Bantuan Evangelis wajar diterima dengan berhati-hati
PADA 7 Julai 2017, saya telah menulis mengenai betapa Steven Sim telah pernah diperkenalkan oleh Joshua Woo, Pegawai Khas beliau, pada 31 Disember 2005 sebagai seorang pendakyah Kristian atau, lebih tepat lagi, ‘a missionary (or missionary pastor to be) who just got back from a mission conference in Africa’.
Saya juga telah menulis mengenai betapa Steven Sim dan Joshua Woo telah pernah mengulas kandungan Bajet Malaysia 2010 dari sudut agama Kristian dengan antara lainnya:
(1) Mempersoalkan keistimewaan sosio-ekonomi dan politik Bumiputera dengan menulis: ‘We are still seeing racial categorization in our economy. Malaysians are still divided into Bumiputera and non-Bumiputera, with the former accorded certain socio-economic and political privileges such as quotas and special subsidies.’
(2) Menyeru gereja untuk bukan sahaja mencari rekrut baru, tetapi turut terlibat dalam politik secara praktikal dengan menulis: ‘Our reaching out has been restricted to “reaching out to bring ’em in”, our evangelism, proclaiming of the good news, has been restricted to holy club recruitment drives. With many Christians taking up the challenge of participation rather than isolation, especially in the arena of politics, it is crucial for the Church to be able to bless their endeavors not merely with words and prayers, but also by theological praxis (actions/practices).’
Setelah PH menang dalam PRU14 dan Steven Sim telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan, beliau telah hadir di dalam satu forum bertajuk ‘New Malaysia Narrative’ (‘Naratif Malaysia Baharu’) di Mega Chinese Methodist Church, Kota Damansara, Selangor, pada 14 September 2019.
Di dalam forum ini, Steven Sim telah melancarkan sebuah buku bertajuk ‘Bila Kamu Berkuasa Untuk Bertindak’ (‘When It Is In Your Power To Act’) yang kata pengantarnya ditulis oleh beliau sendiri dan yang kandungannya merekod dan mengumpulkan secara ‘chronicle’ kerja-kerja Kristian Malaysia di negara ini.
Di dalam forum ini juga, Steven Sim telah bercakap panjang lebar mengenai betapa indahnya Kerajaan Tuhan (how wonderful the Kingdom of God is), mengenai bentuk Kerajaan Tuhan (the shape of the Kingdom of God) dan mengenai jenis politik yang dimahukan oleh Tuhan (the kind of politics Jesus was talking about when he talked about politics).
Dinyatakan oleh Steven Sim mengenai ‘The Jesus Manifesto’ yang didakwa terkandung di dalam Bible, lengkap dengan huraian panjang lebar mengenai empat cirinya yang didakwa terkandung di dalam salah satu surah di dalamnya.
Lebih jauh lagi, Steven Sim juga mendakwa bahawa Kerajaan Tuhan Kristian adalah satu misi yang tidak dapat dihalang dengan menyebut dua kali:
(1) “The Kingdom of God is an unstoppable mission, and the reason is simply this, God Himself will act on it, and that is our unshakeable confidence”.
(2) “The Kingdom of God is unstoppable, and this is our answer to all the ideologies of capitalism, communism, socialism, liberalism, nationalism, God Himself is committed to act and ensure the success of His own Kingdom”.
Ekoran pendedahan saya ini, Timbalan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, telah membuat satu kenyataan media pada 18 September 2019 dengan antara lainnya:
(1) Mempersoalkan tindakan DAP yang begitu rancak mempromosi ‘The Kingdom of God’ dan ‘The Jesus Manifesto’ seperti yang diungkapkan oleh Steven Sim dalam forum ‘Naratif Malaysia Baharu’ pada 14 September 2019 ini.
(2) Menanyakan kepada pemimpin DAP adakah agenda Kristianisasi dalam politik Malaysia satu tindakan yang wajar.
(3) Menggesa pihak polis supaya menyiasat penganjuran dan kandungan forum tersebut bagi mengelakkan kecelaruan dalam kalangan rakyat.
Ekoran pendedahan saya ini juga, mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, telah mengeluarkan satu komentar panjang lebar yang menghuraikan intipati kandungan forum ‘Naratif Malaysia Baharu’ ini dengan antara lainnya:
(1) Menulis: ‘Dalam ucapannya, Timbalan Menteri itu (Steven Sim) memuji Negara Tuhan yang mereka hendak tegakkan di negara ini berdasarkan Manifesto Jesus. Beliau menyeru semua Cina (Kristian) untuk bertindak kerana ini adalah tahun Tuhan untuk bertindak dan Tuhan sendiri akan bertindak untuk menegakkan Negara Tuhan itu.’
(2) Menulis: ‘Kita boleh simpulkan tujuan forum itu, iaitu: 1. Untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Tuhan berasaskan Manifesto Jesus. 2. Untuk membangkitkan rasa tidak puas hati orang Cina Kristian supaya mereka bangun bertindak, mereka diberitahu mengenai ‘ketidakadilan’ yang dilakukan terhadap mereka oleh Kerajaan Barisan Nasional.’
Dalam konteks inilah maka saya rasa adalah wajar untuk masyarakat Melayu Islam meneliti dengan lebih berhati-hati kebaikan yang ditunjukkan oleh evangelis Kristian dalam membantu mereka.
Kita sepatutnya bersyukur bahawa hayat Kerajaan Pakatan Harapan yang didukungi oleh Evangelis Kristian ini tidak mampu bertahan lama, jika tidak sukar dijangka apakah yang boleh berlaku kepada negara dengan agenda Kristianisasi begini.
DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 17/4/2021
No comments:
Post a Comment