abdul Hadi &Komen Anwar

 

KUALA LUMPUR: “Tuhan melaknat orang yang memberi rasuah, menerima rasuah dan memberi kemudahan rasuah, itu ajaran yang terang dalam ajaran islam,” kata Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, semua yang terlibat rasuah tanpa mengira sama ada pemimpin yang paling tinggi mahupun yang paling rendah tetap di haramkan di dalam islam dan tidak dikecualikan dalam masalah rasuah.

Demikian jawab Hadi ketika ditanya Whoon Choon Tat berhubung pandangan beliau terhadap rasuah terutama rasuah yang melibatkan ahli-ahli politik ataupun pemimpin Negara.

“Kita tolong orang miskin, orang yang berada tolong orang miskin, seorang wakil rakyat tolong orang miskin, namun dia tidak boleh paksa orang itu sokong dia atau tidak sokong. Kalau dia paksa ia boleh jadi rasuah, tapi paksa tidak boleh.

“Kadang-kadang dianggap rasuah kerana menolong orang miskin, itu tidak boleh dan tidak betul.

“Sebab itu, kita mesti (faham) skop takrif rasuah itu, kena beza orang yang buat kebajikan dengan betul-betul dan yang melakukan rasuah,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selaku panelis pada Webinar Dialog Presiden PAS bersama NGO dan YouTuber Chinese yang disiarkan secara langsung di Harakah TV hari ini.

Dialog tersebut dibarisi panelis, Bodhi Buddhist Fellowship Malaysia (BBFM), Whoon Choon Tat, Christian for Peace Harmony in Malaysia, Jason Leong dan Apek Cina, Zee How manakala Moderator, Dr Fuad Salleh. – HARAKAHDAILY 9/3/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jom kita lihat sekilas pandangan Anwar Ibrahim mengenai rasuah dan PH (

PH gagal tunjuk kesungguhan banteras rasuah, kata Anwar

Gabungan besar tidak bermakna selagi pemimpin kerajaan terus mengulangi kerosakan yang lalu, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim.

Katanya, kerajaan PH sebelum ini gagal menunjukkan kepada rakyat kesungguhan mereka untuk membanteras rasuah selepas diberi peluang 22 bulan mentadbir Putrajaya di bawah kepimpinan Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Anwar, PH ketika itu hanya lantang mengkritik pentadbiran BN berhubung isu 1MDB, serta rasuah membabitkan pemimpin Umno.

"Sebaliknya mengambil sikap berlembut bila mana ia melibatkan pemimpin sendiri.  

Ia disusuli dengan kem bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang turut mengambil langkah yang sama membelakangkan PH.

Muhyiddin diangkat sebagai perdana menteri dan membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersama BN, PAS, GPS dan parti dari Sabah.

“Ketika kita menjadi kerajaan maka harus diperlihat satu sikap berbeza. Kalau program kita semua hampir sama (dengan pentadbiran terdahulu) cuma baik sikit, kalau rasuah kurang sikit berlaku, kalau tolong rakyat lebih sikit, ini bukan reformasi.

"Sepatutnya kita letakkan satu asas yang kebih baik, tapi ini tidak lansung memperlihat semangat dan keupayaan reformasi, ini yang menyebabkan rakyat kecewa,” katanya lagi.

“Ya kita keras dalam isu rasuah, isu 1MDB, rasuah dalam kalangan pemimpin Umno, tapi kita banyak tolak ansur dengan rasuah di kalangan puak-puak kita.

"Di antaranya menjadi pengkhianat besar, ini yang menyebabkan saya katakan kita hilang paksi perjuangan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Buku 100 Esei Seni dan Sastera Era Reformasi 2008.

Anwar berkata demikian ketika mengulas kegagalan PH membawa agenda reformasi yang sebenar ketika menjadi kerajaan sehingga dakwanya, menyebabkan rakyat kecewa.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, rakyat memilih PH menjadi kerajaan kerana mereka mahukan perubahan khususnya dalam usaha menangani rasuah.

Katanya perubahaan secara besar-besaran perlu dilakukan bagi menyakinkan rakyat bahawa PH mampu mentadbir lebih baik berbanding kerajaan sebelumnya.

Kerajaan PH tumbang selepas Bersatu yang didalangi presidennya, Muhyiddin Yassin berpaling tadah dan mengambil keputusan untuk meninggalkan PH pada Feb tahun ini.

Ia disusuli dengan kem bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang turut mengambil langkah yang sama membelakangkan PH.

Muhyiddin diangkat sebagai perdana menteri dan membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersama BN, PAS, GPS dan parti dari Sabah.

“Ketika kita menjadi kerajaan maka harus diperlihat satu sikap berbeza. Kalau program kita semua hampir sama (dengan pentadbiran terdahulu) cuma baik sikit, kalau rasuah kurang sikit berlaku, kalau tolong rakyat lebih sikit, ini bukan reformasi.

"Sepatutnya kita letakkan satu asas yang kebih baik, tapi ini tidak lansung memperlihat semangat dan keupayaan reformasi, ini yang menyebabkan rakyat kecewa,” katanya lagi. (MK)

Sekian.

IHtv

6 comments:

Anonymous said...

Mahathir: UMNO ‘cakap kosong’ sahaja, tak serius putus hubungan dengan PPBM.

Si Batu api yang tak beberapa berapi.. udah udah lah kubo dah kata mai sini umah dah jerit brambos pergi..kikiki

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa UMNO tidak serius untuk memutuskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Selain itu, beliau berpendapat, langkah memutuskan hubungan hanya sekadar ‘cakap kosong’ kerana UMNO dan Bersatu saling bergantungan antara satu sama lain untuk mengekalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).Tun Biar lah cakap kosong jangan cakap bohong membelit dengan lidah bercabang..

“Kalau UMNO tidak bekerjasama dengan Bersatu, Bersatu akan jatuh. Apabila Bersatu jatuh, maka UMNO pun akan jatuh. Ini kerana UMNO pun bergantung kepada Bersatu, seperti mana Bersatu bergantung kepada UMNO,” katanya pada sidang akhbar selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 pada Ahad. Tak kan UMNO nak bersatu dengan PejWang yang ekor cabang tanduk gigi pun tak nampak lagi...agak agak lah.. kikiki

Dah dekat sangat dah masa dah tidak ada.. cukup cukup lah tu jadi batu api adu domba fitnah jijik.

Anonymous said...

janji syurga sokong PAS tu camne plak…? bukan ke rasuah ke?
kalua tak sokong PAS masuk neraka laa ek?
hebat PAS bleh select siapa masuk syurga dan neraka….
pastu yg kera jaan sekrg ni dok merasuah ahli politik camne plak
kita dok dlm tong najis sekali tu takkan tak nampakkkk?

tu ler kalua dah org kita buat salah depan mata pun buat2 buta

Hahahahaha penunggeng agama

Anonymous said...

La bengong betui. Dakwah pun dah tak kenal. Patutlah jadi khadam.

Anonymous said...

Umno tu bolehlah. Tapi masalahnya big boss umno banyak masalah dan diragui. 2nd man nampak lebih diyakini.

Anonymous said...

Isu sg kereh dan najis babi. Khadam taknak pulak sekeh penternak babi dap. Harap menteri alam sekitar dapat ambil tindakkan bubarkan bisnes babi ni.

Anonymous said...

Mudin yg di sokong kuat oleh lobai Hadi wang bagi jawatan kpd MP2 dan Adun bukan rasuah?...

Cakap tarak serupa bikin ini lobai...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails