Thursday, April 15, 2021

Ini, musang DAP sebenarnya..

 

Inilah DAP yang sebenar

"DAP adalah untuk semua rakyat Malaysia. Kita perlu bekerjasama dengan parti-parti Melayu yang lain, tetapi kita tidak boleh menjatuhkan maruah atau menggambarkan diri kita sebagai parti bukan-Cina” demikian kata AJK DAP Pusat Ronnie Liu.

Memang begitu pun DAP sejak dari penubuhannya lebih 50 tahun dulu. DAP sinonim dengan perjuangan hak dan kepentingan masyarakat bukan-Melayu khasnya masyarakat Cina kerana itu DAP dilihat satu-satunya parti pejuang kelompok ini sehingga ia berjaya hampir menyapu bersih undi kaum Cina dalam PRU ke-14 lalu.

Perlembagaan DAP pun jelas menyatakan matlamatnya adalah untuk mempertahankan Perlembagaan Negara sebagai Perlembagaan Sekular yakni yang memisahkan urusan negara dan agama. Orang Melayu rata-rata tidak begitu.

Lalu dalam keghairahan mereka menakluk undi Melayu melompat dan marahlah kalangan pimpinan mereka apabila Ronnie mempertahankan wajah sebenar DAP. Apa nak marah kerana hakikatnya begitulah DAP. 

Agenda Malaysian Malaysia yang dilihat mengancam kedudukan hak istimewa orang Melayu itulah agenda mereka iaitu menekankan meritokrasi dan hak sama rata buat semua tanpa menghirau kontrak sosial yang membina asas negara ini.

Ronnie tak pandai berbohong dalam hal ini malah berbangga dengan status partinya sebagai pejuang hak masyarakat Cina. Cuma yang mahu lompat berkuasa dalam DAP (kerana kini musim pemilihan dalam DAP) yang tak sanggup berterus-terang. Risau susah dapat sokongan orang Melayu. Dan orang Melayu sendiri bagaimana? Ada hati pada DAP?





ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 14/4/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: DAP ialah parti musang berbulu ayam, bertujuan untuk menutupi kenyataan hak istimewa rakyat pribumi atau bumiputera negara ini. 

Berhati-hatilah, terutama balaci-balacinya atau baruanya, yang menjadi pengkhianat agama sendiri, musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan, kalau di zaman purba dulu dihukum sula (yakni, hukum bunuh meredap, cucuk punggung dengan pucuk pokok yang sedang membesar).

Seperti bahayanya 'orang murtad', berbanding orang bukan Islam atau belum Islam yang wajib dilindungi oleh kerajaan dan pemerintahan Islam. Oleh itu kita mengalu-alukan sangat ketibaan pemerintahan Islam di Malaysia. Insya Allah!

4 comments:

Anonymous said...

Dulu jepun gula2kan rakyat msia masa nak takluk msia. Sekarang dap guna gula2 yg sama.

Anonymous said...

Ustaz yg salah atau pencaci ustaz yg salah. Ustaz dikatakan penunggang agama, sementara itu pencaci ustaz kata dap suci. Ustaz dikatakan permainkan ugama, sementara itu dap tidak permainkan agama. Nampaknya pencaci ustaz lebih hebat dari ustaz berdasarkan argument pencaci ustaz.

Anonymous said...

Mengapa pencaci ustaz tidak mencaci cina2 yg hina org puasa. Sangat waras pencaci ustaz bila sebantal dengan cina yg mencaci puasa org islam.

Anonymous said...

Masalah besar dlm masyarakat Islam ialah apabila ada penonggang agama liberal dan menyokong penonggang agama thoghut, menyelar para ustaz kerana para ustaz membawa politik Islam yg tidak difahami oleh penonggang agama liberal. Ilmu mereka tinggi tapi bukan berkaitan dengan Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails