Thursday, April 29, 2021

Gambar Azmin cuci lantai Masjidil Haram jadi bualan

 

Kelmarin, Azmin yang mengetuai misi perdagangan dan pelaburan negara ke Arab Saudi sejak Isnin lalu, memuat naik gambarnya membantu petugas Masjidil Haram mencuci lantai masjid suci itu yang dipenuhi air susulan hujan lebat selama beberapa jam.

KUALA LUMPUR: Gambar Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membantu mencuci lantai Masjidil Haram di Makkah, menjadi perbualan hangat dalam kalangan pengguna media sosial di Arab Saudi.

Tindakan Azmin bersama membantu petugas masjid suci itu membersihkan lantai yang dibasahi hujan, bukan saja menyentuh hati rakyat Arab Saudi, malah turut membekas dalam kalangan pemimpin serta ahli korporat negara itu.

Duta Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Abdul Razak Abdul Wahab, berkata gambar itu yang tular sejak dua hari lalu turut dibangkitkan dalam mesyuarat delegasi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) diketuai Azmin dengan dua kementerian kerajaan Arab Saudi.

"Gambar itu menjadi slaid pertama dalam pembentangan Kementerian Industri dan Sumber Galian Arab Saudi, yang disambut dengan tepukan oleh mereka yang hadir dalam mesyuarat berkenaan.

"Mesyuarat itu dihadiri oleh menterinya, Bandar Ibrahim Al-Khorayef dan ketua eksekutif agensi strategik kementerian itu bagi membincangkan langkah strategik yang akan diambil untuk meningkatkan kerjasama ekonomi, khusus dalam industri masa hadapan," katanya kepada BH, hari ini.

Tindakan Azmin membantu petugas Masjidil Haram membersihkan lantai menyentuh hati rakyat Arab Saudi, pemimpin serta ahli korporat negara itu.

Kelmarin, Azmin yang mengetuai misi perdagangan dan pelaburan negara ke Arab Saudi sejak Isnin lalu, memuat naik gambarnya membantu petugas Masjidil Haram mencuci lantai masjid suci itu yang dipenuhi air susulan hujan lebat selama beberapa jam.

Abdul Razak berkata, gambar itu turut dibangkitkan dalam mesyuarat antara delegasi MITI dengan Kementerian Perdagangan Arab Saudi, yang membingkaikan gambar berkenaan sebagai menghargai bantuan Azmin.

"Aggota mesyuarat daripada kedua-dua belah pihak terperanjat dan memberi tepukan apabila Menteri Perdagangan Arab Saudi, Dr Majid Abdullah al-Qasabi mengakhiri mesyuarat dengan menghadiahkan gambar itu yang sudah dibingkaikan kepada Azmin.

"Seorang tokoh korporat Arab Saudi dan Ketua Pegawai Eksekutif Asma Advanced Solutions, Sheikh Abdul Wahab Naseer Al-Akeel turut terkesan dengan amal yang dilakukan oleh Azmin di Masjidil Haram.

"Beliau juga mahu membingkaikan gambar itu dan menghadiahkan kepada Azmin sebagai tanda penghargaan daripada seorang rakyat Arab Saudi," katanya.

Beberapa kawasan di Arab Saudi dilanda banjir besar susulan hujan lebat selama beberapa jam di negara itu pada Selasa lalu, termasuk Masjidil Haram.

Lihat sebelum ini.. Ibnu Hasyim

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails