Kamarul senarai tiga pemimpin PH negeri, 12 pemilik akaun FB sebar ‘wayang opera Cina DAP’
PENSYARAH Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff akan membuat laporan polis secepat mungkin berhubung penyebaran hantaran di Facebook bertajuk, “Wayang opera Cina DAP sekali lagi?”.
Kolumnis bagi lidah rasmi Pas, Harakahdaily itu mendakwa penyebaran hantaran Facebook palsu itu berlaku ketika akaun media sosial sebenar miliknya telah dihukum denda tidak dibenarkan membuat sebarang hantaran atau komen selama 24 jam.
Walau bagaimanapun, pensyarah kanan di Kolej Undang-Undang, Kerajaan Dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS) UUM itu mendapati sebanyak 12 individu telah menyebarkan hantaran tersebut bermula kira-kira jam 4 petang semalam.
Mereka ialah Che Ibrahim Mohamed, Saila Hadialuz Nazar, Miqdad Zakaria, Abu Muhammad Ibnu Ismail, Zainal Nor, Lensalog Aidi, Taufik Ali, Hussin Al Mala’al A’lam, Muhammad Al Hanif Hassan, Mohd Safuan MohdSafuan, Abdul Manaf Shafie dan Muhammad Radzi Ismail.
Dalam masa sama, Kamarul menerusi kenyataan panjangnya hari ini turut mengenal pasti tiga pemimpin Pakatan Harapan (PH) di peringkat negeri dari ketiga-tiga parti komponen iaitu DAP, AMANAH dan PKR.
Katanya, Naib Pengerusi DAP Kedah, Zulhazmi Shariff pada jam 1 pagi tadi telah memuatnaik satu hantaran bagi memberi panduan kepada mana-mana pihak yang mahu membuat laporan polis ke atasnya atas dakwaan membuat hantaran yang mempertikaikan Raja Muda Perlis di bawah Seksyen 298A dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1988 (Akta 589).
Kamarul juga berkata, Ketua AMANAH Bahagian Ledang, Azhar Ismail telah memuatnaik satu hantaran pada jam 2 petang tadi memaklumkan telah membuat laporan polis terhadapnya berdasarkan panduan yang diberi oleh Zulhazmi selain berkongsikan hantaran peguam itu.
Tambahnya, Ketua AMK Cabang Padang Besar, Amar Abd Jalil turut memuatnaik dua hantaran bagi memaklumkan akan dan telah membuat laporan polis terhadapnya juga berdasarkan panduan yang diberi oleh Zulhazmi.
“Ekoran fitnah besar ke atas saya ini, saya, keluarga saya dan institusi tempat saya bekerja, iaitu Universiti Utara Malaysia, telah bertubi-tubi dikecam, dihina dan dimaki oleh pelbagai pihak sehingga menimbulkan gangguan keselamatan kepada kami.
“Saya berpendapat bahawa kesemua mereka yang telah membuat dan menyebarkan posting Facebook palsu saya yang bertajuk “Wayang opera Cina DAP sekali lagi?” serta mereka yang telah menggesa, membantu dan membuat laporan polis ke atas saya berdasarkan posting Facebook palsu saya ini telah melakukan jenayah yang serius,” kata Kamarul lagi. MD
(Diangkat dari mykmu.net -Terima kasih)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perjuangan Dr Kamarul terbongkar lagi! Kes ‘wayang opera Cina DAP’, yang dikatakan 3 Pemimpin PH (DAP, Amanah, PKR) terlibat? Ya, sila lihat..
Lihat sebelum ini.. Ibnu Hasyim
2 comments:
Tahniah Dr. Ramai2 bongkar agenda dap yg menguasai ph.
Ini saja Dr Melayu yang boleh diharap yang lain suma bingai..!!
Harap ramai lagi Dr Melayu yang tampil mencontohi Dr Kamarul
Post a Comment