Friday, April 23, 2021

Artis Alvin Chong tahan lapar, dahaga, walaupun belum Islam...

 

Bukan hanya belajar berpuasa, malah Alvin Chong menitip pesan kepada pengikutnya dalam laman sosial supaya tidak meninggalkan solat. - Foto IG Alvin Chong

Tahan lapar, dahaga hormat kawan

HALAMAN HIBURAN

KUALA LUMPUR: Sekalipun tidak berpuasa penuh sepanjang Ramadan, pelakon dan penyanyi, Alvin Chong tetap berusaha menjadikan berpuasa amalannya, setiap tahun.

Paling banyak, pelakon yang mencipta populariti menerusi drama Suri Hati Mr Pilot dan Takdir Yang Tertulis itu mampu berpuasa selama seminggu.

Akuinya, soal berpuasa penuh atau sebaliknya bukan isu besar buatnya.

"Paling utama untuk saya yang bukan beragama Islam menghormati mereka yang diwajibkan berpuasa sepanjang Ramadan.

Amalan berpuasa secara tak langsung mengajar saya merasai yang apa dilalui orang Islam, menahan lapar dahaga sepanjang hari. Jujurnya, saya tak pernah dapat berpuasa penuh selama sebulan.

"Ada masanya saya berpuasa separuh hari. Pernah juga saya tidak mengambil sebarang makanan, cukup hanya minum air.

Jika ada komitmen kerja, saya memang tidak larat dan mampu berpuasa penuh.

"Bagaimanapun, saya pun sudah terbiasa cara begini, lagi pun, saya mempunyai ramai kawan yang berpuasa, jadi saya menghormati mereka," katanya kepada BH Online.

Baru-baru ini, Alvin mencuri perhatian menerusi perkongsian video berdurasi 2.53 minit dalam Instagram (IG) apabila bersahur pada awal Ramadan.

"Secara kebetulan, rakan saya, Puteri Zarith dan suaminya mengajak saya bersahur. Saya tidak sembarangan nak keluar berbuka puasa dan bersahur kerana sedar ada rakan yang sukakan privasi.

"Jika ada mengajak, saya okay sama ada mahu berbuka puasa atau bersahur," katanya.

Amalan berpuasa secara tak langsung mengajar Alvin Chong merasai yang apa dilalui orang Islam, menahan lapar dan dahaga sepanjang hari. - Foto IG Alvin Chong

Malah, pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu turut menitipkan pesan kepada pengikut IG yang beragama Islam supaya jangan meninggalkan solat.

"Saya bekerja dengan banyak produksi Melayu, jadi sudah terbiasa melihat artis dan kru produksi menunaikan solat di lokasi penggambaran.

"Jika ada kawan di kalangan artis lupa pun saya akan ingatkan. Rakan beragama lain pun saya cuba ingatkan. Ia lebih kepada refleksi diri untuk saya agar tidak lalai dengan tanggungjawab," katanya.

Dalam pada itu, Alvin tidak menidakkan dirinya kerap kali diajukan pertanyaan mengenai memeluk agama Islam.

Katanya, isu agama amat sensitif untuk dibahaskan.

"Jika ada yang bertanya dan saya ada ruang menjawabnya, saya akan cakap tiada ke arah itu. Tetapi, saya berharap jawapan diberikan tidak menyinggung hati sesiapa.

"Cuma, apa saya boleh katakan, saya pernah cuba mendalami ajaran Islam. Apabila ambil tahu bererti saya sudah ada niat. Namun, niat saya lebih untuk memahami," katanya yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama Aku Pilih Bahagia untuk siaran RTM.

Orang Asli teruja kali pertama berpuasa...

2 comments:

Anonymous said...

penyangak judi online dan along dah buat kenyataan media minta maaf bagai penyangak cina judi online tak pakai baju lokap sabit kan hukuman... asal jer penyangak kartel cina ada jer keistemewaan diberikan.... lesap pun keistemewaan tahap tinggi penyangak kartel cina di negara ini

dengan penyangak pun ada layanan double standard.

selagi ada pegawai lantikan tun mahathir penyangak mata sepet dapat layanan yg lebih lebih plak

Anonymous said...

Masalahnya cina dap tidak hormat penduduk asal negara ini. Org putih jajah org melayu dan bawa cina ke sini. Habis jajah, org melayu dpt kemerdekaan, org cina tak mahu balik ke negara asal. Ada yg jadi komunis. Ada yg jadi dap. Sekarang mereka nak tukar Islam kepada kristian. Masa tuntut merdeka org melayu mahu ada dlm perlembagaan Islam sebagai agama rasmi dan dilarang agama lain disebar kpd org melayu. Agama lain boleh disebar kpd bangsa selain melayu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails