Tuesday, April 06, 2021

'Hakim Mahkamah Tinggi tersalah arah'

 

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di perkarangan mahkamah bagi mendengar rayuan sabitan dan hukuman penjara ke atasnya berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya. - NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

PUTRAJAYA: Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Mahkamah Rayuan di sini, hari ini, berlaku salah arah yang jelas dan serius oleh Hakim Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan Datuk Seri Najib Razak berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Muhammad Shafee yang mewakili Najib memberitahu mahkamah, salah arah oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, dalam perbicaraan itu memerlukan campur tangan Mahkamah Rayuan.

"Hakim yang mendengar perbicaraan bertanggungjawab menilai secara maksimum bukti dikemukakan di mahkamah dan memetik bukti spesifik dan terpilih yang boleh dipercayai.

"Bagaimanapun, pada keputusan kes di akhir pendakwaan, Mohd Nazlan hanya menggariskan beberapa bukti yang dianggap boleh dipercayai bagi mewujudkan elemen pertuduhan prima facie terhadap Najib," katanya.

Beliau berkata demikian dalam prosiding pendengaran rayuan anak guamnya di Mahkamah Rayuan, hari ini.

Pada 28 Julai 2020, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Bagaimanapun Najib, 67, dibebaskan dengan ikat jamin RM2 juta berserta dua penjamin sementara menunggu rayuan kes itu selesai.

Muhammad Shafee berkata, semua bukti yang tidak dinyatakan pada 11 November 2019 dianggap tidak boleh membentuk subjek yang menentukan kes prima facie.

Katanya, prosiding pembelaan kemudian dijalankan secara spesifik untuk membahaskan penemuan fakta, kesimpulan dan anggapan yang digariskan dalam keputusan pada 11 November 2019.

"Bagaimanapun, alasan tambahan penghakiman penuh oleh hakim perbicaraan pada akhir kes pembelaan untuk menjustifikasikan kes prima facie tidak dimaklumkan kepada Najib di akhir kes pendakwaan.

"Sehubungan itu, ia tidak dapat dibangkitkan ketika prosiding pembelaan," katanya.

Muhammad Shafee, berkata tambahan pada penghakiman penuh terjumlah kepada pelanggaran prinsip trite.

Sehubungan itu, hujahnya, alasan tambahan pada penghakiman penuh tidak boleh digunakan oleh mahkamah untuk menentukan sama ada Hakim Mahkamah Tinggi membuat penemuan tepat dalam menentukan kes prima facie berdasarkan semua elemen pertuduhan.

Hari ini ditetapkan untuk pendengaran rayuan hari pertama Najib selepas didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara atas tujuh tuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram serta menyalahgunakan kedudukan membabitkan wang berjumlah RM42 juta milik SRC.

Mahkamah sebelum ini menetapkan 5 hingga 8, 12 hingga 15 dan 19 hingga 22 April untuk pendengaran rayuan Najib.

Prosiding pendengaran rayuan itu diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil bersama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Muhammad Shafee menyifatkan kes penyelewengan dana SRC adalah prosiding terbesar bagi abad ini, namun perbicaraan dikendalikan oleh hakim yang kurang berpengalaman dalam kes jenayah.

"Berbeza dengan kes berprofil tinggi terdahulu seperti kes rasuah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris dan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diadili hakim berpengalaman dalam kes jenayah tetapi prosiding SRC digantikan dengan hakim bahagian sivil," katanya.

Muhammad Shafee berkata, hakim terdahulu mengendalikan kes SRC ialah Datuk Mohd Sofian Abd Razak tetapi ditukar oleh Mohd Nazlan daripada bahagian komersial.

"Kami ada bertanya mengenai perkara itu, tetapi jawapannya adalah pemindahan berkenaan adalah rutin," katanya.

Mohd Nazlan menggantikan Mohd Sofian pada 8 Ogos 2018, namun pada 5 April lalu, Mohd Nazlan ditukarkan kembali ke Mahkamah Sivil.

Terdahulu, mahkamah mula bersidang tepat jam 9 pagi tetapi peguam Harvinderjit Singh yang turut mewakili Najib memohon kes ditangguhkan sebentar memandangkan Muhammad Shafee belum tiba kerana terpaksa berpatah balik mengambil dokumen.

Sebaik mahkamah kembali bersidang kira-kira jam 9.40 pagi, Muhammad Shafee memohon pendengaran rayuan ditangguhkan selama sebulan.

Beliau memberitahu mahkamah, pembelaan memerlukan lebih masa memandangkan pihaknya kini dalam proses mengumpul bukti membabitkan peranan keluarga bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dalam kes Najib.

Beliau berhujah, bukti berkenaan penting dalam pembelaan Najib.

"Bagaimanapun setakat ini, kami gagal mendapatkan kerjasama daripada pelbagai pihak," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram memberitahu mahkamah, pihaknya membantah permohonan Muhammad Shafee selain sudah bersedia meneruskan prosiding berkenaan.

Katanya, Muhammad Shafee hanya mahu kes ditangguhkan dan menggunakan alasan yang tidak sah.

Mahkamah menolak permohonan Muhamamd Shafee dan memerintahkan prosiding pendengaran rayuan berkenaan diteruskan.

Perbicaraan bersambung esok.


4 comments:

Anonymous said...

Report polis dah buat terhadap Zety sudah dibuat siasat Zety dan keluarganya. Nak apa lagi...!?

Tapi masih senyap sunyi. Adilkah rayuan perbicaraan ini.

Shafee ke Mahkamah Tinggi untuk menuntut agensi penguatkuasaan tempatan menyerahkan kepadanya dokumen tambahan, untuk beliau melengkapkan pembelaan anak guamnya terhadap tuduhan rasuah dan pengubahan wang 1MDB yang sedang berjalan.

Rayuan SRC: Hakim berpengalaman patut mengendalikan perbicaraan ‘Kes Abad’ ini – Tan Sri Shafee Abdullah

Antara dokumen yang dituntut adalah milik syarikat yang dikatakan bawah kawalan ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho, dan keluarga Zeti.

Dilaporkan suami Zeti dan dua anak lelakinya terima wang yang dikaitkan dengan dana 1MDB.

Mereka mengaku tahu tentang wang itu dalam akuan berkanun yang ditandatangani pada Mac lepas.

Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan 20 Mei untuk mendengar permohonan Najib.

Wahai polis tangkap dan siasat segera Zety dan keluarganya..!!!

Justo lepas Tun tebuk mukanya sendiri trus lesap.. Sajat pun lesap.. korang sendiri boleh agak Datuk Vickey camner... boleh betting sekarang mme sah akan lesap juga.

Kalau nak tangkap Jho Lo sah tak dapat sebab dia dah jadi beruang...!!

alahaiii.. buang terus IGP lantikan Tun ini ... menyemak saja..!!

Anonymous said...

Anon 8.28am- yg jib pin lom masok pnjara, zety yg ko citer.. Bodo pe ko ni, byk sgt mkn subsidi najib je atau byk mkn duit tin milo ko ni..

Anonymous said...

Sokong liberal otak sempit. Macam terowong. Sila buka minda.

Anonymous said...

Jom mahir politik pas. Bersih dan tiada rasuah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails