Wednesday, March 24, 2021

Turki Terus Bina Hubungan Antabangsa. Jom!

 

1. Turki mengutuk serangan pengganas di Niger.

Dalam kenyataan bertulis yang dibuat oleh Kementerian Luar Negeri, dinyatakan bahawa Turki sangat berduka atas kematian sekurang-kurangnya 40 orang dalam serangan pengganas pada 21 Mac 2021 di penempatan di Tillia, wilayah Tahoua di Niger.

"Kami sangat mengutuk serangan mengerikan ini. Kami berkongsi keperitan rakyat dan kerajaan Niger yang ramah dan bersaudara, kami memohon rahmat Tuhan bagi mereka yang kehilangan nyawa, dan mengucapkan takziah kepada saudara-mara mereka yang terkorban." 

2. Josep Borrel: ''Kami Ingin Menjalin Hubungan Terbaik dengan Turki''

"Kami dengan Turki, sebuah negara calon, ingin menjalin hubungan sebagai negara jiran yang penting dan kami dapat menjalin hubungan terbaik. Kami ingin melakukan ini dengan alasan untuk kepentingan negara-negara ahli dan kepentingan Kesatuan Eropah (EU).'' Kata Josep Borrell, Wakil Tinggi Kesatuan Eropah (EU) untuk Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan.

Josep Borrell memberikan maklumat kepada wartawan setelah Mesyuarat Menteri Luar EU dan menjawab soalan.

Borrell menekankan bahawa hubungan dengan Turki adalah salah satu agenda utama dalam mesyuarat, dia mengatakan bahawa isu ini akan dibincangkan dalam Sidang Kemuncak Pemimpin EU pada 25 hingga 26 Mac bahawa laporan yang mereka siapkan sebagai Suruhanjaya EU memuatkan cadangan kepada para pemimpin dan para menteri membuat penilaian tambahan.

Borrell mengatakan bahawa mereka melihat tanda-tanda positif dalam beberapa tahun terakhir dari Turki, walaupun ketegangan di Mediterranean Timur yang mereda namun keadaannya masih rapuh dan beberapa perkembangan dalaman di Turki membimbangkan, 

"Kami telah sepakat dengan para menteri untuk menyokong perkembangan positif." Katanya.

"Kami dengan Turki, sebuah negara calon, ingin menjalin hubungan sebagai negara jiran yang penting dan kami dapat menjalin hubungan terbaik. Pada masa yang sama kami ingin melakukan ini dengan alasan untuk kepentingan negara-negara ahli dan kepentingan Kesatuan Eropah (EU).'' Kata Josep Borrell.

3. Çavuşoğlu akan Bekerjasama dengan Borrell Bagi Mengekalkan Agenda Positif Turki-EU

Menteri Luar Turki Mevlüt Çavuşoğlu menyatakan bahawa mereka akan bekerjasama dengan Josep Borrell, Perwakilan Tinggi Kesatuan Eropah (EU) untuk Hubungan Luar dan Dasar Keselamatan bagi mengekalkan agenda positif antara Turki dengan EU.

Çavuşoğlu bertemu dengan Borrell pada majlis makan malam selepas Mesyuarat Menteri Luar EU yang diadakan di Brussels, ibu negara Belgium.

Mengulas pertemuannya di akaun media sosialnya, Çavuşoğlu berkata, "

"Kami akan bekerjasama dengan Perwakilan Tinggi EU Borrell untuk meneruskan agenda positif."

Menteri Turki Çavuşoğlu mengatakan bahawa Turki dan EU harus melakukan kerjasama yang lebih banyak lagi dalam mengemas kini Kesatuan Kastam, liberalisasi visa, dalam memerangi imigresen yang tidak teratur dan keganasan.

Çavuşoğlu juga menyatakan bahawa mereka telah membincangkan masalah serantau termasuk Syria, Afghanistan dan Libya.

4. Sepanyol: ''EU Harus Punya Hubungan Positif dengan Turki''

Menteri Luar Sepanyol Arancha Gonzalez Laya, menyatakan bahawa Kesatuan Eropah (EU) harus mempunyai hubungan positif dengan Turki.

Menteri Sepanyol Laya, dalam penilaiannya sebelum Mesyuarat Menteri Luar EU di Brussels, ibu negara Belgium mengatakan,

"EU harus mempunyai hubungan positif dengan Turki."

Arancha Gonzalez Laya berkata bahawa "mereka datang ke perjumpaan ini dengan penuh harapan" untuk memberi dorongan positif kepada hubungan EU-Turki.

Para menteri luar dari 27 negara anggota EU, berkumpul menjelang sidang kemuncak pemimpin yang akan diadakan pada 25 hingga 26 Mac bagi membincangkan banyak topik seperti hubungan Turki dengan Rusia, Myanmar dan Balkan Barat.

5. 45 Pengganas Telah Dineutralkan Oleh Pasukan Komando Turki di Syria


Di kawasan Operasi Peace Spring di Syria, 35 pengganas, ahli organisasi pengganas pemisah PKK / YPG, telah dineutralkan dalam 3 hari terakhir.

"Tiga pengganas PKK / YPG yang cuba menyerang kawasan Peace Spring telah dineutralkan oleh pasukan Komando kami. Oleh itu, jumlah pengganas PKK / YPG yang dineutralkan di kawasan Operasi Peace Spring dalam 3 hari terakhir oleh Angkatan Tentera Turki kami mencecah 35." Kata kenyataan dari Kementrian Pertahanan Nasional Turki.

Dalam pada itu, di kawasan Operasi Euphrates Shield, 10 pengganas ahli PKK / YPG, yang dikesan oleh UAV, dineutralkan oleh pasukan komando.

6. NATO: ''Turki Sangat Penting untuk Perlindungan dan Pertahanan Eropah''


Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg menekankan Turki dalam pertahanan NATO...

Dalam satu kenyataan sebelum Mesyuarat Menteri Luar NATO selama dua hari, yang akan bermula esok, Stoltenberg mengatakan bahawa NATO mempunyai tempat yang sangat penting dalam pertahanan Eropah dan bahawa ini diterima bukan sahaja oleh NATO tetapi juga oleh Kesatuan Eropah (EU) .

Stoltenberg menyatakan bahawa pada masa yang sama 90 peratus populasi EU tinggal di negara-negara NATO, tetapi hanya 20 peratus perbelanjaan pertahanan dilakukan oleh negara-negara EU.

"Ini sebahagiannya adalah masalah wang tetapi juga berkaitan dengan geografi. Iceland di Utara, Turki di selatan, tentu saja, Amerika Syarikat, Kanada dan England. Semua negara ini sangat penting untuk perlindungan dan pertahanan Eropah." Katanya.

(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails