Sunday, April 11, 2021

Air: Mengapa otak pembangkang masih dangkal lagi?

 

Air: Menteri bawa berita baik, pembangkang dangkal

KUALA LUMPUR: Isu air di Kelantan masih menjadi modal politik pihak tertentu tanpa melihat kepada fakta dan asas yang tepat, kata Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Shahir Adnan.

Ini susulan seorang ketua pemuda pembangkang di negeri itu masih bersandiwara memainkan isu air di negeri itu seolah-olah Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri tidak cakna kepada rakyat.

Beliau berkata, pandangan yang dilontarkan oleh ketua pemuda pembangkang itu sememangnya dangkal dan tidak masuk akal.

Menurutnya, setelah berada di dalam Kerajaan Persekutuan, akhirnya rakyat di Kelantan mendapat berita baik apabila Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan untuk menaik taraf infrastruktur perkhidmatan bekalan air seperti loji rawatan air, penggantian paip air bagi mengurangkan kehilangan air tidak terhasil (NRW) dan projek untuk meningkatkan liputan perkhidmatan pembentungan.

Rakyat di Kelantan akhirnya tidak lagi dianaktirikan di bawah dasar prihatin dan keterbukaan Kerajaan Perikatan Nasional, ujarnya.

“Mungkin ketua pemuda pembangkang tersebut boleh bertanyakan kepada mantan menteri Pakatan Harapan sebelum ini, apakah yang dirancang untuk menyelesaikan isu air di Kelantan ketika mereka memerintah negara selama 22 bulan?” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Shahir yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Perlindungan Pengguna SPAN optimis bahawa fasa menaik taraf perkhidmatan bekalan air dilakukan secara berperingkat, merangkumi pelan jangka pendek, sederhana dan panjang.

Katanya, langkah-langkah yang diambil itu bersifat secara keseluruhan dengan menyelesaikan isu pengurusan dan infrastruktur air untuk menampung keperluan bekalan air di Kelantan untuk tempoh masa 30 hingga 40 tahun akan datang.

Jelasnya lagi, antara inisiatif yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dan operator air Kelantan, AKSB, adalah membina Loji Rawatan Air (LRA) Kampung Telok, Kota Bharu, dengan anggaran pembekalan air sebanyak 30 juta liter air sehari kepada rakyat Kelantan.

Beliau menambah, berkenaan isu air di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ), pihak operator air Kelantan, AKSB sedang membina dedicated pipe yang dijangka siap pada Julai 2021.

Pada masa yang sama, ujarnya demi menjamin kesejahteraan rakyat dan pesakit di HRPZ II, pihak AKSB membekalkan air melalui lori tangki sebanyak enam trip sehari dengan jumlah bekalan sebanyak 48 meter padu sehari.

“Beberapa projek LRA akan disiapkan pada tahun ini, termasuklah pembinaan telaga-telaga dan pembaikian paip air terawat demi menjamin kemudahan air terawat diberikan kepada rakyat Kelantan,” katanya.

Ini, jelas beliau bermakna isu air di Kelantan bukan sahaja bakal diselesaikan dalam tempoh jangka pendek, malah optimis akan diselesaikan secara keseluruhan pada masa hadapan.

Menurutnya lagi, adalah menjadi tanggungjawab SPAN untuk mengawal selia industri perkhidmatan air melalui pelaksanaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dengan adil, berkesan dan telus ke arah perkhidmatan air yang mapan, berdaya harap dan termampu untuk semua.

Untuk sebarang maklumat mengenai perkhidmatan air di negara kita, bolehlah mengemukakan cadangan atau aduan kepada aduan@span.gov.my. Maklumat semasa juga boleh didapati menerusi semua saluran komunikasi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) termasuk Twitter, Facebook, Instagram. – HARAKAHDAILY 8/4/2021

Komen Weblog Ibnu HasyimAir, mengapa otak pembangkang masih dangkal lagi?

Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..

Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi.  Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan.  Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di IndiaRogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me...  Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita...  Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi.  Rogol 7 (i): ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p...

2 comments:

Anonymous said...

Zaman atok dulu, biar rakyat kelantan sengsara selagi tak sokong maha firaun.

Anonymous said...

IGP lantikan Tun Mahathir telah mem buka kertas siasatan berkenaan audio tersebut...!? Siasatan untuk apa..!? wallahualam bisawab..!!

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipanggil bagi merakam keterangan berhubung isu rakaman audio perbualan telefon yang tular.

Ketua Polis Negara lantikan Tun Mahathir Mohamad, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihak polis telah membuka kertas siasatan berkaitan perkara tersebut.

IGP lantikan Tun Mahathir itu juga berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita Kontinjen Selangor di Tapak Padang Surau An-Nur, Bandar Puteri, Klang pada Sabtu.

Menurutnya, setakat ini lapan laporan polis telah diterima berhubung perkara berkenaan. IGP lantikan Tun Mahathir iaitu Tan Sri Hamid Bador berkata “Proses tindakan siasatan akan diambil dan hasil analisa sedang ditunggu.

Sekiranya ada, hasil analisa tersebut akan diangkut kepada Jabatan Peguam Negara. Persoalan sekarang sekira benar kes ini untuk klasifikasikan atas kesalahan undang-undang dan dibawah seksyen apa..!??

Daripada audio rakaman itu disiasat lagi bagus disiasat video blur yang berlaku semasa Tun Mahathir berkuasa dan jadi PM Malaysia ketika itu. Elok disegerakan pencarian Jho Lo , Justo, Nik Faisal dan buka kertas siasat Zety dan keluarganya wang masuk account keluarga Zety di bank Singapura.

Kesemua kes diatas sudah buat lapuran polis lebih satu tahun lamanya. Rakyat masih tertunggu hasil siasatan tersebut

Buanglah semua pegawai lantikan Tun Mahathir Mohamad segera. Benda yang patut segera disiasat tidak dilakukan Macam tunggu kucing bertanduk.

Selamatkan Malaysia

Suma kerja gilo ini adakah dibawah arahan big bos kartel kerala..!!

#hapuskartelkeralanegaraselamat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails