Saturday, April 10, 2021

PSR: Rakyat perlu bangkit, jatuhkan DAP!

 



KUALA LUMPUR: Hanya satu cara untuk menghentikan kerajaan DAP Pulau Pinang daripada meneruskan projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) dan Tambakan Laut Di Perairan Selatan Pulau Pinang (PSR).

Menurut Timbalan Pesuruhjaya III PAS negeri, Mohd Yusni Mat Piah, satu-satunya cara ialah dengan menjatuhkan kerajaan DAP Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), nanti.

Beliau berkata demikian ketika sebagai respons berhubung tekad kerajaan negeri itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi meneruskan kedua-dua projek berkenaan.

Katanya, tidak ada cara lain kecuali rakyat sendiri yang sedar dan bangkit menggunakan kuasa mereka untuk menjatuhkan DAP Pulau Pinang.

“Macam mana cara tidak mahu bagi projek ini berjalan, semua perlu main peranan, rakyat perlu bangkit.

“Jadi kalau hendak pastikan program ini tidak berjalan, rakyat Pulau Pinang perlu sedar, bermakna pada PRU15, kita kena jatuhkan kerajaan DAP,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penaga menegaskan, PAS negeri sentiasa berpendirian membantah PTMP dan PSR yang tidak memberi manfaat kepada rakyat negeri itu.

Hal ini kerana, beliau yakin sekiranya projek tersebut diluluskan dan berjalan seperti yang dikehendaki DAP, mereka tidak akan mampu untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak bertanggungjawab.

Malah, apa yang lebih dibimbangi, projek-projek sedemikian hanya akan menguntungkan kroni-kroni dan kapitalis luar sedangkan keadaan sebaliknya kepada rakyat Pulau Pinang.

“Nelayan pun selepas ini hilang punca pendapatan, tempat mereka cari rezeki diganggu, dijadikan pulau. Kemudian habis rosak semua ekosistem tempat pembiakan ikan dan masa depan rakyat dipertaruhkan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 8/4/2021

Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..

Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi.  Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan.  Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di IndiaRogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me...  Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita...  Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi.  Rogol 7 (i): ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails