KUALA LUMPUR: Sebanyak 47 kes membabitkan pelbagai pelanggaran peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) berkaitan kemalangan di tempat kerja telah dibawa ke mahkamah dari Januari hingga 28 Mac tahun ini.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata ada antara kes yang dikendalikan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) itu telah selesai manakala sebahagian lagi masih berjalan dan setakat ini sebanyak RM740,400 denda telah dikutip membabitkan kes-kes berkenaan.
“Selain itu, sebanyak 159 kompaun bernilai RM770,500 juga telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan yang melanggar peraturan KKP sepanjang tempoh yang sama,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani komitmen KKP oleh pemaju, pereka bentuk dan kontraktor projek pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di sini hari ini.
Terdahulu, Awang mengadakan perbincangan dengan 14 syarikat pemaju, pereka bentuk dan kontraktor projek pembinaan lebuh raya SUKE mengenai pendekatan yang diambil bagi meningkatkan keselamatan di tapak pembinaan.
“Melalui perbincangan, kita cuba melihat dan berkongsi pendekatan untuk menambah baik sistem sedia ada supaya insiden di tapak pembinaan lebuh raya tidak berulang,” katanya.
Mengenai komitmen KKP yang ditandatangani itu, Awang berkata ia bagi meningkatkan keyakinan pekerja terhadap keselamatan di tempat kerja dan juga orang awam yang terdedah kepada kerja pembinaan.
Pada 22 Mac lepas, tiga pekerja binaan terbunuh manakala seorang lelaki cedera parah selepas struktur besi kren jatuh di atas sebuah kereta di tapak pembinaan Lebuhraya SUKE berhampiran Persiaran Alam Damai, Cheras.
Sebelum itu pada 3 Mac, dua wanita maut manakala tiga lagi cedera parah selepas van kilang yang dinaiki mereka dihempap runtuhan jejambat dari tapak pembinaan SUKE di Desa Tun Razak. – BERNAMA
2 comments:
Bosku kena bayar cokai pendapatan 1.7 billion hengget... kikiki
Cokai pendapatan cuma 10% dari jumlah pendapatan sebenar...
Stratrgi kalau nak buruk fitnah ni strategi lapok Zaman Tun Mahathir ajer.. cara bodoh bangang rakyat dah faham tak laku lagi dah.... dah tak boleh cara mahkamah guna cara cokai pendapatan...
Rakyat tak bodoh bangang menilai cara mengena fitnah persepsi zaman Tun dah tak laku dahhhh..
peergghhh kayoooo bossku...!!
#kubomenantirumahkataberambuspergi
Jika benar perkara itu, rakyat msia tak perlukan boss spt itu. Boss spt itu merosakkan negara dan rakyat. Jadi mana2 pemimpin yg mirip perangai boss undur2lah. Yg bermain terowong apa lagi. Perosak aqidah.
Post a Comment