Monday, March 08, 2021

Zeti: Hendak jet tayar kereta, jangan jet tinggi sangat,.. -N/Presiden PAS

 

Dakwa Zeti terlibat konspirasi bikin dunia gelak

SHAH ALAM – Pas menyifatkan tindakan Pemuda Umno membuat laporan polis dengan mendakwa bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz terlibat dalam konspirasi menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan hanya menambahkan bahan ketawa rakyat negara ini dan masyarakat dunia.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, Zeti terkenal di peringkat dunia dengan kecemerlangannya dalam bekerja.

“Ini petanda sokong membawa rebah. Kalau pun hendak mengampu jangan terlajak sangat. Kalau hendak jet tayar kereta, jangan jet tinggi sangat, nanti terbalik kereta. Menamakan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz terlibat (konspirasi) menambahkan bahan ketawa masyarakat di negara ini dan dunia.

“Beliau terkenal dengan perkhidmatan cemerlang dan mempunyai integriti yang tinggi di peringkat dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Selasa lalu, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun telah membuat laporan polis terhadap Zeti, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani? Patail.

Namun kata Idris, ada perkara positif hasil daripada tindakan Azwan itu di mana mungkin persoalan yang selama ini tidak terjawab bakal terbongkar di mahkamah.

“Apabila dibawa ke mahkamah akan terbongkar banyak perkara yang menjadi rahsia selama ini. Saya yakin ketiga-tiga mereka ini berani tampil jika itu yang diminta oleh pihak mahkamah.

“Kenapa perlu jolok sarang tebuan. Mereka pegawai kerajaan, apabila berhenti daripada berkhidmat hendak bermain dengan anak cucu sahaja. Tidak mahu berserabut dengan masalah lain. Walau pun mereka berhenti dengan penuh misteri dan menjadi tanda tanya.

“Apakah akan terbongkar banyak perkara apabila mereka menjawab tuduhan yang berat di dalam mahkamah nanti? Sama-sama kita tunggu episod seterusnya,” katanya.

-Sinar Harian

4 comments:

Anonymous said...

SIASATAN terhadap Datuk Dr Tawfiq Ayman iaitu sumai kepada bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berhubung penerimaan dana dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sedang dijalankan pihak polis

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Zainuddin Yaacob, berkata pihaknya menjalankan siasatan itu

mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

“Memandangkan siasatan kes ini membabitkan keterangan di Malaysia dan juga di luar negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengambil tindakan susulan mengikut Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 bagi mendapatkan keterangan yang berada di luar negara.

Anonymous said...

Najib Razak mengulangi sumpah laknatnya tidak tahu mengenai RM42 juta dana SRC International 1MDB dalam akaun banknya, selepas disabitkan bersalah atas 7 pertuduhan rasuah semalam.

Bekas perdana menteri itu menafikan beliau pernah meminta atau ditawarkan wang itu.

“Sebagai orang Islam, wallahi wabillahi watallahi saya tidak meminta, saya tidak merancang atau ditawarkan RM42 juta itu.

Bagaimana sesorang berada dalam keadaan yang tidak menyebelahi apa apa pun untung nasibnya berani melakukan sumpah laknat.. kekuatan apa yang dia miliki.!?

Wallahualam

Anonymous said...

AMMB Holdings Berhad bersetuju menyelesaikan semua tuntutan dan tindakan tertunggak berkaitan pembabitan Kumpulan AmBank dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai RM2.83 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz berkata, penyelesaian terbaru itu bermanfaat kepada rakyat Malaysia.

Menurutnya, penyelesaian melalui sistem mahkamah akan membabitkan masa dan sumber kewangan yang banyak.

"Dengan penyelesaian ini, pembayaran akan dipercepatkan dan tidak akan tertangguh melalui sistem pengadilan mahkamah yang akan memakan masa.

"Jumlah penyelesaian ini adalah tambahan kepada denda RM53.7 juta yang dikenakan Bank Negara Malaysia (BNM) dan sudah dibayar oleh Kumpulan AmBank," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pemulangan wang 1MDB bukti dakwaan Tun tidak benar, kata Najib

Perkembangan ini jelas menyangkalkan tuduhan Tun sebelum ini bahawa DoJ tidak akan teruskan kerjasaman dengan kerajaan PN ataupun kerajaan PN tidak akan teruskan usaha untuk mendapat semula semua dana yang dikatakan hilang,” kata Najib.

Najib mengulas laporan bahawa DoJ memulangan AS$300 juta yang didakwa diseleweng daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini.

Mei tahun lalu, AS mula memulangkan dana yang berjaya ditemui semula, membabitkan bayaran pertama hampir AS$200 juta (RM836 juta)

DoJ dalam kenyataannya, berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan wang 1MDB yang dipulangkan adalah sebanyak RM2.6 bilion (AS$600 juta).

“Namun US$620 juta hanya sebahagian kecil daripada US$4.5 bilion yang sepatutnya dikembalikan kepada 1MDB sebelum 30 Disember 2020 jika perjanjian penyelesaian dengan IPIC milik kerajaan Abu Dhabi diteruskan.

“Namun kerajaan Tun@PH dahulu telah membatalkan perjanjian penyelesaian asal yang ditandatangan pada masa BN. Kerajaan PH juga menolak tawaran IPIC yang disyorkan oleh DOJ sekali lagi pada tahun lepas seperti didedahkan minggu lepas,” kata Najib.

Najib berkata, kerajaan sepatututnya meneruskan perjanjian penyelesaian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) jika mahu mengambil balik semua wang 1MDB yang didakwa hilang secara sekaligus

Anonymous said...

Siapakah mastermind ini sebenarnya..!? Siapakah musuh mastermind ini sebenarnya.!?

If you can't beat them, join them instead.

Sang mastermind nampak ia adalah plot-plot kebangkitan semula bossku yang mesti disekat. Kekalahan demi kekalahan PRK dengan majority berlipat kali ganda menjadikan sang mastermind mengelupor kepanasan. Plot rekayasa baru harus dicipta.

Peralihan kuasa dalam PH berlaku dengan smooth dan PH bertahan sampai PRU15, ketika itu MN sudah boleh dikatakan sehati-sejiwa, atau setidak-tidaknya tidak mudah untuk diapi-apikan.

Malangnya, MN disabotaj sebelum menjadi kuat. Mastermind yang sangat licik dan legendary ini bertujuan mensabotaj MN@PN. Liciknya sang mastermind adalah dengan memperlihatkan dirinya sebagai menumbangkan PH, walhal hakikatnya adalah plan rapi mensabotaj MN.

Musuh utama sang mastermind adalah DS Najib. Dengan siri kemenangan PRK atas kesepakatan UMNO-PAS, sang mastermind nampak ia adalah plot-plot kebangkitan semula DS Najib yang mesti disekat.

Sambutan terhadap Himpunan Maruah Melayu yang agak hambar, tidak segagah himpuan MN, menambah lagi iri dan rasa tercabar.

Kekalahan yang memalukan dalam PRK Tanjung Piai adalah luka yang mesti menjadi luka terakhir menentang MNu.

Langkah Sheraton dilakukan. Biarlah walau terpaksa menggadaikan PH, MN mesti disekat daripada terus mengukuh.

Sebelum MN menjadi utuh, ia mesti dirosakkan. UMNO dan PAS tidak boleh dibiarkan bersatu.

UMNO dan PAS mesti dibiarkan terus bergaduh dulu, kini dan selamanya. Langkah di Perak adalah plot yang sengaja direka oleh sang mastermind.

Semua nampak menjadi bila sang mastermind ini mengunakan kuasa wang ringgit sebagai umpan mencipta plot demi plot untuk menghancurkan MN.

Siapakah mastermind ini...!? Ada kuasa wang semua boleh jadi dan kebangkitan Najib mesti disekat..!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails